Takziah Semua Abam Bocey Dah Tak Ade
Kelmarin kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan (32 tahun) ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman. Aamiin.
Takziah Semua.. Abam Bocey Dah Tak AdeSeperti orang lain, macam tak percaya apabila berita ini disampaikan oleh salah seorang officemate pagi Isnin tu. Ingatkan abang kepada Abam ataupun gurauan kasar netizen di media sosial tapi bila dia dah beria bagitau siap eja kan lagi namanya tu. Terus ajelah buka internet.
Innalillahiwainnalillahirajiun .. takziah kepada semua keluarga arwah. Tak lupa juga kepada Fad dan Achey, 2 ahli kumpulan Bocey. Semoga terus tabah dan kuat semangat.
Pemergian arwah betul-betul satu kehilangan. Ianya bukan sahaja dirasai oleh keluarga, rakan artis ataupun peminatnya saje tapi turut dirasai oleh semua orang. Terkejut, terkedu, sedih semuanya ada tapii bertuahnya dia. Penghujung perjalanannya begitu istimewa. Beribu-ribu orang datang memberikan penghormatan terakhir kepadanya
Setiap ruang masjid dipenuhi orang dan banyak kisah-kisah baik mengenainya tersingkap selepas pemergiannya. Kita yang melihat, mendengar dan membacanya pun turut terkesan dengan kehilangannya.
View this post on Instagram
ABAM IS MY MOST FEVERET PELAWAK.. . Coach masih slow nak hadam yang abam dah tiada.. walaupon tak kenal dia in personal pon.. saya mmg minat dgn kumpulan Bocey! . Pemergian dia mmg sungguh mengejut.. ramai orang tersentak, terkejut, terkelu.. . Dan lagi mengharukan, kehadiran ramai orang sewaktu solat jenazah beliau semlm.. masyaAllah.. luar biasa.. kan kan.. . Iktibar daripada kematian Abam Bocey ( Syed Omar) , kelihatan ribuan menyolati jenazahnya, mendoakan serta menyebut kebaikannya. Arwah rapat dengan para asatizah, pandai menghormati orang lain terutama ilmuan, menyintai dan berbakti pada ibunya. Sikap suka menceriakan orang lain dan tidak berkira. Semoga kebaikan ini sebagai bekalan arwah dialam sana. Ramai pula hari ini kawan-kawan asatizah meletakkan gambar mereka bersama abam Bocey dan menceritakan kebaikan arwah. Rasanya inilah solat jenazah anak seni paling ramai dalam sejarah negara kita.. . Rezeki kita.. amalan kita, terletak pada 'KEBAHAGIAAN DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN' itu sudah terbukti, tertunjuk dah depan mata.. lihat saja apa yg berlaku pada Abam kan.. . Jom kita yg masih hidup, sama-sama muhasabah diri.. jom kawan2.. . . #coachhardiana #projekkurusonline #bodytransformationonlinecoaching #abambocey #boceyA post shared by PROJEK KURUS ONLINE (@hardiana_fitmama) on Feb 10, 2020 at 5:00pm PST
View this post on Instagram
Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu.... Allahuakbar Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin... 😢A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Feb 9, 2020 at 6:27pm PST
View this post on Instagram
Kisahnya jam 10.30 malam ketika penjaga kubur nak tutup pagar. Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu untuk masuk ziarah kubur arwah Abam. Wanita tersebut menceritakan bahawa Abam lah yang menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Allahuakbar, kelebihan bersedekah. Kredit : @ustazhanafiah #SinarKongsiA post shared by SINAR (@sinar_my) on Feb 11, 2020 at 5:11pm PST
Kita baik orang sayang !Semasa hayatnya, arwah lebih dikenali sebagai anak yang baik kepada ibunya, bertanggungjawab kepada keluarga, adik beradik. Tidak berkira, suka bersedekah dan menghadiri majlis ilmu. Tiada lagi telatah dan gelagat cerianya tu
View this post on Instagram
Luluh hati ibu saat anak disayangi meninggal dunia. Ibu arwah Abam, Sabariah Arshad. 🎥: @jaydeesmA post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on Feb 9, 2020 at 11:14pm PST
Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah 2 dunia. Terkesan sangat 2 baris lirik lagu SiKasih ni. Arwah yang meninggal disebabkan demam panas disedari oleh isterinya ketika ingin mengejutkannya dari tidur. Semoga kebaikan dan teladan kisah arwah menjadi contoh dan ikutan buat kita semua. In Shaa Allah, aamiin.
Masih lagi tak percaya..begitu cepat semuanya berlaku.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2020/02/takziah-semua-abam-bocey-dah-tak-ade.html