Tar Di Antara Bahan Kimia Berbahaya Dalam Asap Rokok Yang Boleh Merosakkan Paru Paru
Tar Di Antara Bahan Kimia Berbahaya Dalam Asap Rokok Yang Boleh Merosakkan Paru - Paru | Salam semua, ketagihan dalam merokok menyebabkan ramai di kalangan kita yang masih tidak sedar bahayanya merokok untuk kesihatan. Kesan bahayanya perbuatan merokok ini bukan saja untuk perokok malah orang - orang di sekeliling kita.
Sangat terkilan juga kalau tengok perokok selamba hisap rokok dalam kedai makan khususnya ataupun di tempat - tempat awam yang ramai orang.
Walaupun ada tanda "no smoking" pun masih tidak hiraukan atau buat - buat tak nampak. Sedangkan perbuatan perokok tersebut boleh membawa penyakit kepada orang sekelilingnya.
Tahu tak, orang yang tidak merokok ni boleh terdedah kepada penyakit sekiranya terhidu asap rokok dari perokok.
Lagi - lagi yang perokok sendiri yang menyedut asap rokok. Mungkin ramai yang tidak tahu walaupun hanya asap rokok, tetapi ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang memudaratkan.
Tar Di Antara Bahan Kimia Berbahaya Dalam Asap RokokKajian menunjukkan 60 - 75% asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun.
Ini adalah termasuk tar iaitu salah satu bahan kimia yang beracun dalam asap rokok.
Tar yang disebut di sini bukanlah tar yang digunakan pada permukaan jalan. Jangan tertukar. Maksud tar rokok adalah partikel kimia beracun yang ditinggalkan oleh pembakaran tembakau iaitu asap rokok.
Penyakit Yang Boleh Membawa Maut Akibat Dari Tabiat MerokokKorang semua tahu kan tabiat merokok telah membawa banyak kesan yang menjejaskan kesihatan. Menurut sumber dari laman web Reoveme, risiko untuk perokok mengidap penyakit - penyakit yang berkaitan dengan merokok ini adalah berkali - kali ganda tinggi dari orang yang tidak merokok.
Di antara penyakit - penyakit yang berkaitan dengan merokok ini adalah seperti :
● Penyakit jantung koronari: 2 hingga 4 kali
● Strok: 2 hingga 4 kali
● Risiko kanser paru-paru untuk lelaki: 25 kali
● Risiko kanser paru-paru untuk wanita: 25.7 kali
● Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) yang berkaitan dengan kematian: 12 hingga 13 kali
Bahan kimia yang beracun seperti tar dalam asap rokok sangat berbahaya bukan saja kepada perokok itu sendiri malah orang sekeliling yang terdedah dengan asap rokok.
Kandungan tar dalam asap rokok boleh merosakkan paru - paru dan juga organ yang lain.
Kalau nak tahu, apabila perokok menghisap rokok, asap yang disedut akan menghasilkan permukaan yang melekit pada dinding dalaman paru - paru.
Bayangkan paru - paru yang sihat berwarna merah jambu telah bertukar menjadi hitam.
Disebabkan ini juga, perokok tersebut mempunyai risiko untuk mengidap kanser, penyakit kronik pernafasan dan juga jantung.
Apa Kesan Tar Dari Asap Rokok Yang Boleh Membahayakan Kesihatan ?Tar terjadi apabila puntung rokok dinyalakan dan mengeluarkan asap rokok. Asalkan namanya rokok, mana - mana rokok yang menggunakan bahan dari tembakau apabila dinyalakan akan keluar tar yang ada dalam asap rokok.
Asap yang keluar dari satu puntung rokok mengandungi 3 kali lebih banyak tar.
Ini adalah kesan - kesan tar dari asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.
1. Menyempitkan Bronkiol Yang Menyerap Oksigen
Tar di dalam asap rokok terbentuk di paru - paru kerana ia disedut. Disebabkan tar adalah bahan kimia yang mengganggu paru - paru, kesan tar ini boleh menyempitkan bronkiol yang menyerap oksigen. Tahu tak apa itu bronkiol.
Bronkiol adalah saluran pernafasan yang lebih kecil di kedua - dua belah paru - paru. Boleh lah rujuk gambar di atas.
2. Merosakkan Silia Yang Melindungi Paru - Paru Daripada Kotoran Dan JangkitanSilia adalah jejari halus pada saluran pernafasan manusia. Fungsi silia adalah untuk memerangkap kotoran, habuk, debu dan bakteria.
Tar di dalam asap rokok, boleh merosakkan silia di dalam paru - paru dan mengakibatkan ia tidak berfungsi dengan baik.
Apabila silia tidak berfungsi, toksin dalam tar boleh bergerak jauh ke dalam paru - paru.
3. Berisiko Untuk Penyakit Gusi Dan Kanser MulutPerokok juga berisiko untuk mengidap penyakit gusi dan juga kanser mulut disebabkan asap juga diambil secara langsung melalui mulut.
Tanda yang paling jelas dari tar tembakau ini boleh dilihat dari gigi perokok yang berwarna kuning coklat.
Walaupun tar di dalam asap rokok boleh merosakkan paru - paru, ini tidak bermakna perokok tidak berisiko mendapat penyakit kronik yang lain.
Apabila toksin telah mula dibawa masuk ke aliran darah dan mula bergerak ke bahagian badan yang lain, ia boleh menjejaskan organ yang lain seperti jantung dan juga buah pinggang.
Tar Adalah Penyebab Utama Untuk Penyakit Yang Berkaitan Dengan RokokTabiat merokok memang akan membawa ketagihan kepada perokok. Disebabkan tar adalah pengukuran partikel di dalam asap rokok, ramai yang tidak sedar kebanyakan kematian akibat merokok berpunca daripada tar.
Setiap kali puntung rokok dinyalakan dan mengeluarkan asap, itu lah yang paling berisiko untuk membawa kemudaratan kepada perokok itu sendiri ataupun kepada orang sekeliling.
Semakin banyak merokok, semakin banyak risiko penyakit yang bakal dihidapi nanti.
Pengalaman Bekas Perokok Berhenti Merokok Akibat Penyakit Asma Yang DihidapiYang sis cerita apa itu tar di dalam rokok, apa kesan tar di dalam rokok yang boleh menjejaskan kesihatan. Sebab ramai yang tak tahu dari mana punca sebenarnya penyakit yang berkaitan dengan rokok.
Ikutkan dan banyak cerita yang sis dengar pengalaman orang yang berhenti merokok ni. Faham sangat sebab bukan mudah bagi seorang perokok untuk menghentikan tabiat merokok.
Hisap rokok ni memang jadi ketagihan buat perokok. Itu yang susah nak berhenti disebabkan nikotin yang ada dalam rokok.
Ada yang gagal nak berhenti merokok dan ada juga perokok yang berjaya tinggalkan tabiat merokok demi sayangkan nyawa sendiri dan nyawa insan tersayang.
Sis nak kongsi kisah sebenar bapa saudara kawan adik sis juga yang telah tekad untuk berhenti merokok. Pak Ngah ni, dia memang perokok tegar dulu dan usia sekarang dah masuk 55 tahun.
Dah lama hisap rokok sejak umur masuk 20 lagi. Dia boleh habiskan 2 kotak rokok sehari. Bayangkan, 2 kotak sehari perokok boleh habiskan.
Segalanya bermula, apabila Pak Ngah mengalami kesukaran untuk bernafas dengan baik, kalau istilah lain kita panggil semput tak lepas nafas.
Terus pergi ke hospital dan buat pemeriksaan penuh kesihatan. Doktor tanya ada hisap rokok ke ?
Sebab dari keputusan X-ray, paru - paru Pak Ngah ada masalah. Paru - paru nampak macam kecut. Doktor dah mengesahkan Pak Ngah ada sakit asma.
Lepas dengar nasihat doktor, Pak Ngah berazam untuk tinggalkan tabiat merokok demi sayangkan nyawa sendiri.Sekarang ini, dah 4 tahun berlalu walaupun dah berhenti merokok, kesan daripada merokok tu tetap ada, Pak Ngah cepat semput tak lepas nafas kalau tiba - tiba sakit asma datang, dia kena rehat dulu baru boleh sambung buat kerja balik.
Nampak tak, apa kesan rokok bila dah sebati dalam badan. Macam - macam penyakit boleh datang.
Diharapkan cerita ini boleh dijadikan mesej untuk perokok di luar sana, yang masih dalam percubaan untuk berhenti merokok, kalau sayangkan nyawa sendiri, anda kena mula langkah pertama sekarang
Kita tak nampak kesan rokok ni pada awal - awal, nampak macam seronoknya merokok tapi dalam masa yang sama pembunuh senyap.
Sejauh Mana Produk Alternatif Dapat Membantu Perokok Untuk Berhenti Merokok ?Tidak dinafikan, bukan mudah nak buang ketagihan merokok. Ada yang separuh jalan, kemudian kembali merokok. Ada yang tekad terus berhenti merokok. Semuanya bergantung atas perokok itu sendiri sejauh mana kekuatan mental mereka nak berhenti merokok.
Walaupun pelbagai kempen giat dijalankan, namun ia masih tidak dapat membantu perokok untuk menghentikan tabiat merokok secara drastik.
Sekarang ini, bagi perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, ada kaedah lain yang boleh mengurangkan tabiat untuk merokok yang bahan utamanya adalah tembakau.
Mungkin mereka tidak boleh berhenti secara drastik disebabkan meraka dah lama hisap rokok. Mereka boleh beralih kepada vape, e-cigarette dan juga produk yang tidak membakar.
Walaupun bagi sis tidak berapa nak galakkan sangat penggunaan vape dan yang lain tu, tapi ia boleh mengurangkan tabiat merokok dari rokok tembakau yang mengeluarkan asap berbahaya kepada perokok dan orang sekeliling.
Vape dan product tembakau dipanaskan tanpa pembakaran adalah salah satu cara bagi sesiapa sahaja yang tidak boleh berhenti merokok secara langsung.
Kerana vape dan produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran mengadakan kurang nikotin dan kurang membakar, jadi ini adalah lebih baik untuk kesihatan anda dibandingkan dengan rokok.
Berbeza dengan rokok, ini produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran, iaitu akan mengurangkan kemudaratan pada badan anda.
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Dengan Alternatif Perokok
Mungkin bagi perokok, mereka tidak sedar yang duit mereka dah banyak terbuang kerana membeli rokok. Satu amalan pembaziran yang tidak mendatangkan apa - apa faedah untuk diri sendiri, sekaligus boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit kronik
Terdapat banyak faktor kenapa perokok jadikan rokok sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin tekanan daripada kawan, emosi dan juga persekitaran.
Secara tidak langsung, mereka tidak sedar makin lama merokok, mereka makin menjadi ketagih untuk merokok.
Baru - baru ini, Sis ada terbaca di Harm Awareness Association di mana, ia dapat membantu dan memberi kesedaran tentang pengurangan kemudaratan dan ini termasuklah merokok.
Bila perokok yang dah lama merokok mungkin susah untuk mereka berhenti merokok. Sokongan dari kawan dan keluarga juga memainkan peranan penting selain daripada keazaman yang tinggi dari diri sendiri untuk berhenti merokok.
Banyak sebenarnya manfaat apabila berhenti merokok. Yang paling utama adalah untuk kesihatan diri sendiri, dapat mencegah dari mendapat penyakit - penyakit yang berkaitan dengan rokok.
Selain itu, amalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Belum terlambat lagi untuk membuat keputusan untuk berhenti merokok sekiranya langkah pertama telah diambil.
Rujukan:
1. https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
2. https://ms.reoveme.com/tar-rokok-dan-bagaimana-ia-boleh-membebankan-anda/
3.https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Mag_Speakout_Edition_2019.pdf
4. https://ms.reoveme.com/fakta-dan-statistik-mengenai-rokok-merokok/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2021/09/tar-bahan-kimia-berbahaya-dalam-asap-rokok.html