Tanpa Kerajaan Ph Mahathir The Journey Sedia Hadapi Segala Kemungkinan


Nadia Azam

 Penerbit Mahathir The Journey sudah bersedia dengan segala kemungkinan menjelang tarikh tayangan filem biopik mengenai Dr Mahathir Mohamad itu tidak lama lagi, termasuk berdepan kekangan tertentu dalam negara.
Taha Wahid - yang juga ketua bahagian pengurusan produksi filem itu - berkata, sasaran utama mereka ialah membawa filem berkenaan ke pasaran antarabangsa seperti China, Jepun, Timur Tengah dan Eropah.
Katanya nama Mahathir begitu besar dan dianggap sebagai legenda hidup.
Menurut Taha bekas perdana menteri itu dikenali di seluruh dunia, justeru tayangan yang disasarkan bukan hanya di Malaysia.
“Namun, kami juga memang dah fikirkan beberapa risiko sebelum memulakan penggambaran filem berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Mahathir The Journey antaranya dijayakan pelakon Azhar Amir yang memegang watak sebagai Mahathir manakala isteri tokoh itu, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawakan penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff.
Ia disiapkan ketika Mahathir masih menjadi perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun PH dijatuhkan melalui langkah sesetengah ahli parlimen berpaling tadah dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional akhir Feb lalu.
Tunggu ancaman Covid-19 reda
Ketika ini Mahathir merupakan sebahagian daripada pemimpin parti pembangkang.
Penggambaran filem itu selesai Feb lalu dan sepatutnya menjengah layar perak pada Julai. Namun kemunculan ancaman Covid-19 memaksa penerbit menundanya sehingga ke tahun depan.
Naskhah berkisahkan perjalanan hidup bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu digarap bermula dari 2003 hingga malam detik pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Untuk rekod, seorang lagi penerbit filem berkenaan ialah Allahyarham Yusof Kelana yang meninggal dunia 15 Ogos lalu akibat kanser kulit. 
Menurut Taha, setakat ini, Reliance Media Group sudah mendapat persetujuan pengedar filem di China untuk menayangan filem berkenaan.
“Kami sudah memeterai perjanjian dengan China, bagaimanapun sambungan kepada urus janji itu akan dibincangkan lagi bergantung kepada situasi berkaitan Covid-19.
“Mereka masih menutup pawagam dan ada baiknya kami menangguhkan dulu tayangan Mahathir The Journey manakala urusan dengan Timur Tengah, Jepun dan Korea akan diadakan sebaik Covid-19 reda,” katanya.
Pada masa sama, mengulas kebimbangan lain, Taha berkata, seboleh-bolehnya mereka ingin mendapatkan tarikh tayangan serentak dalam dan di luar negara bagi mengelak ancaman cetak rompak ke atas karya arahan Prof Dr Hatta Azad Khan itu.
Katanya, lanun cetak rompak digital paling dibimbangi kerana urusan jual beli filem berkenaan turut dilakukan di luar negara.
“Jika nak buat tayangan dalam negeri perlu serentak kerana kami bimbang akan terlepas ke YouTube atau platform digital lain.
“Tak guna jalinkan kerjasama dengan pengedar luar negara jika hal seperti itu terjadi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/tanpa-kerajaan-ph-mahathir-journey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Sungai Buloh Diminta Sedia Hadapi Gelombang Baru Covid 19

Hospital Sungai Buloh Diminta Sedia Hadapi Gelombang Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 284 hits
Hospital hospital sekitar Selangor diminta untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi menerima pesakit bukan Covid 19 dari Hospital Sungai Buloh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Sha ari Ngadiman mengingatkan hal itu kepada hospital hospital...
Atm Bersiap Sedia Hadapi Warga Asing Ganggu Prn Sabah

Atm Bersiap Sedia Hadapi Warga Asing Ganggu Prn Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 241 hits
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Affendi Buang berkata mereka sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi dan ancaman susulan laporan kemasukan besar besaran pendatang asing tanpa izin ke Sabah untuk mencetuskan kekacauan pada Pilihan Ra...
Apm Kedah Siap Sedia Hadapi Bencana Ketika Pandemik Covid 19

Apm Kedah Siap Sedia Hadapi Bencana Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 257 hits
ALOR SETAR Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang risiko bencana termasuk hujan lebat dan kejadian banjir ketika musim peralihan monsun dengan mengambil kira situasi semasa penularan wabak COVID 19 Pe...
Magazine Close Encounters With Ji Chang Wook The Kinetic Actor Gets Personal On His Emotional Journey Of Success

Magazine Close Encounters With Ji Chang Wook The Kinetic Actor Gets Personal On His Emotional Journey Of Success

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 262 hits
It s not a stretch to think that God spent a lot of time on this one even within the South Korean realm where actors and idols are distinguished both by their craft and by their beauty And it s easy to typecast Ji Chang Wook given such irre...
Mahathir Not The First Time Anwar Claiming To Have Majority Support

Mahathir Not The First Time Anwar Claiming To Have Majority Support

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 323 hits
This is not the first time Datuk Seri Anwar Ibrahim has said he has the support of MPs to form a new government former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today We will have to wait to see if this is another episode of making claims...
Mahathir S Business First Focus Failed The Bumiputeras Says Economist

Mahathir S Business First Focus Failed The Bumiputeras Says Economist

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 253 hits
The failure to sustain the quality of public education institutions has led to a breakdown in the effectiveness of affirmative action policies for Bumiputeras first slated under the New Economic Policy in the 1970s according to economist Ed...
Segalanya Telah Siap Sedia Untuk Anwar Bentuk Kerajaan Baru

Segalanya Telah Siap Sedia Untuk Anwar Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 690 hits
mhdaily netMajlis Presiden Pakatan Harapan setuju dengan usaha membentuk kerajaan baharu selepas Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presi...
Rakyat Sedang Bergelut Hadapi Covid Kerajaan Sabah Sibuk Beri Anugerah

Rakyat Sedang Bergelut Hadapi Covid Kerajaan Sabah Sibuk Beri Anugerah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 236 hits
Oleh Alexiz UtaraSeperti dijangka rakyat Sabah kini berdepan krisis kesihatan susulan penularan wabak Covid19 sebaik terbentuknya kerajaan baharu Ia jelas menunjukkan kemelut politik yang dicetuskan pemimpin politik Semenanjung yang berseko...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand