Terbaik Bertambah Lagi Kekayaan Anwar Jika Menang Dakwa Bohong Terima Gaji Rm1 Anwar Saman Ahmad Amzad




 
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu pada Khamis menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.

Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi berkata saman itu difailkan pada jam 3.59 petang Khamis.

Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang "like”, 18 butang "favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, kenyataan fitnah itu telah dipetik dan diterbitkan oleh Malaysiakini, keesokannya (8 Disember) menerusi artikel bertajuk "S'gor economic adviser job: Anwar seeks public apology from MP".

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Anwar) tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi, menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi serta melakukan kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.

Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat negara dan antarabangsa kerana beliau menentang rasuah.

Beliau mengecam semua dakwaan terhadapnya mengenai penerimaan gaji RM15 juta dan tuduhan jenayah lampau yang dibuat itu adalah bermotifkan politik.

"Dakwaan-dakwaan defendan dalam kenyataan fitnah itu tidak berasas dengan menggambarkan saya bekas banduan, walaupun Pengampunan Diraja telah diberikan," dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Menurut Anwar, dalam mengucapkan kata-kata fitnah itu, defendan dengan jelas sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.

Plaintif berkata pada 8 Disember lepas, peguam daripada firma guamnya telah mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan tidak membalas tuntutan itu.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. - Bernama

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/terbaik-bertambah-lagi-kekayaan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 151 hits
Hari ini Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kewangan Ini sekaligus membantu Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian berkenaan Berita itu diumumkan se...
Kerajaan Anwar Dianggap Ada Kredibel Jika Dakwa Zeti Sebelum 100 Hari Pemerintahan

Kerajaan Anwar Dianggap Ada Kredibel Jika Dakwa Zeti Sebelum 100 Hari Pemerintahan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 193 hits
Kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendakwa Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dengan kadar segera sebelum 100 hari pemerintahan 100 hari boleh dianggap sebagai report card pada setiap pemer...
Anwar Say No Gaji For Pm

Anwar Say No Gaji For Pm

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 486 hits
Sempat terminate sebelum tido akan berlaku penurunan kemudia dia naik 1900 Kalau sekarang beli pun boleh untung 20 Jika naik 1901 Join dan alami sendiri celik biji mata income pasif dah tunggu PALING sedikit ratus Jual ambik untung Dan beli...
Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 223 hits
TEMERLOH Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris R...
Kalau Tak Mahu Jadi Ketua Pembangkang Nampaknya Anwar Menang La Dalam Dewan Setakat Hamzah Zainuddin Kena Makan

Kalau Tak Mahu Jadi Ketua Pembangkang Nampaknya Anwar Menang La Dalam Dewan Setakat Hamzah Zainuddin Kena Makan

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 246 hits
Jadi kerajaan pun kerajaan gagal Takkan jadi Pembangkang pun gagal juga Kalau masih gagal elok usah jadi orang la jadi kambing lagi bagus W FAUDZIN
Saman Jalan Terbaik Untuk Mendidik

Saman Jalan Terbaik Untuk Mendidik

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 195 hits
NORMAN RADZUANPN bernasib baik dpt lwn seperti PH SAMAN JALAN TERBAIK UTK MENDIDIK Saya tidak pasti adakah saya perlu melayan cybertrooper pembangkang Kadang2 saya tak percaya dari pemimpin hingga penyokong mereka mempunyai level pemikiran ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow