Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Yakin. Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Aplikasi ini boleh bantu anda menerapkan gaya hidup muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah berdasarkan ciri-ciri yang tersedia di dalamnya. Di bawah tab Ibadah, ciri yang disediakan adalah waktu solat, laungan azan, doa harian, tasbih, arah kiblat, kalkulator zakat, tazkirah dan kalendar Islam.
Selain itu, di dalam aplikasi ini juga ada halaman disediakan untuk anda menderma. Menurut Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi ini telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihaknya sebelum dikongsikan pada aplikasi.
Selain daripada ciri keagamaan, anda boleh juga dapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM menerusi aplikasi ini. Antaranya, melalui tab halaman utama, anda boleh beri aduan jika terlibat dengan isu berkaitan hal ehwal pengguna atau jadi mangsa ahlong serta ceti haram. Di samping itu, bahan bacaan dan video yang diterbitkan oleh PPIM juga boleh diakses melalui halaman ini.
Menurut Datuk Nadzim Johan, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniaga yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepada kumpulan pengguna.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |