Rakyat Sedang Bergelut Hadapi Covid Kerajaan Sabah Sibuk Beri Anugerah


 Oleh – Alexiz Utara
Seperti dijangka rakyat Sabah kini berdepan krisis kesihatan susulan penularan wabak Covid19 sebaik terbentuknya kerajaan baharu.
Ia jelas menunjukkan kemelut politik yang dicetuskan pemimpin politik Semenanjung yang bersekongkol bekas ketua menteri, Musa Aman adalah amat buruk kesannya.
Ketamakan dan dahagakan kuasa politik daripada kalangan pemimpin politik nyata memberi implikasi buruk kepada rakyat, sekali lagi rakyat terpaksa menanggung beban hasil daripada sikap pentingkan diri mereka.
Ketika rakyat Sabah sedang sibuk bangkit dan bergelut untuk pulih daripada penularan Covid19, tiba-tiba krisis politik di Sabah dicetuskan dengan langkah dirancang dua orang suruhan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik Muhyiddin, Nardin Awang.
Muhyiddin terlalu memikirkan cara untuk terus mengukuhkan kuasanya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk menjaga rakyat sebaliknya hanya sibuk mengukuhkan pengaruh politiknya.
Alasan beliau kononnya mahukan kerajaan yang sehaluan dengan Kerajaan Pusat walhal sebaliknya beliau terlalu ghairah untuk terus berkuasa.
Kini kuasa sudah berjaya diperolehnya tapi nyawa rakyat Sabah yang menjadi tebusannya.
Sebelum tercetusnya kemelut politik Sabah, kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran WARISAN berjaya menguruskan dan mengawal penularan wabak dengan baik walaupun pada ketika itu tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.
Pelbagai bantuan dan keperluan asas rakyat disalurkan melalui pusat Covid19 seluruh negeri di bawah SKN (Setiausaha Kerajaan Negeri), malah rakyat Sabah yang berada di Semenanjung juga dibantu.
Situasi ini berbeza sekali dibawah Ketua Menteri Sabah baharu, Hajiji Noor yang seolah-olah bisu dan lemah dalam menangani penularan Covid19, beginilah akibatnya apabila memilih pemimpin yang sekadar menjadi lembu dicucuk hidung kepada pemimpin di Kuala Lumpur.
Belum ada satu pun langkah dan rancangan dibentang oleh Hajiji dan barisan Kabinetnya untuk menangani penularan Covid19 atau adakah mereka masih sibuk bertelagah sesama sendiri sehinggakan Menteri Kesihatan Sabah pun masih belum dilantik.
Inilah yang akan berlaku apabila memilih pemimpin yang tidak mempunyai kepimpinan dan pengalaman, jadi caca merba sekarang ini di Sabah.
Harga yang dibayar oleh rakyat Sabah terhadap ketamakan kuasa pemimpin politik nyata tinggi, kini mereka terpaksa menanggung akibatnya.
Tidakkah Muhyiddin dan Musa memikirkan keselamatan rakyat semasa merancang rampasan kuasa politik di Sabah, untung hanya orang politik tapi yang rugi rakyat Sabah yang kini berdepan penularan Covid19 yang saban hari meningkat.
Lebih malang lagi, Kerajaan Negeri Sabah yang baharu juga tidak sensitif dengan isu rakyat, sepatutnya kepentingan dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, malangnya apa yang berlaku sebaik menang mereka sibuk mahu memberi anugerah kepada ahli politik tertentu.
Baru sahaja beberapa hari selepas berakhir pilihan raya negeri, kini Kerajaan Negeri mahu pula memberikan anugerah kepada pemimpin politik Semenanjung.
Untuk apa anugerah ini diberikan, ia semata-mata untuk memuaskan nafsu ahli politik yang menghuru-harakan politik di Sabah.
Tidak malukah mereka ini, berbangga-bangga dengan kemenangan yang hanya merosakkan rakyat Sabah yang pada ketika ini sedang bergelut dengan isu sara hidup dan peluang pekerjaan yang semakin sempit?
Pentingkah anugerah ini diberikan kepada ahli politik dan tidakkah boleh tunggu selesaikan masalah rakyat terlebih dahulu?
Rakyat Sabah menunggu dengan penuh harapan kerajaan baharu ini yang kononnya mahu menjaga mereka, janganlah semasa pilihan raya sahaja Muhyiddin dan para menteri turun ke Sabah tapi selepas pilihan raya batang hidung pun hilang entah ke mana.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/rakyat-sedang-bergelut-hadapi-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Rakyat Ada Hak Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Kerajaan

Covid 19 Rakyat Ada Hak Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 231 hits
October 7 2020 Peningkatan mendadak kes jangkitan Covid 19 kebelakangan ini amat memeranjatkan Semalam angkanya mencecah 691 kes berbanding 260 kes baharu pada 1 Oktober Keseluruhan rakyat menyuarakan kebimbangan dan kritikan pedas terhadap...
Rakyat Sabah Keluar Mengundi Dalam Suasana Pematuhan Sop Covid 19

Rakyat Sabah Keluar Mengundi Dalam Suasana Pematuhan Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 368 hits
Rata rata pengundi menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka menjaga penjarakan fizikal sementara petugas SPR melakukan saringan suhu badan dan menyediakan pensanitasi tangan KOTA KINABALU Sejurus pusat mengun...
Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 398 hits
55 total views 55 views today Menerusi ciapan wartawan Bernama sebentar tadi keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah menang...
Semua Pihak Perlu Berperanan Dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah

Semua Pihak Perlu Berperanan Dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 291 hits
PAS berbesar hati dengan sikap terbuka Presiden Parti Bersatu Sabah dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah kerana bersedia memberi peluang kepada Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan yang dilantik sebagai ADUN Sabah Di
Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan Covid 19

Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang menasihatkan pengunjung yang balik dari Sabah menjalani ujian saringan Covid 19 selepas tiga hari pulang ke negeri itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dipetik U...
Prn Sabah Manifestasi Tulus Rakyat Sabah

Prn Sabah Manifestasi Tulus Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA TERENGGANU Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri semalam disebabkan kemampuan kerajaan Perikatan Nasional mentadbir dengan lebih baik di peringkat Persekutuan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mo...
Muhyiddin Janji Buat Rakyat Sabah Akan Di Tunaikan Secepat Mungkin

Muhyiddin Janji Buat Rakyat Sabah Akan Di Tunaikan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 291 hits
PETALINF JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan menunaikan janji Pilihan Raya Negeri Sabah secepat mungkin Rakyat Sabah sudah memilih dan sudah tiba masanya kita mulakan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh intergrit...
Grs Dakwa Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

Grs Dakwa Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 400 hits
KOTA KINABALU 8 Safar 1442H Sabtu Gabungan Rakyat Sabah mendakwa membentuk kerajaan baharu Sabah setelah memperolehi majoriti mudah kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 hari ini Pengerusi Barisan Nas
Rakyat Tak Gembira Rakyat Akan Marah Kalau Tukar Kerajaan Reezal Merican

Rakyat Tak Gembira Rakyat Akan Marah Kalau Tukar Kerajaan Reezal Merican

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 336 hits
The ReporterSelasa 13 Oktober 2020 hari yang dinantikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun tiba Tetapi tidak disenangi oleh beberapa pemimpin politik lawannya yang menyifatkan tindakan Anwar itu akan memberi kesan besar kep...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui