Tambah Baik Kualiti Perkhidmatan Awam Kosmo 17 06 2022


 

ISU kesesakan pada masa ini bukan sahaja diterjemahkan di jalan raya, malah melibatkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam lain.
Rangkaian utama pengangkutan awam di negara ini terutama Lembah Klang adalah bas, teksi, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).
Tidak dinafikan, pengangkutan awam merupakan aset pen­ting bagi meningkatkan tahap aksesibiliti masyarakat untuk ke sesuatu tempat.
Kemudahan itu berupaya memberi impak besar dalam memastikan keberkesanan sistem aliran agar pergerakan masyarakat setempat berjalan lancar dan sempurna.
Walau bagaimanapun, ke­belakangan ini, antara dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar pengguna terhadap per­khidmatan tersebut adalah kelewatan dan tergendala.
Perkara itu kembali dibangkitkan dengan beberapa insiden melibatkan LRT mengalami masalah teknikal dan bekalan eletrik menyebabkan ia tergendala.
Bukan itu sahaja, masalah kelewatan bas dan tambang teksi mahal juga membuatkan ramai yang bimbang jika mereka terpaksa menghabiskan masa dan wang ringgit hanya untuk menguruskan perjalanan terutama ke tempat kerja.
Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang perbelanjaan dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi.
Masalah kelewatan untuk ke tempat kerja menjadi isu utama akibat daripada kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut.
Hal ini kerana, kebanyakan warga kota menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
Tinjauan Kosmo! di laman sosial juga mendapati rata-rata orang ramai menganggap pe­ngangkutan awam kini tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktunya.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, kadar peningkatan kesesakan di jalan raya sedikit sebanyak merupakan impak daripada keberkesanan yang rendah terhadap penggunaan pengangkutan awam.
“Perkara itu terjadi kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh sesetengah perkhidmatan. Pengurusan perlu lebih peka serta memahami keperluan masyarakat.
“Dari segi kadar kekerapan (frekuensi) dan ketepatan masa sudah pasti perlu diambil kira memandang kebanyakan daripada mereka menggunakan perkhid­matan tersebut untuk ke tempat kerja,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurut beliau, selain itu, aspek penyelenggaraan dan menaik taraf juga perlu dilaksanakan dengan menyeluruh supaya kualiti perkhidmatan diberikan berada pada tahap yang baik sekali gus menggalakkan lebih ramai orang untuk menaiki pe­ngangkutan awam
Justeru, kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan kelemahan yang membelenggu perkhidmatan pengangkutan awam dapat diatasi segera.


Artikel oleh: Kosmo
TAMBAH BAIK KUALITI PERKHIDMATAN AWAM

https://www.kosmo.com.my/2022/06/17/tambah-baik-kualiti-perkhidmatan-awam/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/tambah-baik-kualiti-perkhidmatan-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Bangunkan Aplikasi Yakin Bantu Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Bernama Tv 16 06 2022

Ppim Bangunkan Aplikasi Yakin Bantu Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Bernama Tv 16 06 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 195 hits
Aplikasi YAKIN sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi...
Langsung Awani Pagi Krisis Perkhidmatan Pelancongan Pasca Pandemik I 12 Jun 2022

Langsung Awani Pagi Krisis Perkhidmatan Pelancongan Pasca Pandemik I 12 Jun 2022

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 249 hits
Sejak peralihan ke fasa endemik sektor pelancongan berdepan masalah kekurangan pekerja apakah ini bakal menyebabkan berlakunya krisis perkhidmatan pelancongan Bersama Naib Presiden Malaysia Tourism Council Prof Datuk Azlie Halim untuk mengu...
Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

Aplikasi Yakin Platform Individu Dapatkan Perkhidmatan Ppim Sumber Gaya Hidup Muslim Soyacincau 16 06 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 257 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato Sri Dr Adham Baba Menteri Sains Teknologi dan I...
Permohonan Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam Percuma

Permohonan Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam Percuma

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 353 hits
Sekiranya anda bercita cita ingin menjadi seorang pemandu bas maka tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam secara percuma ini tidak boleh anda lepaskan Program ini merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dengan Keme...
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 219 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Harga Barang Dijangka Naik 30 Peratus Kosmo 25 06 2022

Harga Barang Dijangka Naik 30 Peratus Kosmo 25 06 2022

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Kenaikan harga barangan dijangka naik kira kira 30 peratus sejajar de ngan pemansuhan harga kawalan si ling ayam telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini Ket...
Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 160 hits
BENTONG Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Bentong menangguhkan sessi bantahan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Rancangan Kawasan Khas yang dijadualkan pada 14 ...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 267 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Adira Finance Tawarkan Tukar Tambah Kendaraan Mudah Di Jakarta Fair 2022

Adira Finance Tawarkan Tukar Tambah Kendaraan Mudah Di Jakarta Fair 2022

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 163 hits
Pada Jakarta Fair 2022 di JIExpo Kemayoran Adira Finance menawarkan beragam prohram menarik bagai para pengunjung JF Salah satunya program tukar tambah kendaraan baik sepeda motor maupun mobil
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor