Tangkap Hidup Hidup 43 Pengganas Komunis Pahlawan Negara


BELIAU bukanlah pemegang watak askar, polis atau wira seperti dalam filem Hollywood namun, namanya tetap menjadi sebutan kerana sumbangan besar dalam menjayakan operasi pencegahan jenayah termasuk melumpuhkan gerakan komunis.
Datuk Superintendan (B) Paul Kiong membuktikan kehebatan dan ketangkasan pasukan keselamatan suatu ketika dahulu apabila beliau mampu menangkap pengganas komunis tanpa melepaskan walaupun sebutir peluru.
Niatnya hanya satu iaitu menumpaskan musuh negara tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah kerana bagi Paul, kini 76, musuh yang sudah menjadi mayat tidak berguna untuknya.
“Musuh yang ditangkap hidup-hidup itu paling diperlukan bagi membolehkan kita mendapat maklumat mengenai pergerakan rakan komunisnya yang lain,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian baru-baru ini.
Beliau yang bertugas selama 32 tahun dalam Unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, segala penat lelahnya terbalas apabila pengganas komunis menyerah diri tanpa paksaan.
Antara tahun 1976 hingga 1986, Paul berkata, beliau telah menangkap seramai 43 orang pengganas komunis
Selain daripada operasi tersebut, katanya, Paul turut terlibat secara langsung dalam beberapa operasi lain yang kesemuanya mencatat kejayaan besar.
“Ini bukan tugas mudah. Saya mengambil risiko nyawa saya. Andai ada sedikit tersilap langkah, pasti nyawa melayang.
“Saya akan pastikan setiap apa dilaksanakan akan berjaya dengan perancangan rapi,” katanya.
Paul yang juga anak keempat daripada enam beradik menyertai PDRM pada tahun 1967.
Penerima Pingat Bintang Kehormat Seri Pahlawan Gagah Perkasa 1983 dan Pingat Keberanian Handal Perak 1988 itu mengakui beliau meminati kerjaya unit beruniform sejak zaman sekolah dan telah memohon kerja di tiga agensi iaitu PDRM, Kastam Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Paul menyamar sebagai anggota komunis selama enam tahun bermula pada 1981. Paul berkata, beliau begitu teruja apabila PDRM menjawab permohonan kerjanya.
“Selesai sahaja latihan untuk menjadi pegawai polis, saya ditugaskan berkhidmat bersama Cawangan Khas Polis di Johor,” katanya yang memberitahu beliau dinaikkan pangkat sebagai inspektor sebelum dipindahkan ke kampung halamannya di Ipoh, Perak pada tahun 1975.
Enam tahun menyamar jadi komunis
Paul berkata, antara tugas yang paling berisiko tinggi adalah ketika beliau menyamar sebagai penyokong dan pemandu gerakan bawah tanah komunis bersama beberapa rakan setugasnya bagi memperoleh maklumat mengenai aktiviti mereka.
Semasa mendedahkan kegiatan golongan berhaluan kiri itu, beliau berkata, terdapat dua kategori pengganas komunis ketika itu iaitu anggota militan yang bergerak di dalam hutan dan anggota bawah tanah yang bergiat di bandar.
“Tugas anggota komunis bawah tanah adalah membantu anggota militan komunis dari segi logistik termasuk penghantaran bekalan makanan dan merekrut anggota baharu,” ujarnya.
Paul berkata, beliau ditugaskan untuk memerhatikan gerak-geri anggota komunis termasuk menghalang sebarang bantuan bekalan logistik seperti makanan daripada dihantar ke kem komunis di dalam hutan.
“Saya juga perlu menyamar sebagai seorang individu yang boleh dipercayai oleh komunis agar saya menyusup masuk bagi membolehkan lebih banyak maklumat diperoleh mengenai mereka.
“Semua maklumat seperti cara bercakap, berpakaian, pemikiran, latar belakang komunis termasuk diri sendiri perlu sealiran dengan mereka,” katanya.
Paul berkata, hampir enam tahun beliau keluar masuk ke dalam hutan di Perak untuk mencari maklumat berkaitan komunis sehingga anak lelakinya tidak mengenalinya kerana terlalu lama ‘menghilangkan diri’.
“Saya pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus, berjanggut dan sebagainya kerana terlalu lama di hutan bercampur dengan anggota komunis,” katanya.
Menurutnya, tempoh berada di hutan adalah sangat memeritkan dan beliau tidak memikirkan untuk menikmati makanan yang lazat sebaliknya apa sahaja haiwan yang melintas termasuk babi hutan, tikus dan monyet dijamahnya bagi mengisi perut.
“Saya juga dapat dua pasang baju daripada komunis, salah satunya hanya digunakan untuk tidur,” cerita beliau.
Komunis suruh Paul Kiong hantar surat rahsia dalam kapsul
Menceritakan pengalamannya selama enam tahun menyamar sebagai tali barut komunis, Paul Kiong berkata, kumpulan militan itu menggunakan surat yang diletakkan di dalam kapsul untuk berkomunikasi antara kem di dalam hutan.
Beliau sendiri pernah diarahkan untuk menghantar surat ke kem komunis yang lain dengan menunggang motosikal.
“Tulisan pada surat itu terlalu kecil untuk dibaca, namun sebelum sampai ke destinasi, saya sempat menyalin surat itu untuk tujuan pemantauan dan tindakan lanjut,” katanya.
Sepanjang 34 tahun berkhidmat sebagai pegawai polis, Paul berkata, peristiwa menangkap pemimpin komunis dan beberapa anggotanya masih segar dalam ingatannya.
Pada waktu itu katanya, kebetulan pemimpin komunis itu perlu menghantar surat dalam kapsul kepada kem komunis lain di dalam hutan di Chemor.
“Jika surat itu tidak diserahkan, anggota di kem tersebut akan mengetahui ketuanya telah ditahan polis.
“Bagaimanapun, pada hari kelima ditahan, pemimpin komunis itu menawarkan diri untuk memberi kerjasama kepada polis, itu yang paling melegakan saya,” katanya.
Paul berkata, keadaan ketika itu paling mendebarkan apabila beliau ditugaskan secara bersendirian untuk membawa pemimpin komunis itu ke kem berkenaan dengan hanya berbekalkan sepucuk pistol jenis Llama yang selalu digunakan oleh anggota komunis.
Menurutnya, kedua-duanya menuju ke kem komunis di dalam hutan dengan menaiki kereta pada waktu malam.
“Saya letak kereta di pinggir hutan, hanya lelaki itu yang masuk ke dalam kem berkenaan,” katanya memberitahu lelaki itu diberi tempoh 15 minit untuk menghantar surat dan beredar.
Beliau berkata, situasi bersendirian di pinggir hutan yang gelap hampir setengah jam itu tidak dapat digambarkan apatah lagi apabila beliau menyangka pelbagai kemungkinan pemimpin komunis itu telah berpaling tadah sehingga menyebabkan nyawanya terancam.
Katanya, lebih mendebarkan apabila tiba-tiba muncul pemimpin komunis itu bersama tujuh rakannya seolah-olah mahu mengepung saya,” katanya.
Ternyata sangkaan Paul meleset apabila pemimpin komunis itu mengajaknya masuk ke dalam kereta dan pulang.
“Saya terus pandu pulang ke markas. Di dalam kereta kami tak bercakap apa-apa, namun jauh dalam sudut hati, saya lega kerana apa yang dirancang berjaya tanpa sebarang pertumpahan darah,” katanya.
Sekat bekalan makanan
Paul juga memberitahu turut berjaya menyekat bantuan bekalan logistik kepada militan komunis sepanjang tempoh penyamarannya.
“Saya juga berjaya memberkas beberapa individu yang menjadi tali barut kepada pergerakan komunis. Susulan tangkapan itu, pergerakan komunis semakin lemah akibat kekurangan bekalan,” katanya.
Beliau juga berjaya memujuk dan mempengaruhi 12 orang anggota komunis untuk berpihak kepadannya bagi mengesan dan memberkas anggota komunis lain pada tahun 1981. Jelasnya, anggota komunis yang berpelajaran amat mudah dipujuk dan cepat sedar kerana telah tersilap langkah menyertai komunis.
“Saya hanya menggunakan serangan psikologi berbanding serangan menggunakan senjata api kerana ia lebih berkesan dalam memerangi musuh,” katanya.
Paul berkata, beliau kemudian dipindahkan ke Bahagian Cawangan Khas Polis lbu Pejabat Polis Bukit Aman serta dinaikkan pangkatnya ke Deputi Superintendan pada 1990.
Kerjayanya sebagai polis berakhir apabila beliau memilih bersara awal pada 1998 dengan pangkat terakhir Superintendan.
Katanya, sehingga kini beliau masih berhubung dengan bekas pengganas komunis yang telah berpaling tadah.
“Kita harus memberi peluang kedua mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka mengaku tersilap langkah memilih ideologi komunis dahulu,” katanya.
Pada masa sama, katanya, generasi muda patut berbangga dengan jasa para pejuang negara kerana tanpa mereka, kita tidak dapat dapat hidup aman dan makmur.
“Tugas kita sekarang adalah untuk memastikan tiada lagi anasir luar boleh menggugat kemakmuran negara yang kita kecapi selama ini,” katanya.
SH
The post Tangkap hidup-hidup 43 pengganas komunis – Pahlawan Negara appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/25/tangkap-hidup-hidup-43-pengganas-komunis-pahlawan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Negara Hilang Arah Tuju Sertai Umno Demi Kelangsungan Hidup

Pemuda Negara Hilang Arah Tuju Sertai Umno Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 334 hits
KENYATAAN MEDIA27 JULAI 2020 ISNINHari ini saya dimaklumkan bahawa salah seorang mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Beaufort saudara Keven Lee telah menyertai UMNO bersama lebih kurang 40 pengikutnya Saya memandang apa yang berlaku ini seb...
Mural Al Sultan Abdullah Pemimpin Negara Dirosakkan

Mural Al Sultan Abdullah Pemimpin Negara Dirosakkan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 517 hits
Set mural yang memaparkan potret Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata kata yang tidak sepatutnya Mural di Seksyen U12 Shah Al...
Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR 19 JULAI Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid 19 Malaysia mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan lebih baik berbanding negara negara lain kata Bank Dunia Pengarah Negara Bank Dunia bagi Br...
Jata Negara Dihina Lagi

Jata Negara Dihina Lagi

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 347 hits
KERAJAAN JANGAN LAGI BERTINDAK LEMAHJata negara dalam kasut bermakna kedaulatan negara dibawah tapak kaki merekaAPABILA JATA NEGARA DIHINA LAGI MAKA IA BERMAKNA KERAJAAN LEMAHDulu pernah dihina dan sekarang terus dihina ini kemungkinan yang...
Pokok Tumbang Banjir Kilat Di Ibu Negara Susulan Hujan Lebat

Pokok Tumbang Banjir Kilat Di Ibu Negara Susulan Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 283 hits
Lima kejadian pokok tumbang dilaporkan di beberapa tempat di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi PETALING JAYA Lima kejadian pokok tumbang dan 1 kejadian banjir dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan...
Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat

Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 384 hits
Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat Apa sudah jadi dengan segelintir rakyat Malaysia atau pun perlakuan ini dari warga asing persoalan yang sukar untuk kita jawab ketika ini Kita serahkan sahaja semua kepada pihak berkuasa untuk...
Tular Rakaman Cctv Dipercayai Rakam Pelaku Vandalisme Conteng Mural Hero Negara

Tular Rakaman Cctv Dipercayai Rakam Pelaku Vandalisme Conteng Mural Hero Negara

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 449 hits
Tular satu video kamera litar tertutup dimedia sosial dipercayai merakam pelaku vandalisme yang menconteng lukisan mural di U21 Shah Alam Berdasarkan video yang dikongsikan oleh ini kelibat dipercayai pelaku yang kelihatan adalah seperti wa...
Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1034 hits
144 total views 144 views today Tular lukisan potret mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid 19 di negara telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab Antaranya potret Yang di Pertuan Agong Perd...
Rakaman Cctv Tunjuk Dua Wanita Conteng Mural Agong Pemimpin Negara

Rakaman Cctv Tunjuk Dua Wanita Conteng Mural Agong Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 711 hits
Kecoh di media sosial apabila lukisan mural gergasi yang memaparkan potret Yang di Pertuan Agong Perdana Menteri Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab Terbaru satu rakaman ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti