Tanpa Pas Bn Tidak Peroleh Majoriti Besar Di Cameron Highlands Penganalisis


Rahimah Abdullah, Astro Awani Kerjasama Pas dikatakan antara faktor utama BN menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar 

KUALA LUMPUR: Kerjasama Pas adalah antara faktor utama Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Malah katanya, tanpa kerjasama itu, mungkin persaingan merebut kerusi tradisi MIC itu sengit terutama dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

"Lebih penting ialah sejauh mana BN telah mampu untuk kekal dengan kerjasama Pas. Saya percaya tanpa kerjasama Pas tidak mungkin kita lihat keputusan dengan majoriti yang besar, mungkin tanpanya, ia mungkin satu persaingan sengit kerana tidak tahu apakah trend perubahan kalangan pengundi Melayu.

"Selepas melihat (kehadiran) Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri, apakah akan menjejaskan atau meningkatkan perubahan dari sudut peratusan yang bakal diperolehi mana-mana parti. Akhirnya kita lihat kolaborasi itu wujud, barangkali indikasi pertama adalah sebab kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu telah memberikan impak kepada pola pengundian," katanya ketika ditemu bual dalam program Analisis AWANI, malam ini.
–– ADVERTISEMENT –– 
BACA: BN kekalkan kerusi Cameron Highlands, Manogaran kalah lagi

Malah, apa yang lebih jelas, tumpuan sepanjang kempen PRK Cameron Highlands adalah di Jelai iaitu yang kebanyakannya pengundi Melayu.

Dr Sivamurugan juga melihat isu melibatkan kaum, etnik dan agama adalah tidak seiring dengan apa yang mahu dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, katanya krisis identiti masih wujud dalam parti yang bertanding.

"Sedangkan sebelum ini kita mencanangkan bahawa isu politik perkauman ini tidak akan berlaku. Namun dalam konteks ini ketara. Pahit untuk ditelan, tapi itulah krisis identiti yang wujud. Barangkali di luar bandar, dan bandar trendnya berbeza.

"DAP masih kekal dengan trend kawasan bandar dan tidak sesuai dengan pemikiran luar bandar. Apakah rakan komponen dalam PH masih tidak mampu atau gagal untuk mendapat sokongan pengundi Melayu?" ujarnya.

Pada Sabtu, BN berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada PRK Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Dua calon BEBAS, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/tanpa-pas-bn-tidak-peroleh-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 428 hits
PRK Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail malam ini menyeru para pengundi Cina di Cameron Highlands supaya menyokong calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor Beliau mengungkapka...
Pasca Prk Cameron Highlands Dap Semakin Besar Kepala

Pasca Prk Cameron Highlands Dap Semakin Besar Kepala

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 422 hits
Oleh Anuar Shaari 1 Sebagaimana kempen DAP bermula dengan pincang begitulah juga dengan penutup kempen pada 26 Januari semalam Calon DAP melakukan kesalahan serius dengan memakai logo parti bertanding di dalam pusat mengundi Kesalahan ini b...
Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 364 hits
Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama d...
Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 536 hits
Ayah Chik mengucapkan terima kasih kepada para ahli PAS dan pengundi di Parlimen Cameron Highlands
Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 Ketua Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad melihat senario politik kerjasama antara UMNO dan PAS amat ditakuti dan digeruni Pakatan Harapan selepas gabungan yang erat dilakukan pada Pilihan Raya Kecil Cameron High
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 406 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 423 hits
Walaupun tiada ikatan rasmi hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP Dengan kedu...
Bn Menang Besar Di Prk Cameron Highlands

Bn Menang Besar Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 568 hits
PRK CAMERON HIGHLANDS Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil Cameron Highlands Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum ke 14 sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang ...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Lirik Lagu Klp48 Oh My Pumpkin

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder

Resipi Roti Poket Big Mac Sedap Rasa Macam Makan Kat Fast Food Terkenal

Sahabat Terbaik Jmbelog

Sudirman Hanya Nyanyian Chord