Kisah Penjaga Kubur Tentang Allahyarham Abam Bocey



Sesungguhnya pemergian pelawak kumpulan Bocey, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 diibaratkan sebagai kematian yang dicemburui

Melihat kepada ramainya jemaah berhimpun untuk solat jenazahnya, dikatakan sejumlah 2,000 tetamu hadir. Allahyarham juga menghembuskan nafas terakhir dalam tidur.. sungguh mudah perjalanan akhir Allahyarham. Ramai sekali yang menyayanginya

Satu persatu cerita kebaikan arwah, diketahui umum. Dari sekecil-kecil kebaikan sehinggalah baiknya arwah Abam pada ibunya. Arwah sentiasa mendahului ibunya. Rapatnya dengan ibu dan berusaha menggembirakan hatinya

Malah, Allahyarham membawa ibunya dan isteri ke tanah suci Makkah demi menunaikan hajat orang tuanya itu. Menurut adiknya, Ali Puteh, abangnya itulah yang menjaga ahli keluarga mereka dengan penuh tanggungjawab


Kubur Arwah Abam Didatangi Seorang Wanita Dengan Anaknya


Dan di sebalik kebaikan yang diketahui, selepas pemergiannya ada kisah lain yang cuma diketahui selepas ketiadaannya. Begitulah, kisah yang dikongsikan oleh penjaga kubur Allahyarham Abam ini

Menerusi perkongsian video pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek, keesokan harinya ustaz melawat Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak di mana Allahyarham Abam dikebumikan

Ketika bersembang dengan penjaga kubur yang dikenali sebagai Usop itulah kisah kebaikan Abam diketahuinya

Malam tadi kira-kira jam 10.30 malam, penggali kubur itu sudah mahu pulang. Semua orang pun dah balik dari tanah perkuburan. Dia mahu mengunci pintu pagar. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita dan anak kecilnya dengan menunggang motosikal

“Pakcik.. tolonglah pakcik, saya nak masuk tenok arwah Abam.. tolonglah pakcik.” rayu ibu itu

“Allah.. esok sajalah. Kubur ini tak ke mana.”
“Pakcik.. saya datang dari jauh. Tolonglah pakcik, tadi saya tak sempat nak datang.”
Kasihan dengan ibu tadi, pakcik Usop itu pun tunjukkanlah kubur arwah Abam. Wanita itu pun bacalah doa sikit di kubur Abam

Pakcik Usop bertanya, “kamu ini saudara mara ke?”
Perbelanjaan Persekolahan Anak-anaknya Ditanggung Abam
“Saya dan anak-anak saya sebenarnya banyak terima bantuan daripada Abam. Abam telah menyekolahkan anak-anak saya.. semua perbelanjaan sekolah anak saya ditampung oleh Abam.”
Kata Ustaz Hanafiah, “MasyaAllah.. bila terima cerita ini saya teringat satu hadis. Kisahnya orang yang sentiasa bersedekah dicintai Allah, disayangi makhluk, dekat dengan syurga, jauh daripada neraka.”
“Mudah-mudahan Allahyarham dirahmati Allah dan kubur Abam menjadi seperti taman-taman syurga. Semoga damai di sana.” Sebab itulah, yang masih hidup ini banyakkan bersedekah. Sedekah itu jalan mudah ke syurga

Pengajaran Dan Persamaan Pelawak Ini; Allahyarham Mr. Os, Pak Yus Dan Abam
Tambah Ustaz Hanafiah yang berpeluang menguruskan perjalanan akhir pelawak, Allahyarham Mr. Os, Pak Yus dan Abam

“Apa yang boleh dipelajari daripada kematian sahabat-sahabat artis dari golongan pelawak ini. Persamaan ketiga-tiganya, pertama, mereka berlawak, kedua, kebaikan mereka yang disembunyikan.. yang kita tak tahu.”
“Mr. Os selepas kematiannya baru ramai yang tahu bahawa dia ini rajin bersedekah. Ketika hidupnya berdepan masalah kewangan, duit tak banyak.. dalam keadaan memandu teksi, kalau ada orang tak cukup duit, dia akan sedekah

“Sedekah ini satu benda yang Allah gembira. Apatah lagi jika diniatkan ‘bulat’ kerana Allah. Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga, pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.”
Kenapa disebut sedekah yang pertama? Kerana sedekah ini adalah perkara paling mudah untuk masuk ke syurga. Dengan syarat ikhlas dengan Allah

Yang kedua, sebelum sedekah itu sampai kepada orang yang kita sedekah, sedekah itu telah sampai kepada Allah. Malaikat telah mencatat dan sampaikan kepada Allah

“Abam pun rajin sedekah.” Malah arwah Pak Yus juga ramai sedia maklum akan kemurahan hatinya dalam bab bersedekah



View this post on Instagram
Persamaan Allahyarham Mr. Os , Pak Yus dan Abam. Moga Mereka semua damai di sana. Kisah semalam di Masjid dan dari Penjaga Kubur .A post shared by Sifu Hanafi (@ustazhanafiah) on Feb 10, 2020 at 10:50pm PST
Sumber: Ustaz Hanafiah via Mingguan Wanita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/02/kisah-penjaga-kubur-tentang-allahyarham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Penjaga Kubur Abam Terima Tetamu Ketika Nak Tutup Pagar Ini Kisah Sebenarnya

Video Penjaga Kubur Abam Terima Tetamu Ketika Nak Tutup Pagar Ini Kisah Sebenarnya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 510 hits
small Cover image via Ustaz Hafiah Instagram small Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah memberikan kesan yang begitu mendalam bukan sahaja dalam kalangan rakan artis malah juga...
Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 771 hits
SubhanaAllah begitu ramai sekali yang hadir untuk solat jenazah buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Ternyata ramai yang menyayangi arwah Repost by reposta hliveupdate MashaAllah begitu ramai yang turut serta solat jenazah buat Allahyarham Sy...
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 767 hits
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam Hari ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey Pemer...
Ada Wanita Merayu Rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam Penjaga Kubur

Ada Wanita Merayu Rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam Penjaga Kubur

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 520 hits
Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau Dalam satu vi...
Suasana Sayu Di Kediaman Allahyarham Abam Bocey Ramai Yang Ziarah

Suasana Sayu Di Kediaman Allahyarham Abam Bocey Ramai Yang Ziarah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 322 hits
Suasana di sekitar kediaman Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan 32 hari ini Ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarwah serta saudara mara juga turut berkumpul Jenazah a...
3 Amalan Ini Buatkan Jenazah Allahyarham Abam Bocey Dimuliakan Allah Lebih 2000 Orang Hadir Solatkan Jenazahnya

3 Amalan Ini Buatkan Jenazah Allahyarham Abam Bocey Dimuliakan Allah Lebih 2000 Orang Hadir Solatkan Jenazahnya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 957 hits
Alhamdulillah Walaupun sudah sehari masih ramai yang memperkatakan tentang Allahyarham Abam Bocey Baru MF tahu yang Abam ni muda dari MF rupanya Untung dia Muda lagi Allah dah angkat dia Kita Hmmm muhasabahdiri Dan macam macam berita yang b...
Tak Rugi Baca Kisah Selepas Pemergian Abam Bocey

Tak Rugi Baca Kisah Selepas Pemergian Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 422 hits
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia
Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 611 hits
Pemergian pelawak Abam Bocey membuatkan ramai yang sedih dan terasa dengan kehilangannya itu Tetapi ada juga individu yang biadab mengutuk arwah Abam secara terbuka di media sosial Di Facebook seorang individu yang menggunakan nama Mrspoon ...
Abam Bocey Meninggal Tiada Lagi Gemuk Is Awesome

Abam Bocey Meninggal Tiada Lagi Gemuk Is Awesome

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 535 hits
Assalammualaikum Negara kehilangan pelawak yang disayangi ramai Alfatihah buat Abam Bocey sesungguhnya berita ini amat menyedihkan dan memeranjatkan semua peminatnya di Malaysia semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan mereka y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game