Tanggungjawab Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Bukan Hantar Pada Mak Ayah Kita


Suami yang perlu jaga isteri dalam pantang bukan ibu ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga. Kalau nak ibu dan ayah anda jagakan, 5 perkara ni wajib anda sediakan. Ikuti perkongsian dari puan Intan.

BERPANTANG DI RUMAH IBU BAPA
Saya mahu mengingatkan semua pasangan suami isteri, terutamanya saya yang menulis ini, rumah ibubapa bukanlah confinement place for free & bantuan mereka menjaga semasa berpantang pun bukanlah khidmat sukarelawan masyarakat, wahai anak-anak.
Ada ramai dari kita, hanya menjenguk kampung apabila mahu beranak semata, sebab mahukan penjagaan rapi semasa berpantang tanpa perlu mengeluarkan kos penjagaan ribu-ribuan. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita kalau pernah berniat macam tu.
Lelaki sebagai suami & menantu.. ingatlah sebenarnya tanggungjawab menjaga isteri sepenuhnya atas bahumu. Ibubapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan tetapi bukan bermakna tempoh itu kamu boleh berlepas diri & bersenangan laksana bujang. Sedangkan di kampung, ibubapa yang uzur tadi terkial-kial mengangkat air panas buat isterimu mandi & hampir pitam mengendong anak kecilmu yang meragam dari malam hingga dinihari-setiap hari.
Hal berpantang jangan diambil remeh. Suami isteri perlu duduk berbincang dengan mak ayah tentang segala persediaan & keperluan yang patut dipersiapkan. Seperti ibu saya akan pesan pada suami saya untuk menyiapkan barang keperluan untuk dibawa ke hospital, barang untuk menguruskan uri dan sebagainya.

Jika suami jenis clueless, isteri mainkanlah peranan untuk ingatkan suami hal yang perlu dia ambil tahu, fikir & sediakan sebelum & semasa kita berpantang. Kadang suami ni bukan dia selfish melainkan dia tak terfikir hal remeh temeh yang bakal berlaku dalam tempoh itu. Mungkin kerana kurang membaca, kurang bertanya & mungkin juga terlalu ambil mudah. Terutamanya untuk kelahiran pertama.
Jadi para isteri untuk suami jenis begini, beritahu dia & ingatkan dia yang selain keperluan bayi, kita juga perlukan set berpantang, upah bidan mengurut, standby pam susu kalau terkena bengkak susu, serta jangan lupa beri mak ayah yang menjaga isteri;
1) duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang yang perlu diberi kepada mak ayah. Nak beli makanan berkhasiat untuk kembalikan tenaga isteri seperti ikan jenis tertentu, daging, susu, buah, biskut, & lain-lain. Tanya mak tentang kos kasar barang keperluan itu & sediakanlah siap-siap. Jangan lupa nafkah isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab suami. Ada bajet extra, asingkan juga duit belanja dapur untuk mak ayah.
2) duit bil air & elektrik, kerana biasanya jumlah bil akan naik sedikit atau mungkin berganda semasa tempoh berpantang. Kalau jenis pasang air-cond 24jam pasti bil eletrik naik mendadak, jadi jangan buat-buat lupa bayar semula pada mak ayah.
3) duit minyak kereta mak ayah ke hulu hilir hantarkan isteri & anak check-up klinik/hospital/beli barang urgent.
4) duit standby incase tiba-tiba perlu belikan pacifier, baju lebih, pampers jenama lain jika tak sesuai jenama tertentu, krim ruam. Kita tidak tahu kerenah bayi seperti mana. Setiap bayi lain-lain ragamnya.
5) duit extra : jika ibubapa turut menjaga anak-anak yang lain, tentulah perlukan duit untuk beli makanan, permainan & sebagainya. Jangan ajar anak pow atuk nenek pula!
Last but not least, jika ada bajet lebih lagi selepas habis berpantang & anak sudah besar sedikit, bolehlah ajak mak ayah berjalan-jalan makan angin & belanja makan tempat-tempat yang bagus sedikit. Untuk meraikan penat lelah mereka (untuk membayar kita tidak layak & tidak mampu – hanya Allah yang mampu).
Terus terang.. mak ayah memang tidak akan meminta directly, tetapi sebagai anak yang baik, peka & sedar diri, faham-fahamlah sendiri tanggungjawab kita. Dah beranak pinak pun kan.. harapnya bolehlah lebih bertimbangrasa.
Mak ayah memang tak pernah berkira dengan anak-anak, sebaliknya anak-anak selalu sangat berkira dengan mak ayah. Walhal memang sudah tanggungjawab kita. Jadi, janganlah asyik ambil kesempatan.
Jangan zalimi ibubapa yang duit bulanan kamu tak pernah beri, tetapi bila tempoh kritikal begini kamu tambahkan pula beban lagi. Jagalah adab kita sebagai anak. Takut mak ayah kecil hati dalam diam, jadi tak redha, kita yang berdosa.
PENTING
Sekiranya ibubapa berterus terang sudah tidak mampu menjaga, mungkin atas faktor uzur & sebagainya, suami sepatutnya sudah merancang hal isteri berpantang sejak dari awal kandungan lagi. Mungkin suami sudah mula berfikir patut ambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin dan mula mencari info tugas yang perlu dilakukan jika mahu berpantang sendiri, atau jika tak boleh cuti lama, boleh mula menabung untuk upah confinement lady serta bayaran daycare untuk anak yang lain sementara isteri berpantang. Sekarang dah moden, semua info ada di hujung jari.
Ibu selalu cakap pada saya; “dah beranak & jadi ibu ni barulah kamu lebih faham ibu kan. Bukan senang jadi ibubapa ni..” fuh memang sebak rasa. Rasa macam sangat kerdil dibandingkan dengan kasih sayang ibu ayah yang melimpah ruah. Terima kasih ibu ayah..
Maka anak-anak, janganlah ambil kesempatan atas kasih sayang mereka. Ibubapa cuma ada seorang atas muka bumi ini. Jika Allah ambil mereka kembali tentulah tiada lagi galang gantinya. Kita juga bakal menjadi orang tua kelak. Santunilah mereka semampunya, kerana Allah tahu apa di dalam hati kita.
Wallahu ‘alam.
Penulisan ini berdasarkan pengalaman & pandangan peribadi diri ini sahaja. Boleh tambah di ruang komen jika ada cadangan lain. 
Sumber:Facebook Intan Dzulkefli
  The post Tanggungjawab Suami Jaga Isteri Dalam Pantang, Bukan Hantar Pada Mak Ayah Kita appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tanggungjawab-suami-jaga-isteri-dalam-pantang-bukan-hantar-pada-mak-ayah-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantar Sampai Atas La Bodoh Punya Rider Customer Maki Ugut Bunuh Mak Ayah Penghantar Makanan

Hantar Sampai Atas La Bodoh Punya Rider Customer Maki Ugut Bunuh Mak Ayah Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 396 hits
Sejak dari usia muda kita sentiasa dididik untuk menunjukkan rasa hormat dan beradab apabila berurusan atau berhadapan dengan orang lain Tetapi lelaki ini pula memilih untuk menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan rasa ...
Ini Senarai Takwim Penggal Cuti Persekolahan 2021 Dikeluarkan Kpm Yang Semua Mak Ayah Kena Tahu

Ini Senarai Takwim Penggal Cuti Persekolahan 2021 Dikeluarkan Kpm Yang Semua Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 504 hits
Kementerian Pendidikan telah menyenaraikan senarai takwim bagi penggal dan cuti persekolahan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2021 Timbalan ketua pengarahnya Adzman Talib berkata penggal persekolahan bagi...
Ini Sebab Anak Kena Ada Peneman Bila Mak Ayah Tiada Di Sisi Tapi Jangan Sampai Jadi Punca Sakit

Ini Sebab Anak Kena Ada Peneman Bila Mak Ayah Tiada Di Sisi Tapi Jangan Sampai Jadi Punca Sakit

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 324 hits
Anak ada bantal atau patung untuk teman tidur itu mungkin perkara biasa Tapi pernah atau tidak kita terfikir kenapa si kecil membutuhkan barangan sedemikian Perkongsian oleh Dr Redza Zainol tentang mengapa si kecil memilih untuk ada peneman...
Suami Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri Kalau 7 Anak 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup Hidup

Suami Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri Kalau 7 Anak 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 596 hits
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka Adakah ia berbahaya Prosedur episiotomi Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan p...
Biasanya Kalau Isteri Suri Rumah Suami Jarang Sakit Nikmat Kesihatan Pun Rezeki Tak Ternilai

Biasanya Kalau Isteri Suri Rumah Suami Jarang Sakit Nikmat Kesihatan Pun Rezeki Tak Ternilai

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 467 hits
Suami jika anda ingin rezeki sentiasa mencurah curah sentiasa dalam keadaan bahagia maka bahagiakanlah isteri dan anak anak anda Kerana keredaan dalam rumahtangga datangnya dari hati seorang isteri Begitulah pesanan ustaz ebit lew buat para...
Saman Isteri Kerana Akses Akaun Whatsapp Suami Tanpa Izin

Saman Isteri Kerana Akses Akaun Whatsapp Suami Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 388 hits
The ReporterBerang akaun WhatsApp diakses tanpa izin seorang lelaki di Arab Saudi mahu memfailkan saman terhadap isterinya Perkara itu hanya disedari oleh lelaki berkenaan di mana pergerakannya dipantau oleh isteri selama sembilan bulan yan...
Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 553 hits
Anak anak tidur dengan ibu ayah adalah perkara biasa Ada beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan pasangan merasa kurang selesa untuk membenarkan anak anak untuk tidur sendiri Ketika masih kecil tiada masalah untuk tidur bersama Tetapi s...
Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 338 hits
Hujung minggu pastinya menjadi hari paling bermakna buat anak anak di rumah Mana tidaknya pagi pagi lagi juadah hebat sudah tersedia hebat di atas meja Semuanya air tangan ibu tercinta Apa kata cuti hujung minggu ini mama sediakan Potato Ca...
Netizen Kecam Maki Hamun Saya Tanpa Usul Periksa Wanita Nafi Maki Ugut Bunuh Mak Ayah Rider Food Panda

Netizen Kecam Maki Hamun Saya Tanpa Usul Periksa Wanita Nafi Maki Ugut Bunuh Mak Ayah Rider Food Panda

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 408 hits
Susulan dikecam teruk oleh netizen di media sosial individu yang didakwa memaki hamun dan mengugut penghantar makanan tampil memberi penjelasan dan menafikan dakwaan tersebut Bell s Rizz atau Nabila mendakwa gambar dia dan suaminya telah di...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus