Tamatkan Kemelut Isma Syor Agong Ambil Alih Pemerintahan


ainulillia Pegang tampuk buat sementara waktu sehingga berlangsung PRU15 BANGI – Bimbang akan kemelut politik negara yang seakan tiada kesudahannya, gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengesyorkan Yang di-Pertuan Agong mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Hal ini ekoran daripada tindak-tanduk politikus yang semakin tidak terkawal, dengan saling himpit-menghimpit di antara satu sama lain demi meraih laba politik dan peribadi.
Atas dasar prihatin, Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berharap, Seri Paduka mengetuai pentadbiran negara buat sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yang difikirkan sesuai.
“Jika kemelut politik negara kali ini berpanjangan, saya mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong ambil alih sahaja pemerintahan negara dari ahli-ahli politik yang ada ini buat sementara waktu sehingga tibanya saat yang sesuai untuk diadakan PRU15. Daulat Tuanku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, ketidakstabilan politik negara ketika ini berpunca daripada parti kerajaan ‘Melayu-Islam’ itu sendiri, yang disifatkan sebagai mengecewakan.
Katanya, semenjak kerajaan ‘Melayu-Islam’ digelar Perikatan Nasional (PN) terbentuk lebih kurang 10 bulan yang lalu, boleh dikatakan isu-isu politik negara tidak pernah tenang. 
“Saya sebenarnya tidak hairan sangat jika pembangkang yang menimbulkan ketegangan politik tetapi, ketidaktenangan juga banyak yang datang daripada konflik dalaman parti-parti kerajaan,” katanya.
Katanya lagi, meskipun antara mereka sudah memerintah dan memegang pelbagai jawatan sama ada sebagai menteri atau ketua GLC, namun masih terdapat juga kelompok yang tidak berpuas hati.
“Mungkin kerana mereka sudah memerintah negara begitu lama sehinggakan tidak mampu menerima jika ada sahaja keinginan mereka tidak dipenuhi. 
“Sejak bila pulakah jawatan-jawatan dalam kerajaan itu hak milik mutlak parti politik yang memerintah atau parti politik yang punyai banyak kerusi?
“Ia hanya suatu tradisi yang direka-reka oleh para politikus sejak sekian lama. Maka, mereka yang bersungguh-sungguh bergaduh kerana berebut jawatan sesama sendiri ini sangatlah tidak bermaruah,” katanya.
Perilaku mereka itu pada masa sama, tegas Aminuddin, hanya menyebabkan ekonomi menjadi tidak stabil, merosot dan menjejaskan rakyat. 
Bahkan, katanya, lebih malang apabila perebutan kuasa ini berlaku semasa krisis pandemik seperti sekarang. 
“Rakyat sudah bosan dengan kerenah politikus kerana rata-ratanya lebih memikirkan survival diri dan keluarga dalam saat-saat getir krisis ekonomi ini.
“Walaupun PRU15 sudah tidak lama lagi, tetapi mereka tidak sabar. Tetapi ingatlah, rakyat sudah lama bersabar dan mereka sedang memerhati dalam diam. Jangan lupa dan ambil remeh akan perkara ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/tamatkan-kemelut-isma-syor-agong-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 333 hits
Situasi ini kata Haniff akan menyebabkan Agong berdepan kesukaran untuk melantik pihak yang benar benar memiliki majoriti disebabkan unsur kecurigaan yang timbul Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keme...
3 Pilihan Boleh Diambil Agong Tamat Kemelut Politik

3 Pilihan Boleh Diambil Agong Tamat Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 258 hits
BANGI 29 Safar 1442H Sabtu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mempunyai tiga pilihan sekiranya kemelut politik negara berhubung isu perebutan kuasa masih berpanjangan Presiden Ikatan Muslimin Malays...
Agong Tidak Akan Layan Tindakan Desperado Anwar Takiyuddin

Agong Tidak Akan Layan Tindakan Desperado Anwar Takiyuddin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 246 hits
Pas menyatakan keyakinan bahawa Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak akan melayan tindakan desperado Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Utusan Online melaporkan Setiausaha Agung PAS Datuk Tak...
Laaa Awat Dok Gelabah Puyuh Anwar Baru Saja Nak Ngadap Dymm Agong

Laaa Awat Dok Gelabah Puyuh Anwar Baru Saja Nak Ngadap Dymm Agong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 309 hits
Kesihan Anuar Musa Cepat sangat melatah Anwar baru nak jumpa Agong bukan angkat sumpah lagi Relaks la bro Minta Anwar dedahkan senarai Waktu Muhyidin persembah nama kpd Agong waktu merampas mandat rakyat dulu adakah Muhyidin dedahkan nama I...
Bakal Perdana Menteri Ke 9 Dipanggil Ke Bukit Aman Sebelum Mengadap Agong

Bakal Perdana Menteri Ke 9 Dipanggil Ke Bukit Aman Sebelum Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 366 hits
Anwar Ibrahim Dipanggil Polis 9 Pagi 13 Oktober 2020 Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk pergi ke Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 13 Oktober 2020 jam 9 00 pagi bersabit dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat tehadapnya di man...
Anwar Trying To Avoid Meeting Agong His Majesty Should Oblige Him

Anwar Trying To Avoid Meeting Agong His Majesty Should Oblige Him

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 315 hits
Those Umno BN PN MPs who support Anwar to oust Muhyiddin are being called the Court Cluster These are people who Anwar has promised to help settle their court cases once he becomes PM9 These are also people who cannot accept the fact that t...
Takiyuddin Dengki Anwar Berjaya Mengadap Agong

Takiyuddin Dengki Anwar Berjaya Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 273 hits
MSO Setiausaha Agong Pas Takiyuddin Hassan menyifatkan Anwar Ibrahim yang kini muncul dengan ageda perulangan untuk menghadap Agong bagi memaklumkan apa yang sedang berlaku dalam kerajaan PN dan juga kedudukan Muhyiddin Yassin apabila belia...
Anwar Nafi Kaitan Dengan Syarikat Senaraian Awam Sebelum Hadap Agong

Anwar Nafi Kaitan Dengan Syarikat Senaraian Awam Sebelum Hadap Agong

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan mengaitkan dirinya dengan syarikat senaraian awam tertentu di Bursa Malaysia Ketua pembangkang itu berkata dakwaan berkenaan palsu dan bertujuan menipu pembeli saham Ini tidak benar...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults