Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam Wajar Wth Betul Ke


 Penalti 'hantu' Vietnam telah diberikan dengan betul mengikut Undang-undang 12.4 FIFA.
Betul ke keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato yang memberikan penalti kepada pasukan Vietnam di Kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 malam tadi?


Yang pasti keputusan ini dilihat sebagai melulu dan sangat berat sebelah dan membuahkan rasa marah dan jengkel kepada rakyat Malaysia serta penyokong setia Harimau Malaya. 


Kalau dilihat di kaca television tiada apa kesalahan yang dibuat oleh pemain pertahananan Harimau Malaya, Azam Azmi. Beliau menyekat serangan daripada pemain Vietnam, Doan Van Hau dan “clearkan” bola daripada kawasan penalti. Selepas itu dihujung klip video ternampak kedua-dua pemain Malaysia dan Vietnam terjatuh diluar garisan gol akibat momentum larian dan pertembungan mereka.


Permainan diteruskan seperti biasa seketika selepas itu, sebelum Ryuji Sato meniup wisel dan mengisyaratkan tendangan penalti dihadiahkan kepada pasukan Vietnam. Lebih parah lagi, Azam Azmi dilayangkan kad merah secara terus dan diarahkan keluar padang. Rata-rata penyokong Harimau Malaya yang menyaksikan perlawan secara langsung ini “bengkek” dan marah dengan keputusan ini. 


Malah aku sendiri pun dah malas nak tengok game selepas insiden ini. Dalam kepala aku memang Malaysia dah kalah unless miracle terjadi. Ya lah.. Malaysia tengah ketinggalan dengan satu gol, nak balas sikit punya susah. Walaupun seorang pemain Vietnam dibuang padang pun Malaysia tak boleh memanfaatkan peluang, inikan pula pemain Malaysia juga dibuang padang.


Lepas tu aku memang tak kesah pun bini mintak remote tv dan alih siaran ke TV3 untuk tengok drama swasta dia. Hahaha..


Keputusan Penuh, Vietnam telah berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 3-0 pada perlawanan hari ketiga Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, hasil jaringan Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc.





 
Pada aku perlawanan memang penuh semangat daripada kedua-dua pasukan yang pastinya inginkan kemenangan. Cuma mutu pengadilan yang agak kureng itu menjadikan kerancakan permainan terbantut. Sikit-sikit nak tiup wisel.. Adoiii..! 


Pada perlawanan itu juga, kita turut  menyaksikan pengadil warga Jepun Ryuji Sato menyerahkan dua kad merah.
 
Penyerang Vietnam, Nguyen Van Toan diberikan arahan keluar padang pada separuh masa pertama selepas mengutip dua kad kuning sebelum pemain Malaysia Azam Azmi dihadiahkan merah kerana kekasaran diluar padang, di belakang kotak penalti Harimau Malaya.
 
Insiden terakhir itu membawa kepada perdebatan berterusan di media sosial kerana ramai peminat tidak memahami mengapa Vietnam dianugerahkan penalti 'hantu' yang membawa kepada gol kedua mereka berikutan kekasaran Azam di luar padang permainan terhadap Doan Van Hau.


Sebenarnya kekasaran yang dilakukan Azam Azmi terhadap Doan Van Ha tidak mampu dilihat dengan jelas oleh kita yang menonton menerusi kaca TV. Ianya tidak sempat drakam sedikit sahaja. Itu pun daripada jauh. Itulah kelemahan sistem rakaman bolasepak di Asia termasuk di negara kita sendiri. Jika insiden seperti ini berlaku di negara maju, pasti insiden kekasaran diluar kotak penalti itu akan disiarkan dengan jelas.
 
Menurut Undang-undang FIFA 12.4, apabila bola dalam permainan: 


"Seorang pemain melakukan kesalahan terhadap pegawai perlawanan atau pemain lawan, pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan di luar padang permainan atau


"Seorang pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan melakukan kesalahan terhadap, atau mengganggu, pemain lawan atau pegawai perlawanan di luar padang permainan,


"Permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma pada garisan sempadan yang paling hampir dengan tempat kesalahan/gangguan berlaku; untuk kesalahan sepakan percuma terus, sepakan penalti diberikan jika ini berada dalam kawasan penalti pesalah."
 
Dalam kes ini, kesalahan Azam terhadap Doan Van Hau dilakukan semasa bola dalam permainan dan dilakukan di luar padang permainan, bermakna pasukan yang tidak melakukan kesalahan (Vietnam) telah diberikan penalti dengan betul kerana sepakan percuma terus mesti diberikan. pada garisan sempadan yang paling hampir dengan kesalahan luar padang.
 
Oleh itu, penalti telah diberikan kerana kesalahan itu berlaku "dalam kawasan penalti pesalah."


Vietnam telah diberikan penalti dengan betul, yang disempurnakan dengan baik oleh Que Ngoc Hai.


Tentang Kad Merah..


Mengenai topik kad merah, pengadil boleh menganggap kekasaran Azam sebagai kelakuan ganas dan patut dikenakan tindakan merah.


melihat tangkap layar ini lagi menyirap hati. Terang-terang Ryuji Sato ni penyokong Vietnam 

 
Golden Star Warriors akan berpeluang untuk melebarkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan B apabila mereka melawat Singapura pada 30 Disember.
 
Sementara itu, Malaysia boleh kembali ke arah kemenangan apabila mereka menentang Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.


Diambil daripada post asal oleh: Main Stand - International


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tangkapmuatjer.blogspot.com/2022/12/httpstangkapmuatjer.blogspot.com202212keputusan-pengadil-berikan-penalti-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Marah Betul Lah Park Jihyun Ulas Babak Bersama Kim Namhee Dalam Reborn Rich

Saya Marah Betul Lah Park Jihyun Ulas Babak Bersama Kim Namhee Dalam Reborn Rich

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 224 hits
Macam mana ending korang dengan drama Reborn Rich ARTIKEL BERKAITAN Terbaru JTBC ada menyiarkan satu video di mana Park Ji hyun dan Kim Nam hee berbual mengenai babak yang mereka lakonkan bersama dalam drama hit Reborn Rich Seperti yang kor...
Ia Pengakhiran Yang Betul Jo Hanchul Ulas Ending Reborn Rich

Ia Pengakhiran Yang Betul Jo Hanchul Ulas Ending Reborn Rich

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 222 hits
Selepas 16 episod drama Reborn Rich telah pun melabuhkan tirainya pada minggu lepas ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini salah seorang pelakon Reborn Rich iaitu Jo Han chul telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama berkenaan Un...
Biar Betul Siapa Punya Kerja Ni

Biar Betul Siapa Punya Kerja Ni

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 305 hits
JUAL MENARA KL YG BOLEH BUAT UNTUNG BERPULUH JUTA SE TAHUN KISAH BERLAKU SEBELUM PARLIMEN BUBAR SAPO MENTERI KOMUNIKASI MASA TU ADRIAN LIM CHEE ENMENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP SENYAP Konsesi dan hak ke atas mengurus Menara KL adalah suatu ...
Bau Gingham Bath Body Works Wangi Betul

Bau Gingham Bath Body Works Wangi Betul

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 300 hits
Wangian bodycare Bath Body Works semua bau wangi wangi Nama pun minyak wangi kan Memanglah wangi Rambang mata kalau nak pilih body mist Bath Body Works ni Baca dari review di media sosial ramai yang suka dan suggest blue Gingham Bath Body W...
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 272 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Lasak Betul Masa Mengandung Anak Pun Aktif Sekali Tak Duduk Diam Macam Ibu

Lasak Betul Masa Mengandung Anak Pun Aktif Sekali Tak Duduk Diam Macam Ibu

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 326 hits
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu m...
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Hariz Fayahet Lara Bertahan Chord