Kenapa Ph Dan Pkr Mula Ditolak Rakyat Ini Pendapat Rafizi



DIKENALI sebagai ‘Raja Formula’ dan sering bersikap terus terang menyebabkan Naib Presiden PKR, MOHD. RAFIZI RAMLI lebih disenangi oleh penyokong dan pengundi atas pagar.
Beliau tidak teragak-agak mengakui Pakatan Harapan (PH) membuat satu kesilapan besar ketika menjadi kerajaan mahupun selepas kembali menjadi pembangkang apabila masih mengutamakan kedudukan jawatan serta berniat kembali ke Putrajaya berbanding menjaga kebajikan rakyat.
Malah, beliau turut mendedahkan wujudnya geng ‘paling setia’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR yang bukan sahaja boleh mewujudkan golongan pembodek tetapi mampu menjatuhkan parti.
Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID dan AHMAD FADHLULLAH ADNAN berserta jurufoto, AMIR KHALID dengan Mohd. Rafizi di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
UTUSAN: Ke mana menghilang selama ini?
MOHD. RAFIZI: Apabila PH menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, malah setahun sebelum itu pun sudah maklumkan kepada kepimpinan parti yang saya tidak berminat teruskan politik. Lagipun saya dah mulakan syarikat Invoke Malaysia yang menerokai bidang sains dan kejuruteraan.
Memang niat untuk berundur. Lagipun sudah 10 tahun berada di lapangan dan saya berpolitik tidak sama dengan orang lain. Saya bawa lori keliling satu Malaysia.
Memang itu niat saya dari awal, cuma ada beberapa perkara perlu diselesaikan seperti hal parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, komitmen parti kepada sesuatu kumpulan kepada satu perkara yang lain. Sebab itu saya ambil keputusan untuk bertanding timbalan presiden ketika itu. Bukan sebab soal jawatan sangat sebab saya ada kerja.
Bukan kerana Mohamed Azmin?
Tak betul. Kalau tanya sesiapa pun dalam parti mereka tahu itu tindakan politik terakhir saya sebab objektif politik saya yang pertama adalah untuk melihat perubahan kerajaan secara demokratik dan ia sudah berlaku.
Kedua, PKR ketika itu merupakan parti terbesar dalam PH, jadi tidak boleh ada keputusan lain dari belakang. Pada ketika itu komitmen PH ialah untuk melihat peralihan kuasa kepada Anwar.
Kita sudah tahu dari awal Mohamed Azmin hanya menyokong jika ada gabungan lain. Perkara itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jadi, apabila saya bertanding sebagai timbalan presiden, off record sebenarnya keputusan itu was-was kerana ada 20,000 undi yang tidak dikira.
Kalau saya betul-betul nakkan jawatan, saya akan teruskan sehingga ini selesai. Watak sebenar Mohamed Azmin dan kumpulannya dalam PKR sudah dilihat. Bagi saya, tugas sudah selesai. Dari Mac 2019 sudah berniat untuk tidak terlibat politik sebab mahu kembali kepada keluarga dan perniagaan.
Berapa lama masa diambil untuk kembali berpolitik?
Salah satu kegiatan atau perniagaan di sini ialah kami sering dibayar oleh syarikat-syarikat antarabangsa untuk mengikuti pola pemikiran rakyat. Jadi, saya memang ikut dengan dekat pola pemikiran rakyat terutamanya berkaitan politik. Saya tiada niat (kembali berpolitik) sehinggalah dua, tiga minggu lepas.
Mula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, keputusan itu tidak baik tetapi tidak nampak tanda-tanda yang begitu jelas. Kemudian berlaku di Melaka, nampak tanda-tanda pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi PH dan PKR sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN). Pun begitu, mereka tidak undi Barisan Nasional (BN), sebab itu undi BN tidak pernah naik sejak 2018.
Cuma pada PRN itu, masalah strategi yang menerima katak dan sebagainya. Ketika itu, kami ingat itu undi protes.
Kemudian Sarawak, boleh lagi beri alasan. Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kajian dan dapatan pengundi atas pagar membayangkan sesuatu yang lebih membimbangkan iaitu pada pandangan mereka terutama Melayu ialah tiga-tiga gabungan ini tak boleh pakai. Semuanya sama sahaja, dua kali lima. Saya boleh rasa orang cakap cuma tiada data. 40,000 itu sebahagian besar pengundi atas pagar anggap semua sama. Kalau boleh semua mereka tak nak tapi bila semua sama, BN pun BN-lah.
Ini yang bahaya.
Dengan pelbagai masalah negara sekarang dan kalau saya tidak cuba membantu untuk parti dapatkan sokongan pengundi atas pagar akan memberi kesan agak besar kepada negara. Johor sebenarnya memberi signal yang besar.
Apa kelemahan PKR/PH sehingga kalah dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN?
Niat untuk kembali ke Putrajaya menyebabkan pengundi atas pagar tidak berminat dengan PKR/PH. Suara, masalah sebenar rakyat tidak diselesaikan. Yang berlaku ialah orang yang selalu bawa isu rakyat ialah netizen dan media sementara ahli politik selalu ikut sahaja. Bila dah viral mesti ada ahli politik muncul sebagai hero dan ini menjauhkan rakyat daripada ahli politik dan masalah itu berlaku sehingga sekarang.
Dalam bulan-bulan pertama kerana menunggang gelombang euphoria menang PRU14, mudah masa itu untuk semua salahkan BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi kalau berterusan sampai setahun bercakap benda yang sama, rakyat jadi pelik, siapa kerajaan sekarang?
Saya ingat mengapa PH gagal kerana rakyat rasa kamu tidak mencuba sebaik mungkin sewaktu jadi kerajaan dan ditambah pula tumpuan yang terlalu banyak mengenai siapa nak jadi PM (Perdana Menteri), kemudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) nak kukuhkan parti dengan mengambil orang UMNO sehingga menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak berminat nak tolong kami.
22 bulan itu dah jadi masalah kepada PKR dan selepas ‘Langkah Sheraton’ pun tidak cukup usaha yang ditumpukan untuk kembali bersuara sedangkan ketika itu rakyat melalui fasa yang cukup susah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya mereka memberi tumpuan untuk mencukupkan angka.
KEMBALI BERPOLITIK
Adakah anda diminta kembali berpolitik oleh seseorang bagi menyelamatkan PKR?
Yang menyelamatkan itu saya tak tahulah sebab orang tak suka. Seseorang itu tiada. Saya selalu kena kacau di Facebook, Twitter, e-mel, WhatsApp terutama selepas kekalahan di Melaka dan ia semakin kuat, semakin kuat. Saya solat istikharah. Saya kembali bukan atas pujukan atau mana-mana individu.
Tidak jumpa Anwar untuk berbincang?
Tiada. Itu keputusan saya sendiri selepas mengkaji pola pengundi PRN. Ada orang yang berurusan seperti pimpinan kanan tapi saya tidak buat keputusan selepas bercakap dengan mereka.
Bagaimana penerimaan ahli PKR?
Saya rasa dua atau tiga golongan sahaja menolak. Saya rasa secara umum sambutan daripada anggota sampai ke atas itu baik dan itu amalan demokrasi. Hanya segelintir yang selama ini menobatkan diri mereka sebagai ‘orang paling setia’, rapat dengan Anwar. Saya ingat mereka kurang selesa apabila saya memberi pandangan secara terbuka mengenai kegagalan dalam tempoh dua tahun lepas kerana kegagalan itu sebahagiannya memang betul dan mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dalam soal pimpinan dan strategi untuk bekerjasama dengan UMNO, kemudian ada ura-ura untuk kerjasama dengan PN pula.
Golongan ini menumpukan perhatian supaya Anwar jadi PM kerana jika berlaku, mereka kemungkinan mendapat laba dan sudah tentu jika ada pandangan yang berbeza seperti saya yang mengatakan perlu kembali bercakap soal rakyat kurang diterima.
Pun begitu, akhirnya keputusan dibuat oleh setiap anggota yang mengundi. Pilihan kepada anggota sekarang ialah siapakah yang berkemampuan dapatkan sokongan rakyat kembali kepada PKR. Anggota PKR sudah biasa dengan pemilihan yang kecoh termasuk aksi kerusi terbang, namun ia tidak akan membawa kepada perpecahan.
Bagaimana pula penolakan ‘Kartel Jalan Gasing’?
Saya cukup lantang kalau ada individu atau kumpulan yang cuba naik dalam politik secepat mungkin tanpa berkhidmat kepada rakyat. Itulah yang berlaku dalam UMNO dan parti-parti yang lama. Mereka ini membodek dan menjual nama Anwar.
Adakah hal ini akan menjejaskan anda untuk bertanding nanti?
Itu saya serahkan kepada anggota cuma PKR telah melalui pengalaman ini ketika zaman Mohamed Azmin lagi. Kenapa berlaku penolakan terhadap kumpulan dia sejak 2010? Memang orang panggil mereka ini kartel dalam PKR kerana mereka berperangai macam UMNO.
Kenapa tidak bertanding jawatan presiden?
Soal ini hanya timbul kalau ada dua perkara iaitu presiden yang ada sekarang ini tergelincir dari landasan idealisme parti dan ia tidak betul, masih sama cuma taktikalnya tidak berkesan sedikit.
Kedua, kalau Anwar ditolak sebagai calon PM atau ada pemimpin lain sebagai calon PM dan itu pun tak timbul. Setakat ini tiada mana-mana calon selain Anwar yang boleh dapat persetujuan jitu daripada semua parti dalam PH.
Jadi, tidak ada sebab untuk bertanding jawatan tersebut kerana ia akan sabotaj matlamat untuk membantu dapatkan sokongan pengundi atas pagar.
Pelan dengan Nurul Izzah untuk kembalikan kegemilangan PKR?
Kami akan melancarkan kempen bersandarkan isu besar rakyat dalam masa terdekat. Bukan setakat menunjukkan siapa betul dan siapa tak betul, tetapi untuk mengajak dan menganjakkan pandangan rakyat kepada penyelesain yang sepatutnya negara ini bantu serta beri tumpuan, tak kisahlah parti mana.

Menang atau tidak itu belakang kira, tetapi nak tak nak, terpaksa bertumpu dan mengupas isu-isu itu. Itu cara untuk kita menganjakkan pandangan rakyat dan orang politik kepada perkara-perkara yang membina dan konstruktif daripada sebut kau mencuri atau aku mencuri, ia tidak membawa ke mana-mana sebenarnya.
KHEMAH BESAR
Majlis Presiden berhasrat menjalin kerjasama dengan PN dalam PRU. Komen?
Saya sudah sebut secara terbuka tak setuju kerana seperti tidak teliti kepada pola dan juga pandangan pengundi. Kadang-kadang mudah untuk buat keputusan yang nampak terang, tetapi sebenarnya tidak begitu. Falsafah ia mudah, kita kena faham kenapa pengundi contohnya mengundi PN dan bukan PH? Kita buat simulasi dengan 40,000 orang pengundi atas pagar di Johor untuk faham kenapa mereka undi PN dan kita buat dua atau tiga senario simulasi untuk melihat keputusan jika mereka ada pilihan untuk menjadi pengundi atas pagar ataupun tidak memilih mana-mana parti. Daripada simulasi itu, 60 peratus kata tak suka semua parti dan semua parti sama saja.
Seterusnya silalah sambung bacaan anda di sini – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/kenapa-ph-dan-pkr-mula-ditolak-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 189 hits
UMAR MUKHTAR For a smart guy you are making a move that makes no sense Coming back to fight for the no two job in the party that had been so silly as to choose an obvious traitor over you and patronising the man whose attitude by your own a...
Rafizi Aiming For Pkr S No 2 Post Can Create Split Warns Leader

Rafizi Aiming For Pkr S No 2 Post Can Create Split Warns Leader

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 197 hits
Rafizi Ramli s return to politics is welcomed said a PKR Youth grassroot leader but warned that the party vice president might trigger a split if he goes ahead with plans to contest party s number two post Damansara PKR Youth vice chief Sye...
Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 186 hits
USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT BUKTI UMNO BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA 1 Sejarah telah tercipta semalam di Dewan Rakyat apabila kerajaan gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4 Akta Kesalahan Ke...
Pemilihan Pkr Portal Dedah Senarai Cai Rafizi

Pemilihan Pkr Portal Dedah Senarai Cai Rafizi

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 222 hits
March 23 2022 Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti Menurut beberapa sumber daripada parti cai Rafizi menampilka...
Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 234 hits
KANGAR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Na sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke 1...
Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 130 hits
March 16 2022 Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 152 hits
Selepas beberapa ketika meninggalkan gelanggan politik bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dalam kenyataan hari ini Rafizi yang memegang jawata...
Rafizi Dan Izzah Bergabung Pimpin Pkr

Rafizi Dan Izzah Bergabung Pimpin Pkr

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 143 hits
PETALING JAYA Nurul Izzah Anwar memberi bayangan akan bergandingan bersama bekas Naib Presiden parti itu Mohd Rafizi Ramli bagi mengembalikan zaman kegemilangan PKR seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 Bagi mencapai agenda itu beliau ber...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran