Lebih 300 Penduduk Tanjong Tokong Bakal Terima Kunci Rumah


Oleh SAFINA RAMLI WAN Junaidi Tuanku Jaafar (dua dari kiri) sempat melawat salah sebuah unit Pangsapuri Warisan Tanjung, di Tanjong Tokong, Pulau Pinang yang sudah sedia didiami baru-baru ini.GEORGETOWN: Lebih 300 penduduk yang terlibat dengan projek penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A akan berpindah ke rumah baharu yang dibangunkan UDA Holdings Berhad (UDA) dalam masa terdekat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penduduk terlibat akan berpindah dengan kadar segera supaya dapat tinggal dalam keadaan selamat terutama ketika tempoh pandemik Covid-19.
“Keadaan rumah yang didiami sekarang oleh penduduk yang terlibat pun sudah usang, maka sepatutnya mereka pindah ke rumah baharu dengan segera.
“Di dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta dipercepatkan pemindahan ini pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kebajikan rakyat diutamakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang dibangunkan anak syarikat UDA iaitu UDA Land (North) Sdn. Bhd. pada 27 Oktober 2014 itu merupakan unit pangsapuri tiga bilik dengan dua jenis keluasan iaitu 850 dan 800 kaki persegi.
Terdapat lima blok pangsapuri enam tingkat dengan jumlah keseluruhan 210 unit (850 kaki persegi) dan lima blok pangsapuri sembilan tingkat berjumlah 340 unit rumah (800 kaki persegi) yang dibina atas tanah berkeluasan 3.24 hektar dengan menelan perbelanjaan RM84 juta.
Unit Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A itu diberikan secara percuma oleh UDA kepada semua penduduk yang terbabit dengan projek berkenaan.
Menurut Wan Junaidi, projek penempatan semula masyarakat sekitar Tanjung Tokong yang diterajui UDA sejak 1972 itu dilihat sebagai satu usaha yang membanggakan dalam membantu masyarakat khususnya golongan bumiputera di Tanjung Tokong untuk memiliki kediaman lebih teratur dan selesa.
“Ini kerana kediaman di tengah bandar Pulau Pinang mempunyai nilai hartanah yang sangat tinggi.
“Harga hartanah di Pulau Pinang memang di luar kemampuan masyarakat bumiputera dan usaha UDA membolehkan mereka memperoleh hartanah di kawasan strategik,” katanya.
Tambah beliau, secara kasar harga pasaran seunit Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A itu bernilai sekitar RM400,000.
Sementara itu Pengerusi UDA, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, UDA kini dalam proses menyerahkan kunci rumah baharu itu kepada penduduk Tanjung Tokong Fasa 4A yang terlibat. UTUSAN

“Usaha ini bertepatan ketika pandemik Covid-19 dalam membantu penduduk terbabit mendiami rumah yang lebih kondusif dan selesa,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/lebih-300-penduduk-tanjong-tokong-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanjongtokong Lebih 300 Penduduk Terima Rumah Baharu

Tanjongtokong Lebih 300 Penduduk Terima Rumah Baharu

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 272 hits
Lebih 300 penduduk penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A akan berpindah ke rumah baharu mereka yang diberikan percuma oleh UDA Holdings Berhad sebuah syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset agensi di bawah Kementerian Pembangunan Us...
To Ki Terima Kunci Kediaman Lebih Selesa Dari Ppz Maiwp

To Ki Terima Kunci Kediaman Lebih Selesa Dari Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 291 hits
Menjadi impian setiap orang untuk memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa untuk dianggap rumahku syurgaku Tidak semua orang bernasib baik termasuk penyanyi terkenal era 1990 an yang memilih untuk berteduh di sebuah pondok selama dua tah...
Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 230 hits
BANGKOK Cara paling bertanggungjawab memelihara kucing kesayangan adalah memastikan ia selamat di dalam rumah dan tidak mengganggu jiran yang tidak gemar kepada kucing Cara itu juga mengelakkan haiwan tersebut daripada ditimpa kecelakaan Na...
Watak Yoon Jonghoon Dikhabarkan Bakal Bertukar Lebih Gelap Dalam The Penthouse 2

Watak Yoon Jonghoon Dikhabarkan Bakal Bertukar Lebih Gelap Dalam The Penthouse 2

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 411 hits
Meskipun hanya berdiri di antara pelbagai watak utama namun ramai yang turut menyokong Doktor Ha Yoon cheol dalam drama popular The Penthouse Dilakonkan oleh Yoon Jong hoon suami kepada Cheon Seo jin ini berdiri di antara garisan watak anta...
Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 427 hits
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu ibu berehat setelah penat melahirkan bayi Dalam tempoh berpantang ibu ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga Baca Keadaan badan yang masih lemah membantutkan...
Lebih Banyak Rumah Untuk B40 M40 Dibina Dalam Tahun Ini Zuraida

Lebih Banyak Rumah Untuk B40 M40 Dibina Dalam Tahun Ini Zuraida

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 325 hits
BernamaPada 2020 Zuraida berkata sebanyak 14 547 unit rumah untuk golongan B40 dan M40 disiapkan yang melibatkan 3 120 unit PPR 5 043 unit PPAM 5 931 unit rumah PRIMA dan 453 unit RMR Bernama PUTRAJAYA Lebih RM1 bilion diperuntuk bagi pembi...
Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 320 hits
PARIS Lebih 100 juta suntikan vaksin Covid 19 telah diberikan di seluruh dunia demikian menurut angka daripada sumber sumber rasmi semalam Bagaimanapun tiada satu pun daripada 29 negara paling miskin di dunia memulakan kempen vaksinasi mass...
Pemuda China Dianggap Tak Lagi Jantan Pemerintah Bakal Gembleng Lebih Keras

Pemuda China Dianggap Tak Lagi Jantan Pemerintah Bakal Gembleng Lebih Keras

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 299 hits
Pemerintah China mengkritik pemuda di negaranya sendiri dan menyebutnya sebagai sosok yang tak lagi jantan Mereka menyebut anak laki laki zaman sekarang terlalu manja dan terlihat feminin Menyadur BBC kamis Kementerian Pendidikan China meny...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More