Tanjongtokong Lebih 300 Penduduk Terima Rumah Baharu





Lebih 300 penduduk penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A akan berpindah ke rumah baharu mereka yang diberikan percuma oleh UDA Holdings Berhad (UDA), sebuah syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Menerusi satu kenyataan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini, Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berkata proses pemindahan itu harus dilakukan dengan segera, agar penduduk dapat mendiami kediaman yang lebih selesa dan selamat, khususnya di waktu pandemik COVID-19.
“Keadaan rumah yang didiami sekarang oleh penduduk yang terlibat pun sudah usang, maka sepatutnya mereka pindah ke rumah baharu dengan kadar segera. Di dalam mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta untuk dipercepatkan pemindahan ini pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi memastikan kebajikan rakyat diutamakan khususnya pada waktu mencabar ini,” katanya.


Wan Junaidi berkata projek penempatan semula masyarakat sekitar Tanjung Tokong yang diterajui UDA sejak 1972 itu, dilihat sebagai satu usaha yang membanggakan dalam membantu masyarakat khususnya golongan Bumiputera di Tanjung Tokong, untuk memiliki kediaman lebih teratur dan selesa terutama sekali di tengah bandar Pulau Pinang, di mana nilai hartanahnya sangat tinggi.


“Harga hartanah di Pulau Pinang memang di luar kemampuan masyarakat bumiputera. Syabas kepada UDA kerana usaha ini membolehkan mereka memperoleh hartanah di kawasan strategik. Secara kasar, harga pasaran seunit Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A ini bernilai sekitar RM400,000,” tambahnya.


Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang mula dibangunkan pada 27 Okt 2014 adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA, dalam membangunkan bandar serta menyediakan penempatan semula bagi masyarakat bumiputera di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.




Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang dibangunkan oleh UDA Land (North) Sdn Bhd, anak syarikat UDA itu menampilkan pangsapuri tiga bilik dengan dua jenis keluasan iaitu 850 dan 800 kaki persegi.


Terdapat lima buah blok pangsapuri enam tingkat dengan jumlah keseluruhan 210 unit (850 kaki persegi) dan lima buah blok pangsapuri sembilan tingkat berjumlah 340 unit rumah (800 kaki persegi) di lokasi strategik, dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya seperti pasaraya TESCO, pusat beli-belah, masjid dan sekolah. 


Pembangunan yang terletak di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang itu dibina atas tanah berkeluasan 8.0 ekar, dan menelan belanja sebanyak RM84 juta.


Sementara itu  Pengerusi UDA Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata UDA kini dalam dalam proses penyerahan kunci rumah baharu kepada penduduk Tanjung Tokong Fasa 4A terbabit.


“Inisiatif ini dilihat bertepatan pada waktu pandemik COVID-19 dalam membantu penduduk terlibat mendiami rumah yang lebih kondusif dan selesa.


“Sebelum menerima kediaman tetap ini, penduduk mendiami penempatan sementara rumah panjang yang disediakan oleh UDA. Kawasan tersebut lebih padat berbanding rumah baharu pangsapuri ini, jadi pihak kerajaan berharap usaha ini dapat meringankan beban mereka dalam mendepani waktu mencabar ini,” katanya.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/tanjongtokong-lebih-300-penduduk-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 300 Penduduk Tanjong Tokong Bakal Terima Kunci Rumah

Lebih 300 Penduduk Tanjong Tokong Bakal Terima Kunci Rumah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh SAFINA RAMLI WAN Junaidi Tuanku Jaafar sempat melawat salah sebuah unit Pangsapuri Warisan Tanjung di Tanjong Tokong Pulau Pinang yang sudah sedia didiami baru baru ini GEORGETOWN Lebih 300 penduduk yang terlibat dengan projek penempat...
Rumah Terbuka Istana Kembali Terima Kunjungan Tetamu Setelah Setahun

Rumah Terbuka Istana Kembali Terima Kunjungan Tetamu Setelah Setahun

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 259 hits
SINGAPURA Setelah setahun diadakan secara maya kerana pandemik COVID 19 Rumah Terbuka Istana kembali menerima kunjungan para tetamu hari ini Mereka terdiri daripada penerima bantuan dan penjaga mereka yang diundang ke Istana sempena sambuta
Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 337 hits
PARIS Lebih 100 juta suntikan vaksin Covid 19 telah diberikan di seluruh dunia demikian menurut angka daripada sumber sumber rasmi semalam Bagaimanapun tiada satu pun daripada 29 negara paling miskin di dunia memulakan kempen vaksinasi mass...
Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 323 hits
Oleh Hafiz menziarahi tokwan di Kedah bagi membantu membina semula rumahnya yang terbakar baru baru ini ALOR SETAR Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya Seorang warga emas bukan sahaja kehilangan rumah dua biji motosikalnya malah ...
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 356 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan cadangan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari depan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Teh Lai Heng berkata keputusan...
Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 241 hits
BANGKOK Cara paling bertanggungjawab memelihara kucing kesayangan adalah memastikan ia selamat di dalam rumah dan tidak mengganggu jiran yang tidak gemar kepada kucing Cara itu juga mengelakkan haiwan tersebut daripada ditimpa kecelakaan Na...
Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 389 hits
Putrajaya Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini kini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara hari ini meluluskan penambahbaikan prosedur...
Hiburan Hanya Bergurau Tapi Dah Terima 300 Biji Tempahan Datin Alyah Kini Berniaga Kuih Muih Di Instagram

Hiburan Hanya Bergurau Tapi Dah Terima 300 Biji Tempahan Datin Alyah Kini Berniaga Kuih Muih Di Instagram

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 298 hits
Penyanyi terkenal Datin Alyah memberitahu bahawa dia tidak menjangka ramai peminat telah menempah kuih muih setelah dia menghasilkan karipap mentah ketika membuat sesi siaran langsung di Instagram santai bersama peminat Sumber Instagram Dat...
Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Influencer Cantik Mati Dikelar

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One