Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi


freemalaysiatoday.com
Yasmin Abdul Latif
-March 20, 2022 12:35 PM
Terdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14, menurut Rafizi Ramli.
PETALING JAYA: Strategi menggunakan tokoh pemimpin tertentu untuk menarik undi sudah ketinggalan zaman memandangkan pemikiran rakyat kini jauh lebih terbuka, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Memang ada juga segelintir pandangan dalam PH (Pakatan Harapan) bahawa politik ini adalah soal yang dipanggil ‘tsunami’. Politik ini adalah soal rakyat yang akan mengikut seorang batang tubuh pimpinan, kalau pemimpin itu datang ‘semua’ rakyat akan datang.

“Saya tak bersetuju sebab saya rasa rakyat tak bodoh, kalau kita nak ambil pandangan rakyat ini senang dicucuk hidung, datang seorang dia ikut semua ‘it’s very outdated’ (ketinggalan zaman),” katanya dalam program bual bicara Terpaling Terus Terang yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Rentetan beberapa kekalahan dalam pilihan raya negeri, beliau berkata, terdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14.

Rafizi berkata, pandangan tersebut membuatkan PH terpisah daripada realiti sebenar rakyat, yang sebenarnya mahukan corak pimpinan yang mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

“Dalam PH sebelum 2018 pandangan begitu yang memberi terlalu banyak kekuatan politik kepada watak seperti Tun Mahathir, ada segelintir pimpinan PH yang betul-betul taksub bahawa kalau tiada Tun M kita tak menang.

“Itu sebenarnya menunjukkan mereka agak terpisah daripada realiti sebenar rakyat, dia tidak sedar bahawa rakyat kalau dia nak berubah adalah berkenaan soal pekerjaan, soal gaji dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi berpandangan dalam meraih sokongan rakyat PH tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti termasuk Perikatan Nasional (PN) kerana ia akan mewujudkan kompromi khususnya dalam soal dasar dan jawatan.

Beliau berkata, jalan yang mudah untuk mendapatkan semula momentum adalah dengan kembali membawa isu-isu rakyat sebagai contoh harga barang keperluan seperti telur yang masih tiada penyelesaian.

“Kita kembali kepada formula yang bawa kita menang pada 2018 iaitu kita dekat dengan rakyat, ada benda yang sepatutnya kerajaan selesaikan, tak kisah kerajaan mana, ada ke harga telur pun tak boleh selesai,” tambahnya.

Pada Dis 2019, Rafizi mengumumkan bersara daripada politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Namun, 15 Mac lalu, Rafizi memutuskan untuk kembali menyertai politik dan mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu akan datang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/taksub-guna-pemimpin-strategi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Saranan Najib Guna Wang Rakyat Selamatkan Sapura Rafizi

Tolak Saranan Najib Guna Wang Rakyat Selamatkan Sapura Rafizi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 204 hits
Rafizi Ramli TOLAK SARANAN NAJIB GUNA WANG RAKYAT SELAMATKAN SAPURA Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pekan Dato Seri Najib Tun Razak pada 20 Mac 2022 yang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad yan...
Rafizi Biadap Farhash Kata

Rafizi Biadap Farhash Kata

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 207 hits
Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador membidas pemimpin PKR Rafizi Ramli memintanya menghentikan permainan politik murahan dan bersikap jujur Farhash menyentuh kenyataan Rafizi ketika temubual bersama radio BFM 89 9 pagi tadi berhubun...
Kenapa Ph Dan Pkr Mula Ditolak Rakyat Ini Pendapat Rafizi

Kenapa Ph Dan Pkr Mula Ditolak Rakyat Ini Pendapat Rafizi

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 318 hits
DIKENALI sebagai Raja Formula dan sering bersikap terus terang menyebabkan Naib Presiden PKR MOHD RAFIZI RAMLI lebih disenangi oleh penyokong dan pengundi atas pagar Beliau tidak teragak agak mengakui Pakatan Harapan membuat satu kesilapan ...
Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 193 hits
March 15 2022 Sewaktu Barisan Nasional menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan bubar Parlimen di perkarangan bangunan tersebut Laungan tersebut ...
Ini Barulah Pemimpin Berjiwa Rakyat Setelah Kerajaan Gagal Melaksanakannya

Ini Barulah Pemimpin Berjiwa Rakyat Setelah Kerajaan Gagal Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 170 hits
Ini barulah boleh dikatakan pemimpin yang berjiwa rakyat Memang benar DS Anwar sebelumnya tidak menyokong pengeluaran wang KWSP Tetapi beliau meletakkan tanggungjawab membantu rakyat kepada kerajaan Tetapi disebabkan kedegilan kerajaan BN P...
Rafizi Ph Perlu Rampas Naratif Berhubungan Dengan Rakyat Dari Najib

Rafizi Ph Perlu Rampas Naratif Berhubungan Dengan Rakyat Dari Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 216 hits
MalaysiakiniBekas perdana menteri Najib Razak kini secara berkesan menjadi pembangkang de facto selepas dia merampas keupayaan pembangkang untuk berhubungab dengan rakyat setiap hari di laman media sosialnya Tetapi Rafizi Ramli yang baru ba...
Mana Duit Umno Yang Kata Tolong Rakyat Keh Keh

Mana Duit Umno Yang Kata Tolong Rakyat Keh Keh

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 165 hits
Hebat Umno Di era Najib wang KWSP pernah digunakan Di era Ismail Sabri Umno juga keluarkan duit simpanan pencarum untuk pencarum terus hidup Soalannya mana duit dari Umno untuk pencarum Kita keluarkan duit yg kita simpan kemudian kita kena ...
Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 219 hits
Harga seorang Melayu seperti Rafizi sangat membazir jika diletak dalam PKR rosak jika di dalam UMNO JIKA berada dalam DAP ia dapat membantu ramai orang Melayu lebih maju bersaing akan lebih ramai generasi Y menyertai dan MENJADIKAN parti IT...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah