Suami Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri Kalau 7 Anak 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup Hidup


Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka? Adakah ia berbahaya?

Prosedur episiotomi
Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengelak mahupun mengurangkan risiko pengoyakan berlebihan.
Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini. Ia bukan 1 proses rutin, tetapi hanya dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.
Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:
-Proses kelahiran yang berpanjangan
-Ketegangan pada janin
-Kelahiran faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
-Bayi dalam posisi songsang
-Kelahiran bayi kembar atau berganda
-Bayi bersaiz besar
-Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
-Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis
Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.
Namun adakalanya, tekanan pada jahitan atau jangkitan pada sekitar bahagian faraj boleh mengakibatkan jahitan bersalin terbuka.
Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?

Menyedari jahitan bersalin terbuka
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?
Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.
Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.
Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.
Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.
Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.
Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).
Perlukah dijahit semula?
Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.
Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.
Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.
Anda akan diberikan nasihat oleh doktor bagi membuat pilihan terbaik.
Bolehkah jahitan bersalin terbuka sembuh?
Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan keadaan ini akan mengisi jurang jahitan tersebut.
Walau bagaimanapun, tempoh untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:
-Kedudukan luka tersebut
-Kedalaman bukaan episiotomi
-Tempoh jangkitan sudah berlaku
-Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit.
Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.
Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.
Menyembuhkan luka jahitan bersalin
Sama seperti luka biasa pada mana-mana bahagian badan, jahitan bersalin terbuka juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia sembuh dengan segera.
Ini tip penjagaan luka bersalin:
-Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
-Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
-Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala.
-Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.
-Usah gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
-Pastikan anda menukar tuala wanita dengan kerap.
-Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
Kesan jahitan bersalin terbuka
Biasanya individu yang mengalami situasi ini tidak berdepan sebarang masalah selepas luka ini dirawat dan sembuh.
Malahan, tidak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Namun, jika anda berdepan sebarang masalah atau mempunyai kebimbangan, dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.

Penjagaan jahitan bersalin
Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja anda selesai menjalani proses bersalin.
Ia melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.
Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.

The post Suami, Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri. Kalau 7 Anak, 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup-Hidup! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-inilah-alat-untuk-jahit-bekas-koyakan-bersalin-isteri-kalau-7-anak-7-kali-dia-menahan-sakit-hidup-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Birokrasi Punca Wanita Sakit Anak Oku Bergantung Hidup Bantuan Rm400 Sebulan

Birokrasi Punca Wanita Sakit Anak Oku Bergantung Hidup Bantuan Rm400 Sebulan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 321 hits
Tan menunjukkan surat yang diterima memaklumkan beliau tidak lagi layak menerima Bantuan Orang Tua PETALING JAYA Ketika pihak berkuasa berusaha menangani definisi kemiskinan yang baru dan lebih tinggi seorang warga emas dengan 2 anak kelain...
Percayalah Bukan Handsomenya Suami Akan Jadikan Hidup Isteri Tenang Tapi Kesetiaan Tanggungjawabnya

Percayalah Bukan Handsomenya Suami Akan Jadikan Hidup Isteri Tenang Tapi Kesetiaan Tanggungjawabnya

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 389 hits
Kesefahaman dan bertanggungjawab dalam rumah tangga antara kunci utama kebahagiaan dalam setiap perhubungan Inilah yang perlu menjadi perhubungan bagi pasangan suami isteri seawal berkahwin sehinggalah ke ahir hayat Menurut kejujuran rasa t...
Suami Isteri Bergaduh Jangan Sampai Tarik Muka Rendahkan Ego Anak Akan Perhatikan

Suami Isteri Bergaduh Jangan Sampai Tarik Muka Rendahkan Ego Anak Akan Perhatikan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 515 hits
Dalam rumah tangga ni kalau bertengkar tu biasa la Asam garam dalam rumah tangga kan Lidah sendiri pun kadang kadang tergigit apatah lagi duduk serumah dengan pasangan yang baru kita kenal Tetapi kalau bertengkar jangan sampai keluarkan kat...
Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur Urus Anak Isteri Makin Sayang

Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur Urus Anak Isteri Makin Sayang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 444 hits
Suami yang sanggup bersusah payah tolong isteri selesaikan kerja rumah anda memang terbaik Jangan fikir jika anda tolong buat kerja rumah maknanya anda takut bini Tanggapan ini salah Sepatutnya anda mesti bangga kerana dapat bahagiakan iste...
Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 497 hits
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stres yang kronik Sebab stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang Kalau nak tahu horm...
Isteri Menyusukan Anak Kadang Emosi Jadi Tak Stabil Ini Yang Suami Boleh Bantu Baru Isteri Tak Meroyan

Isteri Menyusukan Anak Kadang Emosi Jadi Tak Stabil Ini Yang Suami Boleh Bantu Baru Isteri Tak Meroyan

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 1911 hits
Dapat menyusukan anak dengan susu ibu merupakan impian semua mama yang baru melahirkan namun tak semua mempunyai peluang sebegitu Menyusukan bayi bagi seorang ibu bukanlah satu tugas yang enteng Macam macam perkara yang perlu dibuat kena be...
Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 287 hits
Semalam ternampak Si Isteri kongsi cerita di Facebook berkenaan Kisah Sedih Si Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan Bacaan ini aku jadikan rujukan dan persediaan memandangkan dalam beberapa minggu lagi kami akan menghad...
Makbulnya Doa Seorang Isteri Hidup Suami Senang Gembirakan Isteri Rezeki Makin Dekat

Makbulnya Doa Seorang Isteri Hidup Suami Senang Gembirakan Isteri Rezeki Makin Dekat

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 316 hits
Ingat kehadiran isteri adalah lorong rezeki buat suami Setiap kali suami membuat isteri menangis dan terluka tentu sahaja rezeki itu akan mula jauh Ramai yang tak menyedari dengan menganggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup Ramai yang...
Hiburan Jangan Lupa Bagi Nafkah Anak Rita Rudaini Tampil Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya

Hiburan Jangan Lupa Bagi Nafkah Anak Rita Rudaini Tampil Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 320 hits
Tampil memberi peringatan kepada bekas suami Lufya Omar Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya Laana Haura pelakon jelita Rita Rudaini yakin dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekar...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator