Pasca Prk Cameron Highlands Dap Semakin Besar Kepala



Oleh Anuar Shaari
1. Sebagaimana kempen DAP bermula dengan pincang, begitulah juga dengan penutup kempen pada 26 Januari semalam. Calon DAP melakukan kesalahan serius dengan memakai logo parti bertanding di dalam pusat mengundi. Kesalahan ini boleh membawa denda dan penjara, tambahan pula calon DAP itu telah 3 kali bertanding di kawasan pilihanraya Cameron Highlands. Kesalahan ini dikesan dengan bukti bergambar dan sepatutnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Namun telah ada bunyi-bunyi yang menyatakan mengapa nak bising-bising lagi? BN dah pun menang bergaya PRK kali ini!
2. Ingin ditegaskan, ini bukan soal BN dah menang atau PH/DAP dah kalah. Ini adalah soal melakukan kesalahan dan yang salah tetap salah. Memohon maaf bukan tiket untuk menutup kesalahan. Lebih-lebih lagi DAP dan calonnya telah banyak kali memohon maaf atas kesalahan-kesalahan lain.
3. DAP memulakan kempen PRK Cameron Highlands dengan langkah sumbang. Menghina Orang Asli dengan kenyataan orang Melayu tidak akan membeli kuih mereka. Ini kenyataan rasis dan menghina Orang Asli. Setelah dikecam dan takut kehilangan undi, DAP mohon maaf. Mungkin tiada aduan kerana kempen belum bermula secara rasmi, namun ia tetap salah kerana menghina.
4. Sekutu DAP Senator Bob Nolan dari PKR telah mengugut mana-mana Tok Batin yang tidak menyokong calon DAP dari kerajaan PH akan digugurkan jawatan mereka dan tidak akan dibayar gaji. Supremo DAP Lim Kit Siang tampil membela senator ini dengan ‘tai-chi’ senator itu tidak melakukan kesalahan. Setelah rakaman audio senator tersebut tersebar, beliau meminta maaf kerana insiden tersebut. Lim Kit Siangpun diam dalam hal ini biarpun menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk melakukan jenayah ugut yang merupakan kesalahan serius. Tiada tindakan dari pihak berkuasa.
5. Petugas DAP/PH dikesan melalui bukti bergambar ketika sedang mengagihkan wang tunai kepada pengundi Cameron Highlands. Sekali lagi supremo DAP Lim Kit Siang tampil mengatakan ia adalah agihan ‘duit minyak’ kepada petugas DAP/PH. Ini sangat bertentangan dengan apa yang DAP usahakan sehingga PRK Cameron Highlands diadakan semula. Hakim berkata pemberian wang tunai dalam apa jua bentuk semasa pilihanraya adalah rasuah dan ia salah. Namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan dari berkuasa terhadap DAP/PH.
 
6. Sebuah kereta yang dipandu petugas PH dikesan melakukan kesalahan pilihanraya. Setelah melalui beberapa proses, petugas tersebut dikesan dengan bukti rakaman video beliau telah memandu sebuah kereta agensi kerajaan bagi melakukan tugas pilihanraya. Setelah disiasat lebih lanjut, akhirnya terbongkar seorang timbalan menteri DAP terlibat memalsukan permohonan kereta dan menggunakan kereta tersebut (aset kerajaan) bagi kerja-kerja pilihanraya. Ini adalah perbuatan khianat dan penyelewengan kuasa yang sangat serius.
7. Malangnya sehingga artikel ini ditulis, tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. BERSIH yang diketahui kecenderungan mereka, yang konon serius memantau dan mahukan pilihanraya bersih, menikus dan ber’tai-chi’ mahu SPR mengambil tindakan. Tiada kecaman besar-besaran terhadap kesalahan DAP ini. ‘One man show‘ Pengerusi SPRpun tidak memberikan apa-apa kenyataan serius tentang 2 kesalahan besar DAP dalam PRK Cameron Highlands kali ini. Apakah Azhar Harun juga berharap isu yang membabitkan kesalahan DAP ini reda setelah kemenangan bergaya BN di Cameron Highlands?
Telahan umum bahawa DAP adalah abang besar dalam PH adalah benar. Tiada sekutu PH yang mengecam dengan serius kesalahan-kesalahan yang dilakukan DAP. PKR, PAN dan PPBM diam seribu bahasa bila DAP melakukan kesalahan, dan inilah natijahnya keputusan pasca PRU-14, DAP semakin ‘besar kepala’ walaupun BN telah menang di PRK Cameron Highlands.
Tahniah buat BN dan semua petugasnya atas kemenangan bergaya semalam. Semoga ini meningkatkan lagi daya usaha kita bagi menjamin kemenangan berterusan dan jihad kita memerangi DAP yang semakin ‘besar kepala’ di bumi Malaysia ini…
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/27/pasca-prk-cameron-highlands-dap-semakin-besar-kepala/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 582 hits
LIPIS Saya dah tak tahan nak pendam jadi hari itu saya suarakan apa yang terbuku Itu reaksi seorang nenek yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Felda Sungai Koyan 1 Rahana Hassan 76 yang tular selepas klip rakaman video berdurasi tiga mi...
Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 377 hits
PRK Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail malam ini menyeru para pengundi Cina di Cameron Highlands supaya menyokong calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor Beliau mengungkapka...
Bn Menang Besar Di Prk Cameron Highlands

Bn Menang Besar Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 529 hits
PRK CAMERON HIGHLANDS Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil Cameron Highlands Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum ke 14 sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang ...
Prk Cameron Highlands Tpm Turun Berkempen

Prk Cameron Highlands Tpm Turun Berkempen

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 238 hits
KUALA LIPIS 23 Jan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil cuti dan turun berkempen sebagai hanya seorang pemimpin politik di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan it...
Prk Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar

Prk Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 438 hits
PRK Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar Ketika kempen pilihan raya kecil di Cameron Highlands semakin hangat Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyerang kerajaan Pahang pimpinan Barisan Nasional dengan mendakwa ia membent...
Prk Cameron Highlands Mca Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong Bn

Prk Cameron Highlands Mca Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong Bn

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 228 hits
TANAH RATA 23 Jan Ketua Wanita MCA Malaysia Datuk Heng Seai Kie melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa pengundi Cina di Cameron Highlands akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional Jelas beliau ini kerana mereka berasa kecewa de...
Debat Prk Cameron Highlands Platform Terbaik Calon Berkomunikasi Dengan Pengundi

Debat Prk Cameron Highlands Platform Terbaik Calon Berkomunikasi Dengan Pengundi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 441 hits
Astro Awani FAISAL Kita berharap ini adalah satu daripada platform yang akan diberikan oleh kerajaan kepada calon calon yang bertanding khususnya kepada calon pembangkang Astro AWANI ISABELLE LEONG TANAH RATA Menjelang hari Pilihan Raya Kec...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner