Perintah Gaji Minimum Malaysia


TERKINI : PELAKSANAAN GAJI MINIMUM RM1500 DITANGGUHKAN BAGI KATEGORI PEKERJA KURANG 5 ORANG
Setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.
Baca juga: Takwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari – KPM
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia dan lampiran Warta Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah dikemaskini bagi tahun 2023.
Perintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order) Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.
Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010.
Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.
Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka. 
Tarikh Kuatkuasa Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:
 (a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:
bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.  (b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).
Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.
Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:
Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022. Jadual Kadar Gaji Minimum Terkini (2023) Penjelasan mengenai pelaksanaan gaji minimum ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.
Sumber: https://minimumwages.mohr.gov.my/ Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO
Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu
profesional sains dan kejuruteraan; profesional kesihatan; profesional perguruan; profesional perniagaan dan pentadbiran; profesional teknologi maklumat dan komunikasi; profesional perundangan; profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan; profesional sosial dan kebudayaan; dan badan pengawalaturan *Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO sila layari:
https://emasco.mohr.gov.my/masco
Pekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum Kadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik.
Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:
Jadual Pertama Akta Kerja 1955; Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau Jadual Ordinan Buruh Sarawak. Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

Apakah Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum? Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?
TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.
Berikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :
KesalahanPenaltiKesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Apa Yang Pekerja Perlu Tahu? Gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah_Gaji_Minimum (PGM) 2022. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.
Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik (pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dalam rumah persendirian).
Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 berkuat kuasa mulai Mei 2022 menggantikan PGM 2020.
Tahukah anda, kadar gaji yang ditetapkan ini terpakai kepada semua pekerja swasta KECUALI pekhidmat domestik.
Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:
Jadual Pertama Akta Kerja 1955 Jadual Ordinan Buruh Sabah Jadual Ordinan Buruh Sarawak Maklumat Lanjut Klik sini untuk maklumat kadar gaji minimum.
https://minimumwages.mohr.gov.my/
Untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji_minimum, sila hubungi:
Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my
Isu-isu Pelaksanaan
Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my
Rujuk FAQ: https://minimumwages.mohr.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim-4
Atau
Rujuk Perintah Gaji_Minimum 2022 / 2023 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/
Baca juga: Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)
Sumber:
Warta_PGM_Pindaan_2022Download https://www.mohr.gov.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gaji-minimum-rm1500-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gaji-minimum-rm1500-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Laksana Gaji Minimum Rm1 500 Keputusan Kabinet

Tangguh Laksana Gaji Minimum Rm1 500 Keputusan Kabinet

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 83 hits
malaysiakini comMenteri Sumber Manusia V Sivakumar menafikan penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 ke atas majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dibuat tanpa persetujuan kabinet Berjanji untuk menangani perkara itu dia ...
Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 110 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum secara menyeluruh kerana majikan sering menggunakan alasan tidak bersedia untuk melaksanakan perkara itu Menurut MTUC sejak 2013 majikan memberi a...
Invest In Financial Protection Insurance Policy Malaysia

Invest In Financial Protection Insurance Policy Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 154 hits
Insurance plans many people know them as protection for life if there is anything that will happen to them It was not strange for old people because they were already familiar with insurance Young people nowadays have insurance not importan...
Tanah Air Ini Untuk Semua Rakyat Malaysia Tapi Ada Ulama Sibuk Lagakan Melayu Dengan Bukan Melayu

Tanah Air Ini Untuk Semua Rakyat Malaysia Tapi Ada Ulama Sibuk Lagakan Melayu Dengan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 140 hits
MAISARAH AISYASeorang penyokong Pakatan Harapan dikenali sebagai Muhammad Najib memberi peringatan kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa negara ini adalah tanah air untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk Melayu sahaja ...
Influenyou Jenama Hebat Influencer Marketing Di Malaysia Terbukti Dengan Pembukaan Pejabat Baharu Di Rawang

Influenyou Jenama Hebat Influencer Marketing Di Malaysia Terbukti Dengan Pembukaan Pejabat Baharu Di Rawang

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 195 hits
Hi Korang Korang seorang contect creator influencer atau KOL Rugi kalau korang ada bakat tapi tidak dikembangkan sebaiknya Cari peluang yang ada untuk terus menjana pendapatan sambilan dengan cara yang korang suka Sebab itu sekarang ni tela...
Mahkamah Thailand Akan Putuskan Ke Mana Ahli Perniagaan Malaysia Diekstradisi

Mahkamah Thailand Akan Putuskan Ke Mana Ahli Perniagaan Malaysia Diekstradisi

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 122 hits
MAHKAMAH Thailand akan memutuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat akan diekstradisi selepas Malaysia turut memfailkan permohonan ekstradisi ke atas usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu pada 2...
Identiti Malaysia Perlu Ditentukan

Identiti Malaysia Perlu Ditentukan

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 133 hits
Identiti Malaysia perlu ditentukan Posted By on December 23 2022Cabaran terbesar untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke 15 ialah beliau perlu menentukan identiti Malaysia yang diperlukan oleh raky...
Penarikan Semula Produk Sos Pasta Carbonara Prego Malaysia

Penarikan Semula Produk Sos Pasta Carbonara Prego Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 97 hits
Kenyataan Media KPK 23 Disember 2022 Isu Penarikan Semula Produk Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan Berjenama Prego Yang Didapati Telah RosakKKM mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama P...
The Masked Singer Malaysia 3 Senarai Peserta Dan Keputusan Konsert Mingguan

The Masked Singer Malaysia 3 Senarai Peserta Dan Keputusan Konsert Mingguan

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 199 hits
The Masked Singer Malaysia kembali untuk musim ketiga Tonton secara lansung rancangan The Masked Singer Malaysia 3 2022 2023 bersiaran mulai hari Jumaat 23 Disember 2022 pukul 9 00 malam di saluran saluran Astro Warna HD Juga boleh distrim ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Rezeki Dikongsi Bersama Anak Anak Yatim Cahaya Ain

Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh