Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta


Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangkakan menjelang tahun 2030, sebanyak 85 juta pekerjaan di seluruh dunia mungkin tidak dapat diisi akibat kekurangan kemahiran.
Menyedari cabaran global ini, Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 telah menetapkan sasaran berani untuk melahirkan 500,000 pekerja mahir serta menghasilkan 30,000 bakat setiap tahun bagi menjamin kelangsungan tenaga kerja masa depan negeri.
Bagi menyokong visi tersebut, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperuntukkan geran padanan bernilai RM1 juta melalui Insentif Latihan Industri Kecil dan Sederhana (LiKES) di bawah inisiatif ILHAM KESUMA.
Usaha ini bertujuan memperkasa syarikat PKS di Sarawak supaya mampu melatih dan membimbing bakat muda untuk bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Inisiatif ini dijangka mewujudkan 700 penempatan latihan industri merangkumi 400 syarikat PKS dalam pelbagai sektor.
Ia akan membuka peluang kepada belia Sarawak untuk mendapatkan pendedahan industri yang bermakna, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Bagi merealisasikan matlamat ini, TalentCorp dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Sarawak Skills dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menganjurkan program Industry Connect @ Sarawak 2025.
Program ini menghimpunkan wakil majikan, agensi kerajaan, akademia, dan pemimpin industri. Antara pengisian utama termasuk sesi Fireside Chat bertajuk “Sarawak Talent 2030: Shaping the Next Generation Workforce”, serta pembentangan mengenai kemahiran AI, digital dan hijau, transformasi tenaga kerja, serta inisiatif TalentCorp seperti MyMahir dan MyCoL.
Para peserta turut berkongsi pandangan melalui soal selidik dan perbincangan. Pendekatan ini membolehkan strategi pembangunan tenaga kerja Sarawak dibentuk bersama pihak industri agar lebih selaras dengan aliran pelaburan dan jadual projek utama negeri.
YB Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri MEITD Sarawak turut menegaskan bahawa kerjasama MEITD dan TalentCorp mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan bakat dan kolaborasi antara industri dan akademia.
“Dekad yang akan datang adalah peluang emas untuk Sarawak mencipta penanda aras baharu di rantau ini — sama ada dalam tenaga boleh diperbaharui, pusat data berasaskan AI, mobiliti inklusif rakyat, mahupun rantaian bekalan global bernilai tinggi” katanya ketika berucap merasmikan program.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew, pula menekankan peranan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik KESUMA dalam membantu Malaysia mengemudi perubahan tenaga kerja dengan tepat dan berpandangan jauh.
“Itu bermakna data perlu diterjemahkan kepada strategi, dan strategi pula perlu diubah kepada tindakan. Contohnya, Senarai Pekerjaan Kritikal (MyCoL) 2024/2025 menunjukkan Sarawak berdepan kekurangan bakat dalam bidang kemahiran teknikal, kejuruteraan, ICT, kesihatan, dan pendidikan. Dapatan ini menjadi panduan kepada inisiatif kami seperti MyMahir dan MyNext, yang menghubungkan hasil pendidikan dengan permintaan industri, supaya rakyat Sarawak bersedia untuk pekerjaan dalam tenaga bersih, semikonduktor, dan pusat data hijau,” katanya.
“Malaysia telah melonjak lapan anak tangga kepada kedudukan ke-25 dalam IMD World Talent Ranking satu pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun. Ini bukti usaha jangka panjang kita mula membuahkan hasil. Namun, ini juga menaikkan penanda aras, sebab itu, mandat TalentCorp adalah memastikan wawasan diterjemahkan kepada program nyata yang memperkukuh daya saing tenaga kerja negara,” tambah beliau.
Program Industry Connect @ Sarawak 2025, yang berlangsung di Hilton Kuching dengan penyertaan lebih 200 peserta termasuk PKS, majikan, agensi kerajaan, dan akademia, memberi tumpuan kepada usaha menutup jurang kemahiran dengan menyelaraskan pendidikan, latihan dan pengambilan pekerja bersama keperluan industri.
Antara sektor utama yang terlibat termasuk pembuatan, pembinaan, minyak & gas/tenaga, ICT dan ekonomi digital, kesihatan, pendidikan dan latihan, pertanian dan perhutanan, logistik dan pengangkutan, serta pelancongan dan hospitaliti.
Melalui program ini, peserta turut diperkenalkan kepada inisiatif utama TalentCorp termasuk MyMahir, ILHAM KESUMA, Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (MyCoL), dan Aturan Kerja Fleksibel (FWA). Kerjasama strategik dengan MEITD dijangka mempercepat pertumbuhan ekonomi Sarawak sambil melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia untuk masa depan.
 
The post TalentCorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan RM1 Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/24/talentcorp-perkukuh-tenaga-kerja-masa-depan-sarawak-dengan-geran-padanan-rm1-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Remaja Mabuk Kencing Dalam Periuk Hotpot Mahkamah Arah Bayar Pampasan Rm1 3 Juta

Dua Remaja Mabuk Kencing Dalam Periuk Hotpot Mahkamah Arah Bayar Pampasan Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1782 hits
Dek kerana berperangai tidak senonoh dua remaja di China diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak 2 2 juta Yuan kepada dua syarikat katering Menurut laporan perintah itu dikenakan terhadap mereka selepas kedua dua melakukan perbuatan
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 889 hits
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Menawan Malaysia Selepas mencatat kutipan box office melebihi USD 9 juta serta meraih lebih 3 juta penonton di pawagam Indonesia filem romantik fantasi Sore Istri dari Masa Depan kini be...
Rm1 Juta Satu Kerusi Puad Persoal Dakwaan Pas Guna Dana Tin Milo

Rm1 Juta Satu Kerusi Puad Persoal Dakwaan Pas Guna Dana Tin Milo

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1930 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan dakwaan PAS bahawa parti itu hanya bergantung kepada kutipan dana tin milo bagi membiayai kos kempen pilihan raya Puad membangkitkan isu tersebut susulan ke...
Wajib Baca 10 Fakta Kelam Dampak Fatherless Pada Hubungan Asmara Anak Di Masa Depan

Wajib Baca 10 Fakta Kelam Dampak Fatherless Pada Hubungan Asmara Anak Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 938 hits
Ketiadaan figur ayah bukan hanya soal kekosongan fisik dampaknya menembus relasi cinta menumbuhkan rasa takut ketergantungan dan potensi mengulang luka ke generasi selanjutnya Dalam artikel ini kamu akan menemukan 10 fakta kelam dampak fath...
Pas Jangka Kos Pertahan Satu Kerusi Parlimen Cecah Rm1 Juta Realiti Politik Semasa

Pas Jangka Kos Pertahan Satu Kerusi Parlimen Cecah Rm1 Juta Realiti Politik Semasa

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2974 hits
PAS jangka kos untuk mempertahankan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 16 boleh mencecah hingga RM1 juta Menurut laporan Berita Harian Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu perbelanjaan it...
Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1599 hits
SPRM Sita Barang Kemas RM1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter KUALA LUMPUR 14 Sept Barang kemas seberat 3 2 kilogram bernilai RM1 6 juta antara pelbagai barangan berharga disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor daripada enam in...
Pga Rampas Rm1 36 Juta Beras Siam Tahun Ini

Pga Rampas Rm1 36 Juta Beras Siam Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1669 hits
Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata 329 9 tan ialah beras putih bernilai RM1 3 juta dan selebihnya beras pulut berjumlah RM59 600 Antara rampasan beras Siam di sempadan Malaysia Thailand sepanjang tahun ini KOTA...
Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 504 hits
Filem bukan sekadar hiburan dua jam di pawagam tetapi lahir daripada proses kreatif yang panjang dan penuh cabaran Itulah yang berlaku pada Sore Istri Dari Masa Depan sebuah karya yang kini sedang menghiasi layar perak dengan kisah unik dan...
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 711 hits
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial KUALA LUMPUR Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Forum lima hari ...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Can Schools Build Karakter

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa 19 Oktober 2025

Tragedi Dua Beranak Ditemui Mati Di Rumah Sewa Di Juru

Cikgu Dok Berpolitik

Ramai Komen Makcik Ngong Ni

Pulut Serunding

Happy Deepavali