Tangis Itu Amat Bererti Bila Disertakan Dengan Mengagongkan Allah Aamiin 9177



Pihak Fitnah TH Dikawal DAP Akan Dikenakan Tindakan 
Feb 20, 2019
SEMENYIH – Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memfitnah Tabung Haji (TH) kononnya ia kini dikawal parti DAP, semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Menteri itu berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang memainkan isu melibatkan orang Islam itu semata-mata untuk mendapat undi.

“Mereka berleluasa terutama di kempen kali ini dengan membawa pembohongan kononnya TH sekarang ini di bawah DAP dan menteri agama tunduk kepada DAP,” katanya kepada pemberita di sini.

Mujahid menarik perhatian bahawa beliau sebelum ini menang satu kes saman terhadap seorang ahli akademik yang mendakwa dirinya kuda tunggangan DAP sebelum ini. 

Naib presiden Parti Amanah Negara itu turun berkempen memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Calon lain ialah Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), calon bebas, Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung. – BERNAMA

Pihak Fitnah TH Dikawal DAP Akan Dikenakan Tindakan – MYNEWSHUB

Mahkamah Batal Saman Kes Khatan Terpotong ‘Kepala’ 
Feb 20, 2019
KERAJAAN Malaysia dan empat pihak lagi berjaya mengetepikan saman dikemukakan remaja berumur 19 tahun berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong dan mengalami kecacatan kekal.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan defendan kedua hingga keenam untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan prosedur berkhatan dilakukan di luar hospital dan kerajaan tidak bertanggungjawab terhadapnya.

“Tiada isu untuk dibicarakan dalam kes saman ini, tetapi perbicaraan antara plaintif dengan defendan pertama (pembantu perubatan) akan diteruskan,” kata peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar, yang mewakili remaja berkenaan, kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar hakim di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan lanjut kes tersebut. 

Kelima-lima defendan iaitu pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua sehingga keenam memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 7 Disember 2018.

Sementara itu, pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, selaku defendan pertama, sebelum ini pernah memfailkan permohonan sama tetapi menarik balik permohonan berkenaan.

SAMBUNG SEMULA ALAT SULIT

Pada 19 Julai 2018, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 13 Disember 2010, jam 10 pagi, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantunya telah menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya, yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Plaintif mendakwa semasa berkhatan, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila telah memotong keseluruhan kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan selain mendakwa defendan pertama membuat penyambungan semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitnya tanpa mengikut prosedur yang betul.

Dakwa plaintif, semasa anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumkan kepada plaintif serta anggota keluarganya bahawa keseluruhan kepala alat sulit itu glans penis terputus akibat prosedur berkhatan yang tidak mengikut standard, sebaliknya hanya dimaklumkan saluran kencing anaknya telah terpotong.

Plaintif mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plaintif terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Plaintif juga mendakwa defendan keempat memberi jaminan bahawa glans penis berkenaan kemungkinan akan tumbuh apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun plaintif mendakwa apabila anaknya mencapai usia 17 tahun, kepala zakarnya tidak tumbuh dan remaja berkenaan mengalami kecacatan kekal di mana kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Akibat kecacatan kekal itu, remaja berkenaan telah berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.

Plaintif juga terpaksa menanggung perbelanjaan dan kos yang tinggi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang termasuk perbelanjaan perjalanan dan rundingan dengan peguam yang kesemuanya berjumlah lebih RM100,000.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos. – BERNAMA

Mahkamah Batal Saman Kes Khatan Terpotong ‘Kepala’ – MYNEWSHUB

Lebih 900,000 Permohonan BSH 2019 
Feb 20, 2019
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan telah menerima lebih 900,000 permohonan sejak permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dibuka pada 1 Februari lepas.

Dalam kenyataannya pada Rabu, kementerian itu berkata kira-kira 200,000 adalah permohonan baharu manakala baki merupakan permohonan kemas kini.

Kementerian itu berkata proses pendaftaran BSH 2019 dipermudah antaranya membenarkan borang permohonan diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran.

“Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja,” demikian menurut kenyataan itu. 

Kementerian Kewangan berkata pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian yang tidak lagi mensyaratkan muat naik dokumen.

Pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas) tidak perlu mengemas kini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses, katanya.

“Bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara bagi menentukan kelayakan setiap permohonan,” menurut kenyataan itu.

Bagi pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada [email protected]. Tarikh tutup permohonan BSH 2019 ialah pada 15 Mac ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2019 berkata BSH dijangka memanfaatkan lebih empat juta isi rumah, melibatkan peruntukan RM5 bilion. – BERNAMA

Lebih 900,000 Permohonan BSH 2019 – MYNEWSHUB

Lelaki Hina Nabi Muhammad Direman 3 Hari 
Feb 20, 2019
LELAKI berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan berkata suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan).

Beliau berkata suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

Menurutnya, PDRM menerima 395 laporan polis dari seluruh negara ekoran terkesannya status hinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad SAW di sebuah laman Facebook itu. 

“PDRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Polis semalam menahan seorang warga emas berusia 68 tahun di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada pukul 11.30 pagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Foo Sing Wai yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara kerana disifatkan amat keterlaluan dan melampau. – BERNAMA 

Lelaki Hina Nabi Muhammad Direman 3 Hari – MYNEWSHUB

Kes Najib Bantah Pelantikan Sri Ram Disambung Jumaat 
Feb 20, 2019
KUALA LUMPUR – Kes bantahan Datuk Seri Najib Razak terhadap pelantikan Datuk Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya utama dalam kes 1MDB akan disambung Jumaat ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Collin Lawrence Sequerah dijangka membuat keputusan hari ini namun hujahan lanjut perlu didengar daripada pihak peguam Najib dan timbalan pendakwaraya, Ahmad Akram Gharib.

Harvinderjit Singh yang mewakili Najib berkata, Peguam Negara, Tommy Thomas tidak boleh melantik Sri Ram kerana percanggahan kepentingan.

“Thomas tidak boleh melantik Sri Ram kerana dia terlibat dengan penyiasatan dan pada masa yang sama mengetuai pendakwaan terhadap Najib. 

“Ini akan menyebabkan Sri Ram tampil di mahkamah dan akan mempunyai satu pemikiran bahawa Najib sudah pun dianggap bersalah,” katanya kepada mahkamah.

Peguam Tan Sri Shafee Abdullah pula bersetuju dengan pandangan hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Datuk Azizah Nawawi, meskipun kesnya ditolak ke Mahkamah Tinggi Jenayah.

“Walaupun prosedur 2 mahkamah ini berlainan, Azizah menganggap keputusan Thomas untuk tidak mengemukakan surat pelantikan Sri Ram sebagai tidak masuk akal.

“Takkan hanya kerana pemohon tidak mempunyai hak untuk meminta peguam negara mengemukakan surat tersebut, sedangkan bukti surat perlu dikemukakan di mahkamah. Mesti ada sebab munasabah dari segi undang-undang,” katanya.

Najib kini menghadapi 42 pertuduhan berkaitan dengan 1MDB, bekas anak syarikatnya, SRC International, laporan audit 1MDB yang diubah dan penyalahgunaan dana kerajaan berkaitan International Petroleum Investment Company (Ipic).

Shafee pula menghadapi 4 pertuduhan atas deposit RM9.5 juta dalam akaun banknya. Mereka cuba mencabar keputusan Thomas melantik Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan dalam kes-kes mereka. Sri Ram dilantik sebagai pendakwa fiat untuk mengetuai kajian kertas siasatan, tuduhan dan pendakwaan terhadap mana-mana individu yang dikenakan pertuduhan berkaitan 1MDB.

Peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V Sithambaran juga dilantik sebagai pendakwa fiat bagi kes-kes RM42 juta dan RM47 juta dalam kes SRC International. Najib mendakwa dalam afidavitnya terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa fiat.

Sri Ram juga terlibat dalam mendakwa isteri Najib, Datuk Seri Rosmah Mansor, Shafee, bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar, bekas pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas ketua perisikan Datuk Hasanah Ab Hamid dan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Kes Najib disambung Jumaat ini manakala kes Shafee akan disebut minggu hadapan. – FMT

Kes Najib Bantah Pelantikan Sri Ram Disambung Jumaat – MYNEWSHUB

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung 
Feb 20, 2019
KUALA LUMPUR – Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut dalam kebakaran tragis dua tahun lepas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa sembilan daripada 11 mayat itu dalam keadaan terbakar dan rentung.

Pakar Perunding Perubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurliza Abdullah berkata, beliau telah memeriksa dan melakukan bedah siasat ke atas enam mayat mangsa manakala Pakar Perubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik HKL, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi pula telah memeriksa lima mayat.

Baki mayat penghuni diperiksa dan dibedah siasat oleh pakar forensik lain. Dr. Nurliza, saksi pendakwaan ke-57 berkata beliau telah ditugas melakukan pemeriksaan terhadap enam mayat itu pada 14 September 2017, iaitu hari kejadian, bermula pukul 12 tengah hari. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati lima mayat dalam keadaan rentung manakala satu mayat tidak rentung. “Lima mayat dalam keadaan terbakar, rentung serta menunjukkan tanda-tanda penghiduan asap yang ketara di dalam saluran pernafasan si mati manakala satu lagi mayat dalam keadaan terbakar, tidak rentung serta menunjukkan tanda penghiduan asap ketara di dalam saluran pernafasannya,” katanya pada perbicaraan kes dua remaja lelaki yang didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua tahun lepas.

Dr. Nurliza berkata demikian ketika pemeriksaan utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Mengulas lanjut, Dr. Nurliza berkata pemeriksaannya juga mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal lain pada keenam-enam mayat mangsa selain kecederaan berkaitan kebakaran. 

Kepada soalan Othman mengenai sebab kematian, Dr. Nurliza berkata keenam-enam mangsa mati akibat penghiduan asap daripada api kebakaran dan terdapat tanda-tanda kehitaman akibat asap atau jelaga yang terlekat pada saluran pernafasan mangsa yang menunjukkan penghiduan asap kebakaran. Dr. Ahmad Hafizam, saksi pendakwaan ke-58 pula memberitahu daripada lima mayat yang diperiksa dan dibedah siasat, seorang daripadanya masih dalam keadaan ‘sempurna’, manakala selebihnya dalam keadaan rentung. 

“Sebab kematian empat mangsa adalah akibat kecederaan terbakar yang parah (rentung) dan tersedut asap, kecuali seorang mangsa yang sebab kematiannya akibat tersedut asap,” katanya. Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017. 

Kedua-dua tertuduh yang kini berumur 18 tahun masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan. Pada prosiding hari ini kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung Jumaat. – BERNAMA

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung – MYNEWSHUB

Wednesday, February 20, 2019
Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom! 

NIBONG TEBAL: Sekitar 600 penyokong serta ahli PAS dan Umno telah bersama memberikan isyarat amaran terhadap kebiadaban pemilik akaun facebook Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah S.A.W dan isteri Baginda, Aisyah R.A.

Mereka mengiringi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Usman Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, jam 9:40 malam tadi.

Ustaz Usman ketika berucap mewakili solidariti itu menegaskan bahawa individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Saidatina Aisyah telah memecahkan keharmonian antara kaum yang dibina selama lebih 60 tahun.

Bidas beliau, ianya satu perbuatan tidak bermaruah dan meminta tangkapan segera dilakukan oleh pihak Polis terhadap individu tersebut untuk diadili di mahkamah serta mengesyorkan agar dilucutkan kewarganegaraannya.

Mohd Norhiesam pula menggesa supaya tangkapan yang telah dilakukan oleh Polis tidak menjadi gimik untuk menutup kemarahan umat Islam, tetapi mesti disusuli hukuman berat daripada mahkamah.

Hadir sama dalam himpunan bantahan itu adalah Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad dan Pengerusi Belia 4B Nibong Tebal, Rokiman Shah. - HARAKAHDAILY 20/2/2019

Jom, Pertahankan Islam!!
Ibnu Hasyim: Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom!

9 Perempuan Ini Berkontribusi dalam Meriwayatkan Hadis
by Eneng Susanti
SAHABAT dari golongan wanita ternyata punya peran penting dalam meriwayatkan hadis. Jumlah hadis yang mereka riwayatkan tidak kalah banyak dari sahabat laki-laki.
Dalam Kutub al Tis’ah, ada sembilan nama perempuan dari kalangan keluarga Nabi SAW. yang meriwayatkan hadis. Siapa saja mereka?
‘Aisyah binti Abi Bakr r.a. (w. 58 H.)
‘Aisyah r.a. adalah tokoh utama dalam periwayatan hadis dari kalangan sahabat perempuan Nabi SAW. Hampir semua bab (kitab) yang terdapat dalam al-kutub al-tis’ah terdapat hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a. Dia adalah umm al-mu’minin, putri Abu Bakr r.a., dan wanita yang dicintai Rasulullah SAW.
‘Aisyah r.a. termasuk dalam golongan sahabat yang banyak meriwayatkan hadis, dibandingkan dengan sahabat laki-laki sekalipun. Menurut M. Syuhudi Ismail (w. 1416 H.), ‘Aisyah r.a. menempati posisi ke empat di antara para sahabat nabi dalam hal jumlah hadis yang mereka riwayatkan. Hanya ada tiga orang sahabat yang meriwayatkan hadis Nabi SAW lebih banyak dari yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a, yaitu Abu Hurairah r.a. (19 s.H.-59 H), ‘Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khaththab r.a. (10 s.H.-73 H.), dan Anas ibn Malik r.a. (10 s.H.-93 H.).
Hind binti Umayyah r.a. (Ummu Salamah, w. 59 H.)
Kalangan shahabiyyah yang menempati posisi kedua dalam meriwayatkan hadis setelah ‘Aisyah r.a. adalah Hind binti Abi Umayyah r.a. Ia juga dikenal dengan nama Ummu Salamah. Ia mengikuti hijrah dua kali, ke Habasyah dan ke Madinah. Ia juga merupakan umm al-mu’minin yang dinikahi oleh Nabi SAW pada tahun 4 setelah hijrah. Sebelumnya ia telah menikah sebelum hijrahnya ke Habasyah dengan Abu Salamah ibn ‘Abd al-Asad r.a. (w. 3 H.). Ia menjadi janda setelah kematian Abu Salamah pada bulan Jumadi al-Akhirahtahun 3 H yang terluka pada perang Uhud. Hadis yang paling banyak ia riwayatkan langsung dari Rasulullah, dan sebagian kecil di antaranya ia riwayatkan dari Abu Salamah r.a. dan dari Fathimah binti Rasulullah r.a.
Maimunah binti al-Harits r.a. (w. 51 H.)
Maimunah binti al-Harits adalah istri nabi, saudari Umm al-Fadhl istri ‘Abbas, bibi Khalid ibn al-Walid r.a. dan Ibn ‘Abbas r.a. Ia menikah dengan Nabi SAW pada 7 H bulan Dzulqa’dah setelah Nabi SAW diperbolehkan melaksanakan umrah di Mekah sebagai kesepakatan dari perjanjian Hudaibiyah. Jumlah hadis yang disandarkan kepadanya dalam al-Kutub al-Tis’ah sebanyak 172 buah hadis. Jumlah hadits riwayatnya masih jauh di atas rata-rata jumlah hadis yang diriwayatkan per sahabat yang 69 hadis per sahabat.
Hafshah binti ‘Umar ibn al-Khaththab r.a. (w. 45 H.)
Jumlah hadis yang disandarkan kepada Hafshah yang terdapat dalam al-kutub al-tis’ahsemuanya berjumlah 147 hadits. Hal ini membuktikan bahwa Hafsah termasuk salah seorang istri Nabi SAW yang aktif meriwayatkan hadis.
Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan r.a. (w. 42 H.)
Ummu Habibah r.a. termasuk salah satu dari istri nabi yang juga aktif meriwayatkan hadis. Dalam al-Kutub al-Tis’ah terdapat 144 hadis yang disandarkan periwayatannya kepadanya. Sebagian besar hadis yang ia riwayatkan berasal langsung dari Rasulullah, dan sebagian yang lain ia riwayatkan dari Zainab binti Jahsy r.a. (w. 20 H.).
Zainab binti Jahsy r.a. (w. 20 H.)
Zainab binti Jahsy ibn Rabab ibn Ya’mar r.a. pada mulanya bernama Barra’, namun ketika diperistri Rasulullah diganti namanya dengan Zainab. Sebelum nikah dengan Rasulullah terlebih dahulu ia telah menikah dengan Zaid ibn al-Haritsah r.a., bekas budak dan anak angkat Rasulullah. Tidak terlalu banyak hadis yang diriwayatkan oleh Zainab. Dalam al-Kutub al-Tis’ah hanya terdapat 27 buah hadis yang disandarkan kepadanya.
Shafiyyah binti Huyai r.a. (w. 50 H.)
Shafiyyah binti Huyai ibn Akhthab ibn Sa’id ibn Tsa’labah al-Isra’iliyah r.a. merupakan seorang wanita bangsawan, mulya, cerdas dan memiliki kedudukan terpandang. Dalam al-Kutub al-Tis’ah jumlah hadis yang disandarkan kepadanya berjumlah 25 hadis. Masing-masing hadis tersebut terdapat dalam tujuh kitab hadis, selain al-Muwaththa’ dan Sunan al-Nasai. Haditsnya ia riwayatkan langsung dari Rasulullah.
Juwairiyah binti al-Harits r.a. (w. 56 H.)
9 Perempuan Ini Berkontribusi dalam Meriwayatkan Hadis - Islampos
Air Mata Ustaz Somad Menitis Mengenangkan Almarhum TGNA. Ini Kisah Mereka Berdua Yang Ramai Tak Tahu
 FAMILI CERIA
Penceramah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak mampu menahan sebak ketika berkujung ke kediaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka hari ini. Katanya, nama bekas Menteri Besar Kelantan itu mulai mencuri hatinya sejak 1998. Beliau mula mengenali almarhum Tuan Guru ketika belajar di Kaherah, Mesir.“ 
Rakan saya berkahwin dengan seorang pelajar dari Malaysia iaitu dari Kelantan. Suatu hari saya singgah rumah kawan itu dan nampak gambar seorang yang berserban.
Simpan gambar almarhum TGNA di laptop..
“ Bermula saat itu saya mencari artikel berkaitan Tuan Guru di samping menyimpan gambar-gambar Tuan Guru di komputer riba,” katanya ketika mengunjungi kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Berikutan itu beliau pernah menyimpan angan-angan untuk bertemu almarhum untuk membawa serban dan memakaikannya kepadanya. ” Namun semuanya menjadi kenangan apabila saya menjejak kaki ke kediamannya almarhum telah tiada,” ujarnya sambil mengesat air mata.
Beliau juga berkata, begitu berpuas hati dapat menziarahi keluarga almarhum. Oleh itu beliau berharap kunjungan itu mendapat rahmat dari Allah Taala serta mendapat ganjaran nikmat dariNya. Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, anggota Parlimen Bachok Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan anak serta adik beradik Tok Guru.
Lihat video di bawahAura Ustaz Abdul Somad sampai jalan sesak
Terdahulu, jalan-jalan utama menghala ke Masjid Muhammadi di sini sesak teruk menjelang solat Jumaat ekoran kehadiran pendakwah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad. Pendakwah terbabit diundang khas menyampaikan kuliah dan berkhutbah. Kesesakan di Jalan Sultanah Zainab, Jalan Post Office Lama dan Jalan Tengku Putera Semerak bermula jam sekitar 12 tengahari.
Malah petak parkir di segenap ruang di sekitar masjid penuh. Jawatankuasa Masjid Muhammadi terpaksa dengan penuh keinsafan menghampar tikar di ruang pejalan kaki bagi menampung kehadiran ramai jemaah. Orang ramai pelik kenapa ramai sangat, tak tahu Ustaz Abdul Somad datang
Seorang warga emas hairan mengapa begitu ramai jemaah hari ini. Beliau tidak tahu kehadiran pendakwah terbabit. Hadir mengiringi Ustaz Abdul Somad, anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassurudin Daud dan pegawai kerajaan negeri. Sebelum itu sejurus tiba di Kota Bharu Abdul Somad menziarahi keluarga arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pusaranya di Pulau Melaka. 
Keluarga besar Nikmatillah melahirkan rasa gembira dapat menerima kunjungan tetamu istimewa tersebut. Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keluarganya begitu berbesar hati menerima tetamu yang diundang kerajaan negeri. ” Kita juga berharap rakyat di negeri ini sentiasa mencintai ulama,” ujarnya. 
Ustaz Abdul Somad juga diraikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob pada jamuan tengahari di JKR 10. Hadir sama pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.
Sumber : Harakahdaily via NewscoviralAir Mata Ustaz Somad Menitis Mengenangkan Almarhum TGNA. Ini Kisah Mereka Berdua Yang Ramai Tak Tahu – dePalmaSP














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/tangis-itu-amat-bererti-bila-disertakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penemuan Rawa Tan Strok Menggunakan Ayat Al Quran Inilah Bukti Kekuasaan Allah Amat Menabjubkan Rileks Media

Penemuan Rawa Tan Strok Menggunakan Ayat Al Quran Inilah Bukti Kekuasaan Allah Amat Menabjubkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 481 hits
Penya kit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba tiba Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah Jika bekalan darah terputus sel otak yang terjejas akan rosak atau mati Kadangkal...
Jodoh Itu Rahsia Allah Saat Allah Tentukan Jodoh Tiada Siapa Boleh Halang Ustaz Ebit Lew

Jodoh Itu Rahsia Allah Saat Allah Tentukan Jodoh Tiada Siapa Boleh Halang Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 669 hits
Jodoh itu rahsia Allah Saat Allah Tentukan Jodoh Tiada Siapa Boleh Halang Ustaz Ebit Lew Jodoh itu rahsia Allah Sekuat mana kita setia selama mana kita menunggu sehebat mana kita merancang sekeras mana kita bersabar sejujur mana kita berbag...
Fikir Yang Baik Baik In Syaa Allah Hasilnya Baik Baik Juga Aamiin 9168

Fikir Yang Baik Baik In Syaa Allah Hasilnya Baik Baik Juga Aamiin 9168

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 372 hits
TITIANHamka dan Penguasa Senin 18 Februari 2019 15 17Foto Lukisan Buya Hamka di Pameran 111 Tahun Buya Hamka yang digelar Sekolah Pemikiran Islam di Gedung IX FIB Universitas Indonesia 11 13 Februari 2019 Jakarta Anak kesembilan Haji Abdul ...
Ibu Kandung Serah Kepada Allah Kontroversi Yang Melanda Aliff

Ibu Kandung Serah Kepada Allah Kontroversi Yang Melanda Aliff

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 662 hits
IBU kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu S Hafiza Barsharahil menyerahkan kepada Allah SWT berhubung kontroversi rumah tangga membabitkan anak sulungnya itu dengan isteri Bella Astillah Kami hanya mendoakan yang terbaik Selebihnya k...
Video Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua

Video Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 405 hits
VIDEO Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua Tidak mampu membendung airmata sepanjang perkongsian penghijrahannya pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah berkata dahulu cintanya terh...
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 506 hits
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau Tapi mungkin kita belum nampak hikmahnya lagi Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi tuhan belum temukan jodoh u...
Iklan Samsung Galaxy S10 Tertiris Memperlihatkan Sejumlah Fungsi Yang Akan Disertakan

Iklan Samsung Galaxy S10 Tertiris Memperlihatkan Sejumlah Fungsi Yang Akan Disertakan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 271 hits
Samsung bakal melancarkan Galaxy S10 secara rasminya dalam sekitar dua hari lagi Menariknya kini iklan video untuk telefon pintar berkenaan tertiris memperlihatkan ciri ciri dan fungsi yang akan disertakan bersama dengannya Iklan video ini ...
Memberi Kepada Pasangan Kita Bererti Memberi Kepada Diri Kita Sendiri

Memberi Kepada Pasangan Kita Bererti Memberi Kepada Diri Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 402 hits
Memberi kepada pasangan kita bererti memberi kepada diri kita sendiri Bukankah perkahwinan itu menyatukan dua hati Shortnote ceramah Ust Pahrol Mohd Juoi Ya apabila suami isteri saling memberi keserasian dan keharmonian akan bersemi Akhirny...
Wajah Nasha Aziz Yang Dahulunya Amat Cantik Kini Berubah Kelihatan Lain Yang Menjadi Tanda Tanya

Wajah Nasha Aziz Yang Dahulunya Amat Cantik Kini Berubah Kelihatan Lain Yang Menjadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 569 hits
Nasha Aziz 44 pelakon tinggi lampai Siapa yang tidak kenal bukan Sememangnya sentiasa kelihatan cantik dan anggun Cuma kini wajah Nasha hebat diperkatakan adakah melakukan sesuatu pada mukanya atau sekadar solekan sahaja Kalau dulu kecantik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba