Tang Mana Makan Sedap Kat Penang



L  ama dah saya tak review pasal makan sedap di Penang. Kali ini teruja sangat nak share satu tempat makan sedap di Penang ni.

Biasanya orang mai Penang pekena nasi kandaq, laksa, mee udang, pasemboq, char kuey teow dan seangkatan dengannya. Kebanyakannya masakan Mamak dan Cina. Tapi bagaimana dengan masakan Melayu? Tang mana nak makan makanan Melayu yang sedap di Penang? Hah...biaq cik habaq kat hampa tempat ni...

Kedai makan ni bernama Sajian D'Cedok. Letaknya di Gelugor, Pulau Pinang.

Kawan-kawan saya dok cerita makanan di kedai D'Cedok ni sedapppp! Saya pun ajak suami dan anak-anak makan di sini.

Apabila kami lihat makanan yang disaji terus kami terliur. Ada ayam goreng kunyit, ayam masak merah, ikan goreng, daging goreng kunyit, rendang ayam, rendang daging, gulai telur puyuh, gulai lemak daging, kelempong goreng, sotong goreng kunyit dan macam-macam makanan Melayu yang sedap-sedap.

Gulai Lemak Ayam  ini membangkitkan selera
Rendang Ayam ini  membuatkan sesiapa saja terliur
Kerabu Taugenya macam masakan nenek di kampung
Melihatkan makanan yang menyelerakan itu, kamipun terus cedok.

Suami saya pilih nasi dengan ikan pari masak asam pedas, ikan bawal tiga rasa dan telur puyuh.

Ikan Bawal Tiga Rasa ini menjadi kegemaran suami saya
Telur Puyuh ini cepat habisnya disambar orang
Suami saya  makan dengan sangat berselera sehingga habis licin sepinggan nasi.

"Sedap sangat," katanya sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangannya.

"Susah nak dapat pari asam pedas sedap macam ni. Parinya tak berbau hanyir dan rasanya segar."

"Ikan bawal tiga rasanya buat saya susah nak tidur malam, teringat-ingatkannya," katanya lagi.

 "Telur puyuh masak pedas ni lemak-lemak manis dan ada sedikit pedas. Sedapnya."


Ayam Goreng Berempah ini sentiasa laris
Anak sulong saya memilih nasi lemak dengan kuah sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, timun dan ayam goreng berempah.

"Sambalnya sangat sedap, pedas-pedas manis," katanya sambil makan dengan berselera.

"Ikan bilisnya garing dan rangup. Mana tidaknya, ikan bilisnya jenis yang berkualiti tinggi, ikan bilis mata biru," kata anak saya.

"Ayam goreng berempahnya pun sedap, rempah-ratusnya sebati dengan isi daging ayamnya," tambahnya lagi.


Rendang daging dengan pegedil, dilawan pula dengan sayur chap chai...hmmm memang power!!!
Anak bongsu saya pula pilih nasi dengan rendang daging, chap chai dan pegedil.

"Hmmm...sedappnya. Rendang dagingnya powerlah...pegedilnya pula sedap gilerr! Nasi ni bertambah sedap dengan chap chai yang di dalamnya ada kobis bunga, cendawan, carrot dan kobis," katanya.


Chap chai fresh from stove
Saya pula memilih nasi dengan Gulai Lemak Daging, bendi rebus, ulam daun selom dengan sambal belacan dan telur dadar.

Gulai Lemak Daging ini menjadi rebutan pelanggan

Hmmm... sedappp Gulai Lemak Dagingnya...jarang boleh jumpa masakan ni...

Telur dadarnya walaupun sempoi tapi ia tebal dan rasanya sedap....

Sambal belacannya memang meng"ancam"...terasa sedapnya.

Telur dadar yang sempoi tapi sedap
Sambal belacan power!!!
Kemudian kami minum jus tembikai, teh tarik, jus oren dan milo ais bagi melegakan tekak kami yang kehausan.

Kami sangat puashati dengan makanan di sini. Layanannya juga mesra.

Premis Sajian D'Cedok yang bersih membuatkan ia gemar dikunjungi samada untuk makan atau untuk berbincang
Premisnya bersih. Bayarannya berpatutan mengikut harga di pasaran. Berbaloi sangat makan di sini dengan pilihan yang pelbagai serta rasanya lazat.

Beratur memilih makanan

Selain kaum Melayu, Sajian D'Cedok juga dikunjungi oleh kaum Cina
Menu pilihan D'Cedok juga  menjadi kegemaran kaum India
Kedai ini di atas pulau. Ia berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang pertama. Keluar saja dari jambatan, terus ambil susur keluar ke Gelugor/USM. Kedai ini bersebelahan USM dan berdekatan Jalan Bukit Gambir.

Kalau hampa masih tak tau di mana kedai ini. Boleh google dan guna waze.




Alamatnya: Kafeteria Sajian D'Cedok, Centrio Avenue, No. 163-1-20, Jalan Permai, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Buka dari 7.45 pagi hingga 7.00 ptg.

Saya share lokasinya:
https://goo.gl/maps/vchDVoespkJh2XHA8









Mai la try...lepas tu share dengan kawan-kawan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2019/08/tang-mana-makan-sedap-kat-penang-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Port Makan Best Mesti Singgah Di Cyberjaya Sedap Sedap Belaka

15 Port Makan Best Mesti Singgah Di Cyberjaya Sedap Sedap Belaka

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 633 hits
Bila dah sampai Cyberjaya tentunya tercari cari tempat Makan Best di Cyberjaya Sudah banyak tempat makan yang best di Cyberjaya kalau nak dibandingkan 5 10 tahun lepas Jadi kami kongsikan tempat makan best di Cyberjaya ni berdasarkan review...
Makan Sedap Di Momotalo Hartamas With Aliah And Atig

Makan Sedap Di Momotalo Hartamas With Aliah And Atig

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 788 hits
Assalamualaikum Last week Ongkaya Aliah and Atig ajak kitorang makan dekat Momotalo Hartamas Kata dia bakar bakar sama macam Korea yang kita penah makan last time dekat Koryowon Kalau macam tu Saz suka la I pon suka jugak Lagipon ni macam t...
Penat Paksa Makan Nasi Tak Sedap Katanya Buatkan Keropok Nasi Macam Ni Confirm Anak Tak Perasan

Penat Paksa Makan Nasi Tak Sedap Katanya Buatkan Keropok Nasi Macam Ni Confirm Anak Tak Perasan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 915 hits
Susahnya nak ajak anak makan nasi Katanya tak sedap Lebih geram lagi bila mana anak hanya makan makanan tak berkhasiat seperti aiskrim keropok dan sebagainya dan berselang seli dengan susu sahaja Macam macam menu kreatif mama dah sediakan t...
Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 688 hits
PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP Assalamualaikum Selamat petang Sana sini orang bererita tentang Bomboloni Sedap sangat katanya Tapi Cik Rose tak pernah rasa Hanya tengok di skrin telefon sahaja H...
Korean Fried Chicken Kfry Vs Kyochon Mana Satu Yang Lebih Sedap

Korean Fried Chicken Kfry Vs Kyochon Mana Satu Yang Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 3199 hits
Korean Fried Chicken KFry vs Kyochon mana satu yang lebih sedap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa dah pernah rasa TOP 2 the most netizens favorite Korean Fried Chicken in Malaysia KFry dan Kyochon Korean Fried Chicken KFry v...
Makan Pedas Memang Sedap Lepas Tu

Makan Pedas Memang Sedap Lepas Tu

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum SEJAK kelmarin dah berjanji dengan kawan sepejabat hendak makan Nasi Padang Highway Sejak tu jugaklah terbayang sambal hijaunya yang basah basah tu dicicah bersama pucuk ubi yang direbus begitu sahaja Asal datang ke sini mem...
Hiburan Yang Mana Satu Lebih Elok Makan Di Luar Atau Masak Sendiri

Hiburan Yang Mana Satu Lebih Elok Makan Di Luar Atau Masak Sendiri

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 411 hits
Zaman sekarang ramai diantara kita semua memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri di rumah kerana tidak cukup masa dan penat berkerja satu hari Selain itu kehadiran gerai dan restoran di setiap ceruk malah ada yang beroperasi 24...
Penggemar Tempe Mesti Suka 4 Menu Ni Sedap Senang Sungguh Buatnya

Penggemar Tempe Mesti Suka 4 Menu Ni Sedap Senang Sungguh Buatnya

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 666 hits
Jemu dengan lauk daging hari anda cuba menu tempe yang ringkas tapi sedap lagi pun harganya murah dan cepat masak Tak kisahlah nak masak tempe je atau campur dengan bahan lain ia tetap sedap Kalau susah nak fikir menu apa ini RASA kongsikan...
Char Kuew Teau Sedap Di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara

Char Kuew Teau Sedap Di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 1857 hits
Char Kuew Teau sedap di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara Kerinduan nak makan Char Kuew Teau sedap akhirnya tercapai lepas suami belanja makan Char Kuew Teau di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara cawangan Melawati Cawangan Restoran Langgaq ni ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia