Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial


Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial
KUALA LUMPUR: Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 (WSSF) berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Forum lima hari yang bermula dari 29 September hingga 3 Oktober ini akan menghimpunkan pemimpin dari hampir 300 organisasi keselamatan sosial dari seluruh benua bagi membincangkan cabaran perlindungan sosial dalam dunia yang sentiasa berubah dengan pantas.
Forum dwitahunan peringkat global ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Dengan tema “Membentuk Keselamatan Sosial untuk Dunia dalam Peralihan”, forum ini akan membincangkan cabaran dan peluang yang wujud akibat perubahan demografi global, dinamik pasaran buruh serta kemajuan teknologi, di samping meneroka usaha ke arah memastikan kelestarian perlindungan sosial.
Lebih 1,500 perwakilan dari lebih 150 negara dijangka hadir, termasuk Menteri, Ketua Pegawai Eksekutif, pakar teknikal serta wakil-wakil daripada organisasi antarabangsa.
Antara peserta ternama ialah Fiona Elizabeth Stewart, Ketua Global Bank Dunia dalam bidang Penuaan dan Pencen, serta Razavi Shahrashoub, Pengarah Perlindungan Sosial Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Delegasi dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, Jerman, Sepanyol, Brazil, Iceland, Switzerland, Oman, Cameroon, Türkiye, India dan Uruguay juga akan mengambil bahagian dalam program di Kuala Lumpur.
Persidangan ini turut akan menampilkan pendekatan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial, yang akan diketengahkan dalam Sesi Plenari Nasional oleh beberapa Menteri Malaysia. 
Antaranya Steven Sim; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.
“WSSF 2025 merupakan platform penting untuk membincangkan dan meneroka idea baharu, inovasi, serta pendekatan futuristik.
“Persidangan ini akan meneroka idea-idea inovatif dan futuristik bagi memperkukuh sistem keselamatan sosial supaya ia kekal relevan, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global semasa,” menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam satu kenyataan hari ini.
Sepanjang lima hari, forum ini akan menjadi ruang utama untuk pertukaran ilmu dan kerjasama antarabangsa, merangkumi sesi pleno, sesi selari, sesi interaktif, bengkel, tutorial zon inovasi bagi memberikan pengalaman menyeluruh dan mendalam kepada semua peserta.
Buat julung kalinya, forum ini akan memperkenalkan Festival dan Anugerah Video Keselamatan Sosial Antarabangsa, yang direka khusus untuk meraikan komitmen mereka dalam mempromosikan keselamatan sosial.
Selain itu, Anugerah Pencapaian Cemerlang ISSA akan diberikan kepada negara-negara yang menunjukkan kejayaan luar biasa dalam memperkukuh sistem keselamatan sosial mereka.
WSSF 2025 dianjurkan oleh Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), dengan kerjasama PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Program ini turut mendapat sokongan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) selaku sekretariat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC).
Untuk maklumat lanjut mengenai forum ini, sila layari laman web www.issa.int/wssf2025. 
The post Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/25/malaysia-bersiap-sedia-ketuai-perbincangan-global-berkenaan-masa-depan-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 891 hits
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Menawan Malaysia Selepas mencatat kutipan box office melebihi USD 9 juta serta meraih lebih 3 juta penonton di pawagam Indonesia filem romantik fantasi Sore Istri dari Masa Depan kini be...
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 757 hits
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan Aveta Malaysia hari ini melancarkan cogan kata baharu Redefining Boundaries membuka lembaran baharu bagi jenama motosikal tempatan ini sambil terus melangkah maju da...
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 627 hits
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh CP Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus s KUALA LUMPUR 25 September 2025 Lotuss Stores Sdn Bhd memperkenalkan pilihan kegemaran rakyat Malaysia iaitu burger sosej dan bebola daging ...
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 601 hits
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Sempena sambutan Hari Pengasas Bata jenama kasut ikonik ini meraikan dua detik bersejarah 131 tahun legasi global dan 95 tahun perjalanan di Malaysia di mana ia telah menj...
Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 813 hits
NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi yang menggabungkan kepakaran kedua dua syarikat itu Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NV...
Pas Hanya Jual Mimpi Madani Tawarkan Masa Depan

Pas Hanya Jual Mimpi Madani Tawarkan Masa Depan

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1274 hits
Sanusi Md Nor hari ini menegur parti BERSATU kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya lalu Pengarah pilihan raya pada Muktamar PAS ke 71 Sanusi berkata ada parti yang mai be...
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 415 hits
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli Bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum merupakan hak asasi manusia dan menjadi tunggak bagi membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan Dalam ...
Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1589 hits
Lynelle ThamMereka berkata tempoh Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis mungkin tidak lama manakala peluang Razman Zakaria bergantung sama ada PAS akan terlepas pandang kontroversinya Shukri Ramli dan Razman Zakaria gagal memenangi keru...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk