Kpm Spp Kerjasama Unjur Keperluan Pengambilan Guru Fadhlina



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan unjuran tahunan keperluan dan penempatan guru bertepatan dengan permintaan sekolah di bawah kendaliannya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kerjasama itu antara lain melihat kepada kekosongan perjawatan yang perlu diisi dan ia adalah proses berterusan.

Katanya, latihan menjadi pendidik di negara ini tidak terhad di Institut Perguruan Guru (IPG) bawah KPM sahaja dan mengakui, guru antara sektor pekerjaan paling mendapat permintaan tinggi dan ramai juga lulusan pendidikan dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

"Guru ini profesion yang paling diminati rakyat Malaysia sekarang, jadi ramai yang berebut sebenarnya. Bukan soal tempat (pengajian pendidikan) sahaja, kita juga lihat supaya calon (guru) mempunyai kualiti.

"Mereka juga perlu menguasai bidang-bidang tertentu untuk menjadi guru, khususnya ilmu manusiawi dan insani," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku 'Fadhlina Siddiq: Daripada Aktivis Kepada Menteri' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau mengulas laporan BH hari ini mengenai kebimbangan terhadap peningkatan masalah pengangguran graduan pendidikan susulan kecenderungan universiti awam dan swasta membuat pengambilan pelajar program itu berdasarkan kemampuan sendiri sehingga mewujudkan penawaran melebihi permintaan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, dipetik berkata, kecenderungan IPT awam dan swasta menawarkan pengajian pendidikan untuk melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan KPM menyumbang kepada pengangguran dalam kalangan graduan bidang terbabit.

Fadhlina berkata, KPM membuat unjuran keperluan guru setiap tahun membabitkan semua IPT yang menawarkan pengajian pendidikan dan sedaya upaya memastikan unjuran itu selari dengan jumlah kekosongan semasa.

"Kita sangat konsisten dalam memastikan graduan pendidikan memenuhi syarat dan keperluan. Unjuran kita buat setiap tahun, untuk keseluruhan graduan pendidikan," katanya menambah, KPM seboleh-bolehnya mahu mengalu-alukan semua graduan pendidikan menjadi guru.

Ditanya sama ada KPM menerima aduan aduan graduan pendidkkan menganggur, beliau berkata: "Saya rasa bukan aduan menganggur, tapi aduan bersungguh-sungguh mahu jadi guru. Ini yang kita sedang lihat dan seboleh-bolehnya kita mahu isi dan mengalu-alukan semua yang mahu jadi guru.

"Insya-Allah kita akan tambah baik sistem yang ada untuk pastikan kualiti guru meningkat".

KPM perlu kongsi maklumat, umum unjuran

Sementara itu, Setiausaha Kluster Pendidikan dan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad meminta KPM berkongsi maklumat serta mengumumkan unjuran keperluan guru supaya pengambilan dapat disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan kekosongan yang ada.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad.
"KPM perlu ambil langkah itu bagi mengelak isu lambakan graduan guru berterusan dan menyumbang kepada pengangguran. Ketika ini masyarakat, terutamanya pelajar masih tidak tahu berapa jumlah unjuran guru yang akan diambil oleh KPM.

"Tempoh unjuran berkenaan, sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Apabila KPM tidak maklumkan, dikhuatiri isu lambakan graduan pendidikan akan berterusan kerana masyarakat anggap peluang memasuki sektor pendidikan itu masih ada," katanya.

Anuar berkata, negara kini sudah mempunyai lambakan institusi yang melahirkan graduan profesion guru kerana universiti awam dan IPT swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut melahirkan graduan bidang pendidikan.

"IPG juga masih tawarkan kursus pendidikan, lahirkan graduan perguruan. Susulan itu, IPG yang sedia ada banyak ketika ini, sebahagiannya boleh dijadikan pusat latihan profesional perguruan untuk tambah baik perkhidmatan, inovasi serta teknologi terkini kepada guru dalam perkhidmatan.

"Sebahagian IPG wajar dinaik taraf sebagai pusat latihan untuk guru yang sudah lama berkhidmat yang mahu meningkatkan kemahiran dan profesionalisme perguruan mengikut keperluan semasa boleh ke pusat berkenaan untuk menjalani latihan yang diperlukan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/kpm-spp-kerjasama-unjur-keperluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Cuti Cuti Cikgu Mampu Milik Untuk Guru Kpm

Program Cuti Cuti Cikgu Mampu Milik Untuk Guru Kpm

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 515 hits
Program Cuti cuti Cikgu Mampu Milik Untuk Guru KPM 2023 Kementerian Pendidikan mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 hari ini ...
Cadangan Pembantu Guru Hanya Retorik Kpm

Cadangan Pembantu Guru Hanya Retorik Kpm

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 270 hits
Imej hiasanMARAN Cadangan Kementerian Pendidikan untuk melantik pembantu guru sejak lima tahun yang lalu telah dipertikaikan dan dianggap sebagai retorik semata mata untuk menyedapkan hati para guru di seluruh negara Dalam satu temubual den...
Kpm Umum Berita Gembira Sempena Hari Guru Esok

Kpm Umum Berita Gembira Sempena Hari Guru Esok

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 481 hits
MELAKA Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga pendidik sempena Hari Guru pada Selasa Menterinya Fadhlina Sidek berkata perkara yang penting itu akan diumumkan untuk memberi semangat kepada guru guru...
Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 496 hits
Imej hiasanPengambilan dan penempatan guru baharu di sekolah menjadi faktor kritikal dalam menentukan taraf pendidikan di negara ini Tidak hairanlah isu calon guru melebihi pengambilan dan kelewatan menjadi guru turut mendapat laporan media...
Gaji Guru Ikut Kelayakan Akademik Dalam Pertimbangan Fadhlina Sidek

Gaji Guru Ikut Kelayakan Akademik Dalam Pertimbangan Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 358 hits
PETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedang mengkaji permintaan untuk memberikan gaji yang lebih baik kepada guru guru dengan kelayakan akademik yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka Kami akan mengambil serius pandan...
Inisiatif Percutian Guru Kpm Tahun 2023

Inisiatif Percutian Guru Kpm Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 588 hits
Inisiatif Percutian Guru KPM Tahun 2023 Kementerian Pendidikan telah mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif baru dalam rangka memperkuat kebajikan dan mengurangi beban guru dalam menyambut Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Menteri P...
Kpm Tunggu Laporan Siasatan Guru Besar Tampar Murid

Kpm Tunggu Laporan Siasatan Guru Besar Tampar Murid

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 447 hits
KOTA BHARU Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya sudah men...
Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan Kpm

Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan Kpm

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 435 hits
Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sedang aktif membincangkan saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka Menteri Pendidikan...
Guru Sandaran Interim Tidak Dinilai Di Dalam Pbppp Kpm

Guru Sandaran Interim Tidak Dinilai Di Dalam Pbppp Kpm

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 209 hits
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu surat siaran memakluman mengenai penilaian prestasi bagi guru sandaran guru interim dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Makluman ini memberikan penjelasan penting mengenai...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Sah Jatuh Talak 3 Siti Jamumall Amp Aiman Tak Boleh Rujuk Semula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Jual Emas Harga Tinggi Dapat Duit Tunai

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

003 Percutian Di Kota Kinabalu Sabah Terukir Pesona Kenangan Yang Membahagiakan

Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025