Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah


Imej hiasan

Teka-teki mengenai bilakah sesi persekolahan kembali kepada takwim sebelum penularan COVID-19 akhirnya terjawab apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan kembali kepada Januari pada 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari, selepas mengalami perubahan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana sesi 2022/2023 dan 2023/2024 masing-masing bermula pada Mac 2022 dan Mac 2023. 
Menurut KPM, kerajaan memulakan usaha menyusun semula kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Mac 2024, sesi 2025 pada Februari 2025 dan akhirnya sesi 2026 pada Januari selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk Akta Pendidikan

Akta Pendidikan menetapkan jumlah hari bersekolah adalah tidak kurang 190 hari, di samping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Perjalanan sesi persekolahan ini pula tidak membebankan murid dan guru, justeru cuti pertengahan penggal, cuti penggal pertama, cuti penggal kedua dan cuti penggal ketiga diwujudkan bagi memberi peluang serta ruang kepada murid dan guru berehat sebelum menyambung kembali aktiviti persekolahan

Jika ditelusuri Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, Cuti Pertengahan Penggal, Cuti Penggal Pertama dan Cuti Penggal Kedua berjalan satu minggu, manakala Cuti Penggal Ketiga pula berlangsung selama dua minggu dan Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 selama empat minggu

Tarikh cuti umum seperti Hari Kebangsaan, Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Kemerdekaan dan lain-lain tidak boleh diketepikan ketika merancang tarikh permulaan sesi persekolahan

Tambahan pula, sempena sambutan Hari Guru 2023, Menteri Pendidikan mengumumkan KPM dengan kerjasama rakan strategik akan menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu Mampu Milik

Kurikulum sedia ada seperti termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dirancang diikuti guru dan murid dalam tempoh setahun. Oleh itu beban kerja guru perlu dipertimbangkan dalam hal ini

Majoriti guru bersetuju
Setakat ini, majoriti guru bersetuju kalendar akademik dikembalikan kepada Januari, namun pelaksanaannya harus dilakukan dengan teliti supaya tidak menambah beban kerja mereka. Guru sangat menghargai usaha KPM mengurangkan beban kerja tambahan supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid

Bagaimanapun, perlu diingat guru akademik biasanya mengajar antara 22 hingga 30 jam seminggu. Guru juga memerlukan masa menyediakan bahan pengajaran, menyusun Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan terbabit dalam aktiviti luar bilik darjah

Oleh itu, kitaran pembelajaran murid harus diselesaikan berdasarkan kurikulum mereka ikuti bagi pelbagai mata pelajaran sebelum boleh bergerak ke tahap seterusnya. Sementara itu, perubahan semula kalendar akademik persekolahan, faktor ekonomi tempatan dan risiko banjir pada akhir tahun perlu dipertimbangkan

Suatu ketika dahulu, pada 1991, terdapat satu perubahan drastik dilakukan terhadap sesi persekolahan apabila pada tahun itu, sesi persekolahan diawalkan bermula pada Disember 1990

Perubahan ini dilakukan untuk mengelakkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bertembung dengan banjir besar sering melanda negeri Pantai Timur pada November dan Disember

Pada 1996, bermula sesi persekolahan dikembalikan kepada tarikh selepas wujud bantahan pelbagai pihak terhadap tarikh permulaan sesi persekolahan pada Disember

Selain itu, perubahan takwim persekolahan juga tidak seharusnya mengganggu jadual peperiksaan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Keputusan SPM biasanya diumumkan kira-kira tiga bulan selepas peperiksaan itu tamat. Sebagai contoh, jika peperiksaan SPM tamat pada Disember, keputusannya dijangka diumumkan pada Mac tahun berikutnya

Program diploma di universiti bermula pada September atau Oktober setiap tahun, manakala pendaftaran bagi program matrikulasi dibuka pada Mac setiap tahun. Selepas tarikh pendaftaran ditutup, calon layak diminta menghadiri ujian atau temu duga

Selepas calon diterima, program matrikulasi biasanya bermula pada Julai atau Ogos. Sehubungan itu, faktor tarikh mula sesi persekolahan perlu dipertimbangkan supaya murid dapat menamatkan program mereka sebelum sesi universiti bermula iaitu biasanya pada September atau Oktober setiap tahun

Buat perancangan awal
Bagi tujuan ini, KPM turut melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam supaya ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan. Dengan tempoh agak 'selesa' mengembalikan sesi persekolahan pada Januari 2026, pendidik dapat fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah

Dengan pengumuman ini, pihak terbabit seperti kerajaan, sekolah dan keluarga perlu membuat perancangan serta peruntukan bersesuaian bagi permulaan sesi persekolahan pada Januari 2026 nanti. 
Setiap sekolah mempunyai keperluan dan keupayaan berbeza-beza, maka faktor perlu diambil kira ketika tarikh permulaan sesi persekolahan. Sehubungan itu, sekolah perlu diberi masa mencukupi untuk membuat persiapan sebelum bermulanya sesi persekolahan, termasuk proses pendaftaran murid baharu, pengurusan kewangan, penyediaan program dan aktiviti kokurikulum

Ibu bapa dan murid juga perlu memikirkan kos pendaftaran, peralatan dan buku sekolah, pakaian seragam dan perbelanjaan harian. Kerajaan dan organisasi berkaitan juga perlu menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga memerlukan, terutama mereka menghadapi kekangan kewangan

Kesimpulannya, keputusan KPM ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak, terutama ibu bapa dan guru serta pengurusan sekolah bagi menjamin kelestarian menyeluruh sistem pendidikan negara

Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah
Pensyarah di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/isu-beban-guru-perlu-diselesai-walau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takwim Sekolah Kpm Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026

Takwim Sekolah Kpm Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 294 hits
Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 Fadhlina Sidek Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026 umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga merancang untuk m...
Tiada Lebih Bermakna Selain Pengurangan Beban Kerja Guru Nutp

Tiada Lebih Bermakna Selain Pengurangan Beban Kerja Guru Nutp

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menaruh harapan beberapa inisiatif ke arah kesejahteraan guru khususnya berkaitan pengurangan beban tugas pendidik dapat diumumkan Kementerian Pendidikan sempena sambutan Hari...
Sekolah Mula Januari Kembalikan Keriangan Kata Nutp

Sekolah Mula Januari Kembalikan Keriangan Kata Nutp

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 166 hits
NUTP menyokong sesi persekolahan kembali kepada Januari mulai 2026 kerana ia lebih mudah diurus dan dirancang dari segi pengurusan serta kewangan PETALING JAYA Ketetapan Kementerian Pendidikan mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari ...
5 Jenama Pen Merah Paling Popular Digunakan Guru Di Sekolah

5 Jenama Pen Merah Paling Popular Digunakan Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 377 hits
Pen merah merupakan alat tulis yang penting bagi guru sekolah dalam memberikan penilaian dan membuat sorotan ketika menanda kerja pelajar Terdapat beberapa jenama pen gel merah yang popular di kalangan guru sekolah dan dalam artikel ini kit...
Naikkan Gaji Tidak Selesai Beban Tugas Guru

Naikkan Gaji Tidak Selesai Beban Tugas Guru

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 328 hits
Saya mengalu alukan sepenuhnya kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mengesahkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menaikkan gaji guru susulan pengumuman Perdana Menteri tempoh hari berkenaan hal yang sama Tidak dina...
Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 388 hits
Imej hiasanPengambilan dan penempatan guru baharu di sekolah menjadi faktor kritikal dalam menentukan taraf pendidikan di negara ini Tidak hairanlah isu calon guru melebihi pengambilan dan kelewatan menjadi guru turut mendapat laporan media...
Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 248 hits
Musim raya ni mesti banyak jamuan hari raya kan tak kira lah hari bekerja ataupun hujung minggu Pihak sekolah juga tak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan hari raya di sekolah Para ibu ada idea tak nak bekalkan makanan apa untuk an...
Guru Pedalaman Tetap Bersemangat Ke Sekolah Meskipun Menempuh Perjalanan Yang Sukar Badan Penuh Lumpur Setiap Hari

Guru Pedalaman Tetap Bersemangat Ke Sekolah Meskipun Menempuh Perjalanan Yang Sukar Badan Penuh Lumpur Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 227 hits
Jika masih ada yang beranggapan kerjaya guru adalah mudah dan selesa kenyataan tersebut perlu dikaji semula kerana hakikatnya menjadi seorang pendidik terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi Setiap guru sama ada yang mengajar di luar ...
Siswazah Luar Negara Akan Diserap Isi Kekosongan Guru Di Sekolah

Siswazah Luar Negara Akan Diserap Isi Kekosongan Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 188 hits
MELAKA Isu kekurangan guru terutama dalam mata pelajaran kritikal akan ditangani bermula tahun ini melalui pengambilan oleh Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beberapa pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash