Takkan La Kerajaan Melayu Isle Nak Biarkan Pengundi Dia Jadi Arwah Kot Pengundi Tegar Tu


 
‘Nak tunggu kami jadi arwah?’ soal mangsa banjir di Baling makin hilang sabar


Yasmin Abdul Latif -September 13, 2022 Kampung Iboi di Baling dilanda banjir kilat buat kali ketiga pada 6 Sept lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Bukan sekali, sebaliknya sudah tiga kali banjir kilat melanda Kampung Iboi, Baling, Kedah yang membuatkan penduduk semakin hilang sabar menanti tindakan sepatutnya diambil pihak berkuasa.
Mangsa banjir, Rabiatul Adawiyah, berkata sebagai penduduk, dia melihat masih tiada tindakan pantas dan drastik diambil sejak banjir besar melanda Jun lalu sehingga banjir kali ketiga baru-baru ini.
“Banjir besar hari itu empat orang mati, kami tak nampak tindakan drastik pun, setakat manis di mulut. Banjir bukan boleh tunggu, dengar kata nak buat titi besar, dalamkan sungai, (namun) setakat ini apa ‘progress’? Nak tunggu berapa lama? Nak tunggu jadi arwah ke?
“Memang kami tak puas hati, kecewa dan sakit hati, semua ada. Banjir dah jadi tiga kali, kami nak bersihkan, tanggung balik rugi barang rosak, penat macam ini,” katanya ketika dihubungi FMT.
Menurutnya, sejak bencana banjir besar itu, dia merasakan tidak selamat lagi untuk tinggal di kawasan itu yang diibaratkan bom jangka menanti waktu untuk meletus.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal ketika dihubungi berkata, bukan saja Kampung Iboi dalam risiko, malah beberapa kawasan di sekitar Bukit Iboi dan Sungai Kupang turut berada dalam bahaya.
Katanya, kawasan yang berisiko antaranya Kampung Teluk Saba, Kampung Pisang, Kampung Hangus, Kampung Tebing Tinggi dan Pekan Kupang, di mana ramai penduduk tidak mampu berpindah.
“Kawasan berisiko sekarang ialah Bukit Iboi, kawasan perumahan dan kampung lain yang berdekatan bukit dan Sungai Kupang. Orang tumpu kawasan Iboi, (tapi) ada lagi kawasan lain dalam risiko yang belum berpindah.”
Katanya, projek mendalamkan sungai dilihat tidak berjalan seperti diharapkan dan kesannya, penduduk masih berdepan risiko banjir, malah hidup dalam ketakutan setiap kali musim hujan.
“Kaedah dan perancangan nampak macam tiada, tebing sementara habis terhakis balik, sungai jadi cetek macam asal balik. Jadi, sebelum ini yang mereka korek nak dalamkan sungai macam tiada guna.”
Penasihat Sahabat Alam Sik, Mohd Sobri Ramlee menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan telus yang turut melibatkan wakil penduduk berhubung punca banjir dan aktiviti perladangan durian Musang King.
Beliau turut menggesa projek ladang durian Musang King dihentikan secepat mungkin, dengan tindakan pantas perlu diambil sebelum perkara tidak diingini berlaku.
Untuk rekod, banjir kepala air kali pertama melanda Kampung Iboi, Baling pada 4 Julai lalu, diikuti 28 Julai dan 6 Sept lepas.
Banjir kepala air pada 6 Sept lalu berlaku selepas hujan selama 30 minit saja yang menyebabkan jambatan Bailey baru dibina hampir runtuh dan beberapa keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/takkan-la-kerajaan-melayu-isle-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 162 hits
Mohd Shah RimSapa yang suruh Rafizi Ramli bongkar skandal terowong nak mampus
Kerajaan Melayu Isle Makcik Makcik Sama Macam Sesiapa Sahaja Diluar Sana Bergelut Untuk Mencukupi Keperluan Keluarga

Kerajaan Melayu Isle Makcik Makcik Sama Macam Sesiapa Sahaja Diluar Sana Bergelut Untuk Mencukupi Keperluan Keluarga

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 187 hits
Orang sibuk sambut merdeka saya sibuk cari duit beli beras keluh warga miskin tegar August 31 2022 Syamsiah Sihabuddin sedang menyusun makanan untuk jualan hariannya KLANG Beliau bukan pemimpin politik apatah lagi ahli mana mana parti bukan...
Tak Perlu Mengadu Pada Pembangkang Atau Kerajaan Setakat Nak Dapat Rm200 Sehari

Tak Perlu Mengadu Pada Pembangkang Atau Kerajaan Setakat Nak Dapat Rm200 Sehari

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 184 hits
SIHAT KESIHATAN SIHAT KEWANGANModal Permulaan RM150 00 1 botol Sacha Inchi PremiumPelan Mudah Untuk Mendatangkan Insentif Lumayan Dibayar Setiap Hari Terus Masuk Ke Akaun Bank atau ke Akaun Emas QM anda RM300 INSENTIF TERSEDIA KEPADA SEMUA ...
Nak Tunggu Kami Jadi Arwah Soal Mangsa Banjir Di Baling Makin Hilang Sabar

Nak Tunggu Kami Jadi Arwah Soal Mangsa Banjir Di Baling Makin Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 179 hits
Kampung Iboi di Baling dilanda banjir kilat buat kali ketiga pada 6 Sept lalu PETALING JAYA Bukan sekali sebaliknya sudah tiga kali banjir kilat melanda Kampung Iboi Baling Kedah yang membuatkan penduduk semakin hilang sabar menanti tindaka...
Tommy Thomas Bidas Kerajaan Melayu Gagal

Tommy Thomas Bidas Kerajaan Melayu Gagal

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 243 hits
Bekas peguam negara itu menasihati PH tentang cara menghadapi PRU15 Bekas peguam negara Tommy Thomas menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan tumbang pada 2020 mengatakan ia menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi et...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan