Kasarnya Umno Pas Bersekedudukan Mca Dan Mic Keluar Pintu Belakang A Kadir Jasin


Oleh: A Kadir Jasin

Pakatan nasionalisme dan agama
UMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu Parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.

Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan MIC mengambil keputusan untuk keluar pintu belakang dengan tujuan mencari pasangan baru.

Sama ada Umno dan Pas berkahwin secara sah atau sekadar bersekedudukan, MCA dan MIC tidak ada tempat lagi dalam rumah bernama Barisan Nasional (BN) itu.

Malah nama BN tidak sesuai lagi digunakan oleh Umno dan Pas kerana gabungan mereka bukan berasakan kepelbagaian bangsa dan agama tetapi berupa kesepakatan di antara Melayu nasionalis dan Melayu agama.

Gabungan mereka lebih merupakan parti perkauman agama. Umno parti perkauman kerana ia mewakili hanya orang Melayu dan Pas pula parti yang berasaskan Islam.

Soalnya, apakah maslahat (muslihat) yang akan mereka gunakan untuk menghalalkan gabungan mereka dan menyamak najis yang mereka campakkan ke arah satu sama lain selama ini?

Pas pernah menuduh Umno assabiyah dan Abdul Hadi sendiri mengeluarkan amanat yang mengatakan, lebih kurang, bahawa darah orang Umno sah ditumpahkan dan orang Pas yang terbunuh melawan Umno adalah syahid.

Kelebihan Abdul Hadi berbanding pemimpin Pas sebelum beliau ialah kesediaan menggunakan apa saja maslahat demi menghalalkan tindak-tanduknya. Dia banyak maslahat dan banyak akal.

Umno pula memerlukan suntikan keagamaan dan cap Islam setelah tenggelam dalam kekayaan dunia dan hanyut dalam arus kehidupan hedonis untuk sekian lama.

Pada zaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, Umno telah membina jambatan yang menghubungkannya dengan Pas atas dasar “cash is king”.

Ia telah “mengkorupsikan” pemimpin tertentu PAS dengan memperkenalkan mereka kepada gaya hidup mewah melalui sogokan yang dikatakan bernilai hingga RM90 juta.

Pekung Makin Gatal

Hal itu terbongkar dan menjadi sahih apabila Pas dan para sahabatnya baru-baru ini membayar RM1.4 juta kepada Ketua Pengarang Sarawak Report, Claire Brown, supaya menggugurkan kes saman malu di mahkamah sivil London.

Kesenangan dunia yang ditawarkan oleh Umno itu akhirnya memerangkap Pas. Pas sedang hilang akal - lebih kurang macam orang yang seleweng agama akhir jadi gila isim - gila dan insane. Dua kali gila.

Pas yang lantang meneriakkan slogan Darul Islam dan Hudud tetapi pergi ke negara kafir untuk menggunakan undang-undang kafir bagi menutup pekung di dadanya.

Kesudahannya pekung makin terdedah dan berjuta duit ahli habis dibelanjakan untuk saman Sarawak Report. Bila Sawarak Report lawan balik, Pas upah Claire Brown supaya selesai luar mahkamah.

Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam mempercayai dua buah parti yang sebuah memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah lagi memperalatkan agama Islam untuk membela mereka?

Setelah kalah pilihan raya umum 9 Mei lalu dan diceraikan oleh parti-parti sekutu BN, Umno hilang keyakinan dan dalam kesunyian.

Mencari pasangan baru bukan mudah apabila ahlinya sendiri keluar parti dan banyak pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

Tiba-tiba, macam orang Utara kata, dok tak dok mai Pas. Pas tidak macam Umno. Menikah cerai perkara biasa dalam amalan politiknya.

Kalau janda, kita bolehlah sifatkan Pas sebagai seorang janda yang banyak pengalaman bernikah cerai dan boleh memadu cinta berahi dengan sesiapa saja.

Pas asalnya dari Umno. Kemudian keluar Umno. Antara 1974 dan 1977 menikah balik dengan Umno dan duduk dalam rumah besar BN. Kemudian pada tahun 1977 kena cerai apabila Perdana Menteri masa itu, Almarhum Tun Hussein Onn, menuduhnya curang.

Lepas itu Pas bernikah cerai dengan macam-macam parti termasuklah dengan parti yang paling dibencinya sekarang iaitu DAP.

Jadi ada jugalah baiknya kalau Umno mengahwini atau bersekedudukan dengan Pas. Setidak-tidaknya bolehlah ia merasai kenikmatan berdua-duaan dengan sebuah parti yang sangat banyak pengalaman dalam hal nikah cerai politik.

Dan adalah menjadi kesilapan besar bagi Pakatan Harapan (PH) jika ia memandang ringan perkongsian Umno-Pas ini apatah lagi pada ketika semakin ramai rakyat jelata yang mengundinya 9 Mei lalu tidak puas hati dengan prestasinya.

Cameron Highlands dan Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran “defcon” tahap paling tinggi kepada para pemimpin PH.

Wallahuaklam.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2019/03/kasarnya-umno-pas-bersekedudukan-mca.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
With Umno More Interested In Pas Where Does It Leave Mic Mca

With Umno More Interested In Pas Where Does It Leave Mic Mca

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 373 hits
With ties between Umno and PAS growing an MIC leader today questioned the position of his party and MCA as official component parties of BN MIC central working committee member P Punithan said this was also in light of in the by election wh...
Mca Mic Kekal Bn Terima Sepakat Umno Pas Ph Meracau

Mca Mic Kekal Bn Terima Sepakat Umno Pas Ph Meracau

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 381 hits
Mesyuarat pertama Dewan Tertinggi BN yang diadakan sejak kekalahan gabungan itu tahun lalu berakhir hari ini tanpa sebarang kata sepakat mengenai sama ada untuk membubarkan BN Pemangku Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata presiden MCA Wee Ka ...
Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 335 hits
Pada 11 Mac 2019 Perkahwinan antara UMNO dan PAS harus dibaca sekali dengan penceraian UMNO dengan dua isteri sebelum ini MCA dan MIC Tidak kisahlah jika perpecahan Barisan Nasional benar atau hanya drama UMNO dan PAS telah menyerang Pakata...
Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 398 hits
Pakar Strategi DAP Liew Chin Tong Tidak Sengaja Dedah Strategi Dasar Bumi Hangus D4P MENARIK membaca artikel yang ditulis oleh pakar strategi DAP Liew Chin Tong bertajuk Dasar bumi hangus gabungan UMNO Pas MCA MIC Tulisan Chin Tong yang kin...
Tendang Umno Keluar Bn Antara Pilihan Mca Mic Sumber

Tendang Umno Keluar Bn Antara Pilihan Mca Mic Sumber

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 385 hits
Gabungan baru yang diusahakan MCA dan MIC mungkin tidak melibatkan penubuhan badan baru kata seorang pemimpin kanan BN Sebaliknya kata pemimpin yang enggan namanya disebut itu kedua dua parti itu mungkin cuba menyingkirkan Umno yang kini di...
Sepatutnya Mca Mic Keluar Bn Bukan Bubar

Sepatutnya Mca Mic Keluar Bn Bukan Bubar

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 498 hits
MCA dan MIC tidak perlu mencadangkan supaya Barisan Nasional dibubarkan kiranya benar kedua kedua parti politik itu mahu meneroka peluang pakatan politik baharu Apa yang perlu dilakukan MCA dan MIC hanya isytihar keluar dari BN kalau sudah ...
Umno Mca Dan Mic Setuju Tidak Bubar Bn

Umno Mca Dan Mic Setuju Tidak Bubar Bn

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 257 hits
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan tiada pembubaran gagasan itu dan kekal pada status quo sedia ada
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Does The E90 Bmw 3 Series Have A Sway Bar All You Need To Know

Our Soft Offer


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti

Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Keadilan Untuk Wan Ahmad Faris

Kenapa Data Menunjukkan Dadah Di Sesuatu Negwei Itu Berbeza

Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium