Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah


Imej hiasan

Pengambilan dan penempatan guru baharu di sekolah menjadi faktor kritikal dalam menentukan taraf pendidikan di negara ini. Tidak hairanlah, isu calon guru melebihi pengambilan dan kelewatan menjadi guru turut mendapat laporan media

Dalam hal ini, ada dua isu saling berkait, iaitu ramai graduan untuk menjadi guru, tetapi pada masa sama wujud kekurangan guru di sekolah dan kawasan tertentu

Ini sebenarnya memerlukan pangkalan data berinovasi menghubungkan Kementerian Pendidikan (KPM), institusi pendidikan dan universiti yang dapat menangani kesukaran dalam proses sedia ada

Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut membincangkan keperluan mengumpul dan menganalisis data diperlukan untuk merancang penempatan dan pengambilan guru cekap di mana-mana negara di dunia

Pembuatan keputusan lebih baik dan pengambilan termaklum boleh terhasil daripada pengemaskinian atau penambahbaikan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) dan guru

Keselarasan data boleh dipertingkatkan, manakala duplikasi data atau ketidaktepatan boleh di- kurangkan dengan menyepadukan semua pangkalan data digunakan KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk unit sumber manusia, kewangan dan perancangan

Pangkalan data menyeluruh boleh bertindak sebagai platform disatukan untuk mengurus dan me- nyelaraskan proses pengambilan pekerja dengan cekap serta menyediakan kumpulan calon berkelayakan tinggi lebih besar untuk menutup jurang ini. Adalah penting untuk memadankan kelayakan dan bakat guru dengan keperluan unik bilik darjah. Padanan lebih baik dipermudahkan pangkalan data dengan menggabungkan maklumat kelayakan guru, subjek dan pembukaan tawaran, sekaligus mengurangkan kemungkinan menugaskan guru kepada mata pelajaran tidak sesuai

Pangkalan data kesan taburan guru Pangkalan data juga dapat memenuhi keperluan kritikal untuk menangani perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar kerana ia mengesan taburan guru di seluruh wilayah sehingga membolehkan inisiatif disasarkan bagi menggalakkan pengajaran di kawasan terpencil

Malah, ia juga boleh membantu dalam memastikan peruntukan sama rata guru berbakat dengan menawarkan maklumat tepat mengenai kekosongan dan keperluan terkini

Oleh itu, Malaysia perlu mewujudkan pangkalan data seragam menggabungkan data daripada kolej dan universiti di bawah KPT dengan KPM pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Maklumat kelayakan guru baharu, bidang kepakaran, pengalaman mengajar, pembukaan dan keutamaan perlu disertakan dalam pangkalan data ini, manakala antara muka mesra pengguna pula disediakan untuk memudahkan akses serta pengurusan data

Antara manfaat pangkalan data juga dapat mengenal pasti arah aliran permintaan guru, kekangan sumber pendidik untuk subjek tertentu dan percanggahan wilayah kawasan membolehkan intervensi tertumpu serta diselaraskan dengan peruntukan sumber permintaan tenaga kerja

Data berkenaan semata-mata tidak cukup kerana pangkalan data perlu sentiasa dikemas kini dan disemak untuk mengekalkan ketepatan maklumat. Universiti, sekolah dan guru perlu digalak mengemas kini maklumat semasa untuk memastikan pangkalan data boleh dipercayai dan sesuai untuk digunakan membuat keputusan

Pada masa sama, penilaian kebolehgunaan pangkalan data berfungsi memerlukan maklum balas kolej, universiti dan guru demi penambahbaikan sistem. Fungsi sistem dan kesan keseluruhan terhadap pengambilan dan penempatan guru akan bertambah baik dengan penambahbaikan dan kemas kini pangkalan data berterusan

Malah, sekolah wajar dibenar menyiarkan pembukaan pekerjaan untuk universiti mencadangkan pemohon berkelayakan dengan KPM menyelia pro- sedur dan menjamin semua peraturan dipatuhi

Langkah inovatif dengan membenarkan sekolah menggunakan platform itu untuk mencari pemohon layak bergantung pada keperluan mereka, sebenarnya dapat menjimatkan masa dan usaha sepanjang proses pemilihan

Kemajuan setiap calon graduan boleh dipantau oleh sistem yang meninggalkan jejak audit jelas, manakala pangkalan data memudahkan usaha memadankan kelayakan dan bakat pengajar dengan keperluan unik sekolah

Sekolah boleh menetapkan keperluan untuk pastikan padanan lebih baik antara guru dengan mata pelajaran atau tahap gred diberikan kepada mereka dengan sistem boleh mengenal pasti individu menepati standard berkenaan

Realitinya, penggunaan data raya disokong kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, dapat menangani isu pengambilan dan penempatan guru baharu, sekali gus mengoptimumkan pemilihan pendidik, meningkatkan standard pendidikan serta menyumbang kepada sistem pendidikan lebih saksama dan cekap

Dr Shamsul Arrieya AriffinProfesor Madya, Certified Design Thinker Professionals di Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 
Sumber: Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/tangani-pengambilan-penempatan-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 140 hits
Imej hiasanTeka teki mengenai bilakah sesi persekolahan kembali kepada takwim sebelum penularan COVID 19 akhirnya terjawab apabila Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan kembali kepada Januari pada ...
Kpm Spp Kerjasama Unjur Keperluan Pengambilan Guru Fadhlina

Kpm Spp Kerjasama Unjur Keperluan Pengambilan Guru Fadhlina

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 92 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi memastikan unjuran tahunan keperluan dan penempatan guru bertepatan dengan permintaan sekolah di bawah kendaliannya Menteri Pendidikan ...
Jangan Kompromi Kualiti Bakal Guru Baharu

Jangan Kompromi Kualiti Bakal Guru Baharu

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 138 hits
Keratan akhbar UtusanSaudara Pengarang SAYA ingin merujuk artikel Utusan Malaysia bertajuk Wajibkan saringan temu duga ambil guru baharu terbitan 13 Mei lalu Kita tahu guru adalah agen perubahan paling penting dalam melahirkan pelajar yang ...
Pak Guard Kunci Motosikal Polis Guna Parkir Oku

Pak Guard Kunci Motosikal Polis Guna Parkir Oku

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 117 hits
FMT ReportersTangkap layar sebuah motosikal polis trafik dikunci kerana meletakkannya di parkir kenderaan orang kurang upaya PETALING JAYA Seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur disaman ker...
Gara Gara Susah Nak Dapat Sparepart Juruterbang Pesawat Ini Diminta Kurangkan Guna Brek Pesawat

Gara Gara Susah Nak Dapat Sparepart Juruterbang Pesawat Ini Diminta Kurangkan Guna Brek Pesawat

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 81 hits
Gara gara susah nak dapat sparepart juruterbang pesawat ini diminta kurangkan guna brek pesawat Juruterbang syarikat penerbangan Russia diminta kurang menggunakan brek ketika mengendalikan pesawat bagi mengelakkan risiko alat itu haus dan l...
Saya Muhasabah Diri Pernah Terpalit Isu Guna Dadah B I Akui Menyesal Minta Maaf

Saya Muhasabah Diri Pernah Terpalit Isu Guna Dadah B I Akui Menyesal Minta Maaf

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 149 hits
Setiap manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 1 Jun B I bekas ahli iKON telah menghadiri satu sidang media bagi pelancaran album studio keduanya berjudul TO DIE FOR Khususnya sebelum sesi temu b...
Cikidot Tada Guna Chord

Cikidot Tada Guna Chord

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 239 hits
Dm Tada guna Gm Tada guna A Tada guna Pagalllllll Dm Punya kawan Dm Dm C A A Dm C A A A A Dm Dari kecik makan sepinggan Gm Dok asrama sama tingkatan A Eh pasal perempuan engkau Dm putus kawan A Dm Tada guna ini punya kawan Dm Kalau aku lain...
Lelaki Naik Hantu Tikam Hempuk Teman Wanita Guna Batu Berkali Kali Depan Khalayak Ramai

Lelaki Naik Hantu Tikam Hempuk Teman Wanita Guna Batu Berkali Kali Depan Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 216 hits
Seorang gadis berusia 16 tahun di Delhi India maut ditikam dan dipukul berkali kali di khalayak ramai lapor India Times Kejadian dilaporkan berlaku pada 29 Mei lalu sewaktu orang ramai melewati mereka dan hanya memandang dengan cemas tidak ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik