Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm


 

March 15, 2022 Sewaktu Barisan Nasional (BN) menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari, tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan ‘bubar Parlimen’ di perkarangan bangunan tersebut.
Laungan tersebut dilakukan oleh sebilangan besar penyokong dan ahli parti itu, sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO berjalan melewati mereka.
Susulan peristiwa tersebut, beberapa pemimpin UMNO menganggap insiden tersebut adalah biadab, dan bersifat ‘kurang ajar’.
“Kemenangan (PRN Johor) ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat, dan semestinya tidak dapat dinafikan sama sekali ‘mood’ rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai dari rasa yakinnya rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dari BN yang sedang memacu Kerajaan ke arah pemulihan berikutan berbagai musibah yang melanda negara.
“Juga tak dilupakan sokongan padu dan jitu dari YB Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dan seluruh saf kepimpinan UMNO dan BN terhadap beliau, maka amat tidak wajar jika segelintir pihak ini bersikap kurang ajar kepada YAB PM seolah beliau datang dari pihak lawan,” kata Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz. Katanya lagi, pembubaran Parlimen bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah, bukan boleh dilakukan dengan emosi, banyak aspek perlu diambil kira.
Shahrul Fadhel berkata, jika terlampau mengikut sikap terburu-buru dan terlampau yakin, berkemungkinan besar mood rakyat akan beralih kepada pihak lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan sebagai berkata, semua pihak dalam parti perlu memberi ruang, mandat dan kepercayaan kepada Perdana Menteri dan pucuk pimpinan berbincang dalam menentukan masa tepat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, menyusun strategi kemenangan tidak boleh berasaskan seluruhnya kepada gempita emosi semata-mata.
Jelas beliau, kebijaksanaan pemimpin perlu dibawa ke meja perbincangan dan bermuafakat untuk menggilap asas kekuatan sebenar.
“Kita di dalam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini ada kaedah dan cara tersendiri serta berpegang kepada disiplin parti,” kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah berkata, kemenangan BN di Johor sedikit tercalar berikutan insiden segelintir kecil penyokong yang tidak beradab kepada YAB Perdana Menteri.
Hal itu, katanya lagi, jelas bercanggah dengan budaya yang diterapkan oleh UMNO.
“Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab.
“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul melalui Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berlangsung pada 16-19 Mac 2022 untuk menyuarakan pendapat anda,” katanya lagi.
Senada dengan Jumaitul, Ketua Puteri UMNO Jelebu Normassitah Md Diah yang berkata, keputusan berhubung Pilihan Raya ke-15 tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Ismail Sabri sendiri selaku Naib Presiden UMNO. dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
“Di peringkat akar umbi, janganlah berperangai terlebih sudu dari kuah. Hormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu.
“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan anda,” katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/prn-johor-pemimpin-umno-kata-penyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 214 hits
perakinsights com Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional Nur Jazlan berkata dia sukar memahami ...
Prn Johor Adalah Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Umno

Prn Johor Adalah Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 187 hits
PRN Johor yang akan berlangsung minggu ini sebenarnya adalah pertandingan untuk jawatan presiden Umno Najib Razak dan Zahid Hamidi terdesak dan sekiranya Ismail Sabri Yaakob tidak digulingkan secepat mungkin maka sudah tentu mereka tidak te...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 170 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Selepas Prn Johor Kedudukan Kluster Mahkamah Dalam Umno Jelas

Selepas Prn Johor Kedudukan Kluster Mahkamah Dalam Umno Jelas

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 193 hits
Reshna Reem GanesanPETALING JAYA Pilihan raya negeri Johor baru baru ini telah melenyapkan sebarang keraguan mengenai kedudukan kelompok yang dipanggil kluster mahkamah dalam Umno kata seorang penganalisis politik Kluster mahkamah merujuk k...
Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com March 12 2022 8 54 PMPenyokong Barisan Nasional bersorak meraikan kemenangan gabungan itu di bilik gerakan BN untuk PRN Johor PETALING JAYA Barisan Nasional yang diterajui Umno memenangi PRN Johor malam ini untuk menub...
Lobi Jawatan Mb Johor Biar Umno Menang Prn Dulu Hasni

Lobi Jawatan Mb Johor Biar Umno Menang Prn Dulu Hasni

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 241 hits
Lobi Jawatan MB Johor Biar UMNO Menang PRN Dulu Hasni UMNO perlu memberi tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Johor terlebih dahulu sebelum membangkitkan mengenai pelantikan Menteri Besar Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Hasni ...
Umno Bn Tak Menang Prn Johor Pembangkang Yang Kalah

Umno Bn Tak Menang Prn Johor Pembangkang Yang Kalah

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 209 hits
Ramai berkata walau pun menang satu kerusi pun masih menang Hakikatnya Umno BN tidak menang PRN Johor tapi pembangkang yang kalah Kemenangan atas kesilapan atau kelemahan orang lain tidak bermaksud kita kuat We were just lucky
Prn Johor Pilih Pemimpin Yang Bersih Amanah Seperti Dituntut Islam

Prn Johor Pilih Pemimpin Yang Bersih Amanah Seperti Dituntut Islam

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 195 hits
satuberita myBy March 12 2022Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMANHARI ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Johor moden Ini kerana akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Johor iaitu pilihan raya pertama yang diadakan berasingan Bagi pengun...
Prn Johor Kj Beritahu Presiden Pas Tiada Keperluan Umno Bn Perlu Direhatkan

Prn Johor Kj Beritahu Presiden Pas Tiada Keperluan Umno Bn Perlu Direhatkan

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 170 hits
ISKANDAR PUTERI Saranan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO dan BN perlu direhatkan dalam Pilihan Raya Negeri Johor adalah tidak berasas dan tiada keperluan berbuat demikian Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddi...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas