Tangguh Laksana Gaji Minimum Rm1 500 Keputusan Kabinet


malaysiakini.com
S Vinothaa
Diterbitkan: Dec 31, 2022 8:00 AM
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar menafikan penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 ke atas majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dibuat tanpa persetujuan kabinet.

Berjanji untuk menangani perkara itu, dia memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.

Sivakumar mengulas dakwaan sejumlah pihak bahawa dia membuat keputusan sendiri berhubung penangguhan itu setelah dipengaruhi majikan.

Antara yang membuat dakwaan itu ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan yang turut mendakwa penangguhan itu bukan diputuskan kabinet.

Terdahulu, Arutchelvan mempersoalkan jika Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mempunyai "pengaruh" terhadap Sivakumar.

Majikan yang mempunyai kurang lima pekerja pada mulanya dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum sehingga 1 Jan 2023. Dasar itu berkuat kuasa bermula 1 Mei 2022.
Namun pada Selasa lalu, Sivakumar mengumumkan penangguhan itu dilanjutkan lagi sehingga 1 Julai 2023.

Keputusan itu mengundang kekecewaan pihak seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (LLRC) yang mendakwa ia dibuat tanpa perbincangan dengan kumpulan pekerja.

Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor menyifatkan perbuatan itu sebagai tanda tidak hormat kerajaan terhadap pekerja.

Pengerusi bersama LLRC N Gopal Kishnam pula mengingatkan kerajaan tentang manifesto PH bagi PRU 2018 untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 dengan berkongsi perbezaan kos sebanyak RM500 secara sama rata dengan majikan.

Langkah mitigasi sedang dilaksanakan

Sivakumar menjelaskan kerajaan cuba mengimbangi beban yang ditanggung perniagaan yang sedang dalam pemulihan selepas wabak Covid-19, pada masa sama melaksanakan faedah baru yang diperkenalkan dalam Akta Kerja 1955/22.

"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik dan jika kita masukkan ini (menaikkan gaji minimum kepada RM1,500) ia akan membebankan lagi PKS.

"Tetapi pekerja akan terus menikmati faedah baru seperti penambahan cuti bersalin dan paterniti serta waktu kerja yang fleksibel apabila pindaan Akta Pekerjaan berkuat kuasa 1 Jan 2023.

"Jadi, kami cuba lakukan sesuatu untuk majikan PKS dan telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum enam bulan lagi," jelasnya.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata kementerian sedang mengusahakan penyelesaian yang akan memperbaiki keadaan semasa dan berharap untuk membawanya dalam mesyuarat kabinet minggu depan.

Tidak menjelaskan mengenai sama ada cadangan itu akan memberi manfaat kepada pekerja atau majikan, Sivakumar berkata: "Saya tidak mahu berkata apa-apa sehingga saya membangkitkannya dengan kabinet," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/tangguh-laksana-gaji-minimum-rm1500.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum secara menyeluruh kerana majikan sering menggunakan alasan tidak bersedia untuk melaksanakan perkara itu Menurut MTUC sejak 2013 majikan memberi a...
Terbaik Bertambah Lagi Kekayaan Anwar Jika Menang Dakwa Bohong Terima Gaji Rm1 Anwar Saman Ahmad Amzad

Terbaik Bertambah Lagi Kekayaan Anwar Jika Menang Dakwa Bohong Terima Gaji Rm1 Anwar Saman Ahmad Amzad

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM...
Perintah Gaji Minimum Malaysia

Perintah Gaji Minimum Malaysia

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 448 hits
TERKINI PELAKSANAAN GAJI MINIMUM RM1500 DITANGGUHKAN BAGI KATEGORI PEKERJA KURANG 5 ORANG Setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang Kerajaan telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN p...
Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam Wajar Wth Betul Ke

Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam Wajar Wth Betul Ke

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 379 hits
Penalti hantu Vietnam telah diberikan dengan betul mengikut Undang undang 12 4 FIFA di Kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 malam tadi Yang pasti keputusan ini dilihat sebagai melulu dan sangat berat sebelah dan membuahkan rasa marah ...
Debaran Menunggu Keputusan Ujian Pulse Oxymetry Oksigen Bayi Pramatang

Debaran Menunggu Keputusan Ujian Pulse Oxymetry Oksigen Bayi Pramatang

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 329 hits
Seorang ibu yang bekerja punya anak kelahiran tidak cukup bulan yakni kelahiran pramatang merupakan berita paling mengusarkan hati Sepatutnya cuti bersalin 3 bulan bergaji dinikmati sepenuhnya bersama bayi berpantang dirumah tapi 3 bulan be...
Calon Psb Kemuka Petisyen Bantah Keputusan Pru15 Bagi Parlimen Lubok Antu

Calon Psb Kemuka Petisyen Bantah Keputusan Pru15 Bagi Parlimen Lubok Antu

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 180 hits
CALON Parti Sarawak Bersatu bagi Parlimen Lubok Antu Dr Johnichal Rayong Ngipa yang kalah tipis pada Pilihan Raya Umum ke 15 memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan itu Petisyen itu difailkan oleh firma guaman yang mewakili Dr Rayo
Hutang Cecah Rm1 12 Trillion Malaysia Boleh Jadi Seperti Sri Lanka

Hutang Cecah Rm1 12 Trillion Malaysia Boleh Jadi Seperti Sri Lanka

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Malaysia berisiko menjadi muflis seperti yang berlaku di Sri Lanka sekiranya gagal mengurus hutang negara yang semakin meningkat ketika ini dengan betul dan rapi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata hutang negara pada tahun in...
Inteam Berjaya Kumpul Dana Untuk Syria Sebanyak Rm1 025 252 75 Sepanjang Tahun 2022

Inteam Berjaya Kumpul Dana Untuk Syria Sebanyak Rm1 025 252 75 Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPertubuhan Kemanusiaan Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu Syria Palestin dan Yaman Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dalam kenyataan har...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat