Tolak Saranan Najib Guna Wang Rakyat Selamatkan Sapura Rafizi


 
Rafizi Ramli











TOLAK SARANAN NAJIB GUNA WANG RAKYAT SELAMATKAN SAPURA

Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 Mac 2022 yang menggesa Kerajaan Persekutuan (melalui PETRONAS atau Khazanah Nasional) untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad yang kini berdepan risiko muflis.

Beliau memberi alasan rakyat (yang memiliki institusi-institusi seperti PETRONAS atau Khazanah Nasional) akan kerugian besar jika Sapura tidak diselamatkan. Contoh-contoh kerugian yang diberikan termasuklah kerugian kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM4 bilion, kerugian kepada Maybank sebanyak RM10 bilion dan kehilangan pekerjaan sebanyak 10,000 orang.

Selepas kemenangan besar UMNO/Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri Melaka dan Johor, suara seperti ini yang mengambil sikap mudah membelanjakan wang rakyat untuk menutup kerugian korporat semakin kuat kedengaran. Rekod pentadbiran UMNO/Barisan Nasional, terutamanya semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, menunjukkan skandal-skandal besar pembaziran wang negara berlaku apabila UMNO/Barisan Nasional merasakan mereka kuat dan tidak tercabar.

Sementara saya simpati dengan nasib kakitangan Sapura yang berhadapan masa depan tidak menentu, membelanjakan berbilion wang rakyat kepada beberapa kerat syarikat korporat dalam keadaan semua perniagaan dan semua pekerja di segenap peringkat menghadapi kesusahan adalah tidak adil.

Lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu. Walaupun terus diberi suntikan wang rakyat, Sapura terus mengalami masalah kewangan pada kala harga minyak mentah berada pada paras yang tinggi (berbeza dengan syarikat minyak lain yang mendapat durian runtuh apabila harga minyak mentah dunia naik).

Sekiranya gesaan Dato’ Seri Najib Tun Razak ini diberi perhatian, wang rakyat yang boleh digunakan untuk membina kepakaran dan kemahiran usahawan-usahawan kecil, anak-anak muda, memberi pinjaman pendidikan dan seumpamanya akan terus diperuntukkan untuk membela segelintir golongan elit, sedangkan semasa golongan elit ini bermewah (hasil dari pembiayaan wang rakyat) mereka tidak pula memikirkan tanggungjawab mereka memberi pulangan pelaburan yang baik kepada rakyat.

Saya akan terus memantau isu ini dan membentangkan angka-angka dalam hari-hari yang seterusnya untuk mengingatkan rakyat supaya jangan terpedaya sekali lagi dengan idea pengurusan ekonomi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menunggu sama ada beliau akan membalas kenyataan saya ini, seperti mana beliau begitu ghairah menjawab semua isu di media sosialnya selama ini. Sekembalinya saya ke arena politik, In Sha Allah setiap idea songsang dari Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menerima maklum balas dari saya.

RAFIZI RAMLI

Naib Presiden KEADILAN










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/tolak-saranan-najib-guna-wang-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 179 hits
freemalaysiatoday com March 20 2022 12 35 PMTerdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14 menurut Rafizi Ramli PETALING JAYA Strategi menggunaka...
Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 278 hits
Sabar aku menanti Rafizi dedahkan kisah Sapura ni Dulu lagi aku dah dengar macam macam tentang syarikat ini Cuma tak mampu nak buktikan je Kalau betul apa yang aku dengar dulu maka aku tak hairan kenapa Najib menggelabah sangat Rafizi sentu...
Rafizi Should Pivot On Mahathir Instead Of Najib On Sapura Energy Bailout

Rafizi Should Pivot On Mahathir Instead Of Najib On Sapura Energy Bailout

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 373 hits
Subsequent to talk of a Langkah Carey Island rumour is going around that Tun Dr Mahathir will be launching a new coalition called Gabungan Pejuang Nasional to involve PPBM Pejuang Warisan PAS Gerakan and MUDA By including MUDA in it throws ...
Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 279 hits
Satu masa dulu sewaktu Anwar jadi Timbalan Kepada Mahathir perkara sama berlaku kepada syarikat anak Mahathir Rugi 2 bilion syarikat perkapalan itu diselamatkan dengan mengunakan kuasa bapak dia Tak cukop dengan PEWAJA Bank Bumiputra yang d...
Najib Masih Menunggu Magic Dari Raja Formula Untuk Selamatkan Sapura

Najib Masih Menunggu Magic Dari Raja Formula Untuk Selamatkan Sapura

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 239 hits
Oleh sebab raja formula songsang sangat lambat beri respon dia pun tuduh ini dan itu Kononnya bukan saya yang buat posting berhubung fakta fakta kemelut dan cadangan bagaimana nak pulihkan Sapura Lalu dia beri alasan bahawa dia lambat sebab...
Sapura Rafizi Berjanji Akan Beri Maklum Balas Setiap Idea Songsang Najib

Sapura Rafizi Berjanji Akan Beri Maklum Balas Setiap Idea Songsang Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 190 hits
NASUHA RAHMANRafizi Ramli akan memberi maklum balas setiap idea songsang Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik beliau kembali ke arena politik Dalam kenyataan hari ini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menolak saranan Najib untuk mengguna...
Rafizi Ph Perlu Rampas Naratif Berhubungan Dengan Rakyat Dari Najib

Rafizi Ph Perlu Rampas Naratif Berhubungan Dengan Rakyat Dari Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 225 hits
MalaysiakiniBekas perdana menteri Najib Razak kini secara berkesan menjadi pembangkang de facto selepas dia merampas keupayaan pembangkang untuk berhubungab dengan rakyat setiap hari di laman media sosialnya Tetapi Rafizi Ramli yang baru ba...
Tengku Zafrul Dedah Ada Satu Negara Ni Tak Pernah Benar Rakyat Dia Keluarkan Wang Persaraan Tak Macam Kwsp

Tengku Zafrul Dedah Ada Satu Negara Ni Tak Pernah Benar Rakyat Dia Keluarkan Wang Persaraan Tak Macam Kwsp

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 244 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh mengagihkan kadar dividen simpanan konvensional sehingga 6 7 peratus berbanding 6 1 peratus jika pengeluaran khas tidak dibuat
Harapan Needs To Retake Narrative From De Facto Opposition Najib Rafizi

Harapan Needs To Retake Narrative From De Facto Opposition Najib Rafizi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 247 hits
INTERVIEW Former prime minister Najib Abdul Razak is now effectively the de facto opposition after he hijacked the opposition s ability to connect with voters on a day to day basis on his social media But former Pandan MP Rafizi Ramli who r...
Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics