Tanpa Mca Mic Logo Bn Mansuh



‘Tanpa MCA, MIC, logo BN mansuh’Posted By: Pentadbiron: March 6, 2019 Print EmailMIC hari ini menyelar Nazri Aziz kerana membuat kenyataan ‘lucu’ mengenai kedudukan parti komponen BN dan sekali gus menunjukkan setiausaha agung BN itu sebagai mabuk kuasa.Anggota Jawatankuasa Kerja MIC, M Veeran, berkata walaupun mempunyai pengalaman lama dalam kerajaan dan parti Nazri jelas tidak memahami realiti yang ada pada BN.“Saya percaya Nazri ini mabuk kuasa sehingga tak faham status terkini BN.“Untuk sesebuah gabungan terus wujud, mesti ada sekurang-kurangnya dua parti.“Buat masa ini, BN cuma ada tiga parti saja, kalau MCA dan MIC keluar, maka akan tinggal Umno semata-mata dan secara automatik pendaftaran BN akan terbatal,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.Tambah Veeran, dalam keadaan begitu Umno mungkin tidak lagi boleh menggunakan logo dacing pada pilihan raya akan datang.Katanya keadaan akan menjadi lebih sulit jika MCA dan MIC merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).“Jadi, siapa joker di sini? Nazri atau MCA dan MIC?” tanya beliau lagi.Veeran mengulas sikap Nazri yang dilaporkan tertawa besar apabila diberitahu MCA dan MIC merancang untuk menendang keluar Umno daripada gabungan BN semalam.Pada sidang media itu Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas berkata beliau tidak risau dengan perkembangan itu kerana mengikut persefahaman dalaman BN, mana-mana usul tidak boleh diterima jika ada salah satu parti komponen menolaknya.Kata Nazri beliau sangat gembira mengetahui MCA dan MICA mahu mengorak langkah ke hadapan dan Umno boleh mencari rakan sekutu bukan Melayu lain bagi menggantikan kedua-dua parti terbabit.“Kami boleh kerjasama dengan IPF dan Kimma serta kami boleh membuka keanggotaan untuk individu Cina dan India untuk menjadi ahli BN,” katanya.Isu kedudukan MCA dan MIC semakin panas sejak semalam selepas kedua-dua parti dilaporkan tidak senang dengan kenyataan dibuat Nazri kerana dianggap bersifat perkauman.Hubungan akrab Umno dengan PAS juga menjadi salah satu faktor mengapa MCA mengusulkan agar BN dibubarkan.Bagaimanapun untuk rekod, kira-kira tiga bulan selepas PRU ke-14 berakhir pemimpin tertinggi PAS dan MIC mengadakan pertemuan menjelang PRK Seri Setia.Hasil pertemuan itu kedua-dua parti menyatakan kesediaan untuk bekerjasama demi kepentingan bersama.Veeran berkata kenyataan bahawa MCA dan MIC mahu mengorak langkah ke hadapan tidak semestinya bermaksud kedua-dua parti keluar daripada BN.“Nazri terlupa bahawa hanya MCA dan MIC merupakan dua pengasas BN bersama beberapa parti lain, bukannya Umno baru yang ada sekarang.“Apakah Nazri lupa, Umno hari ini hanya menjadi komponen BN pada 1988 sedangkan BN ditubuhkan oleh MCA, MIC dan Umno lama pada 1973?“Jadi, peluang MCA dan MIC kekal dalam BN lebih besar berbanding Umno.“Saya menasihatkan beliau, janganlah sesekali berangan-angan untuk merampas BN daripada MCA dan MIC. Kalau kami ketuk pintu ROS, kita tahulah nasib Umno,” katanya.Veeran bagaimanapun memberitahu bahawa kemarahan MIC hanya terhadap pemimpin rasis Umno seperti Nazri sahaja

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/tanpa-mca-mic-logo-bn-mansuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Has No Right To Speak As Bn Sec Gen Say Mca And Mic

Nazri Has No Right To Speak As Bn Sec Gen Say Mca And Mic

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 246 hits
MCA president Wee Ka Siong and his MIC counterpart SA Vigneswaran say Nazri Aziz should not attend Friday s BN meeting PETALING JAYA The spat between Nazri Aziz and MCA and MIC has widened with the two parties maintaining that he has no rig...
Mca Mic Ingin Tinggalkan Bn

Mca Mic Ingin Tinggalkan Bn

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 286 hits
MCA MIC Ingin Tinggalkan BN MCA dan MIC memutuskan tidak mempunyai pilihan lain selain keluar daripada Barisan Nasional bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti...
Kemelut Mca Mic Keluar Bn Tok Mat Gesa Semua Pihak Cool Down

Kemelut Mca Mic Keluar Bn Tok Mat Gesa Semua Pihak Cool Down

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 479 hits
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan tampil meredakan ketegangan antara parti komponen dalam pakatan itu setelah MCA dan MIC mencadangkan supaya ia dibubarkan petang semalam Pesan Mohamad semua pihak tidak sepatutnya...
Mca Mic Won T Survive Without Umno Amused Nazri Says

Mca Mic Won T Survive Without Umno Amused Nazri Says

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 261 hits
BN secretary general Nazri Abdul Aziz laughed aloud when told of MCA and MIC s purported plan to kick out Umno from the coalition That s the end of MCA and MIC then The strength of BN lies with Umno not them They have been rejected by their...
Mca Mic Hint At Skipping Bn Supreme Council Meet If Nazri Shows Up

Mca Mic Hint At Skipping Bn Supreme Council Meet If Nazri Shows Up

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 209 hits
BN component parties MCA and MIC have alluded that they will not attend the coalition s supreme council meeting scheduled for this Friday as long as its secretary general Nazri Aziz shows up This is because Nazri was illegitimately appointe...
Kasarnya Umno Pas Bersekedudukan Mca Dan Mic Keluar Pintu Belakang A Kadir Jasin

Kasarnya Umno Pas Bersekedudukan Mca Dan Mic Keluar Pintu Belakang A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 392 hits
Oleh Pakatan nasionalisme dan agamaUMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua cahaya mata iaitu Parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan M...
Analyst Warns Of Ripple Effect Of Mca Mic Exit From Bn

Analyst Warns Of Ripple Effect Of Mca Mic Exit From Bn

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 250 hits
A political scientist has warned that any exit by MCA and MIC from Barisan Nasional could further alienate the coalition from non Malays and the people of Sabah and Sarawak as Umno and Islamist party PAS formalise their alliance Andrew Aeri...
Mca Mic Kena Telus Declare Jumlah Ahli Berstatus Putih Baru Sembang Nak Ugut Keluar Barisan Nasional

Mca Mic Kena Telus Declare Jumlah Ahli Berstatus Putih Baru Sembang Nak Ugut Keluar Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 501 hits
Dalam erti kata ikhlas berjuang di bawah panji Barisan Nasional semua parti komponen wajar berterus terang mengenai status parti pendirian dan kemukakan tahap sokongan terhadap parti masing masing Satu contoh yang paling ketara sekali adala...
Mca Mic Enggan Nazri Hadir Mesyuarat Bn

Mca Mic Enggan Nazri Hadir Mesyuarat Bn

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 319 hits
Datuk Seri Nazri Aziz tidak layak untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan pada Jumaat ini tegas MCA dan MIC Di dalam kenyataan bersama dua parti komponen itu berkata pelantikan Nazri sebagai setiausaha a...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang