Tommy Thomas Bidas Kerajaan Melayu Gagal



Bekas peguam negara itu menasihati PH tentang cara menghadapi PRU15. (Malaysia Now) – Bekas peguam negara Tommy Thomas menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, mengatakan ia menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi etnik Melayu.
Bercakap semasa forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Thomas berkata kerajaan yang mentadbir negara ketika ini menggambarkan konsep “ketuanan Melayu”.
“Dalam tempoh dua tahun setengah, anda ada Kabinet yang didominasi oleh orang Melayu.
“Selepas dua tahun setengah itu, anda ada persoalan penting untuk diutarakan: Adakah kerajaan Melayu lebih efisien dan lebih baik?
“Biar betul! Mereka buat kerja yang begitu buruk dalam pentadbiran,” kata Thomas kepada kira-kira seratus hadirin di forum “Dark Forces Towards GE15” yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Thomas, yang berkhidmat sebagai peguam negara selama hampir 20 bulan sewaktu PH menjadi kerajaan, berkata beliau yakin orang Melayu sendiri turut akan bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.
“Kerajaan Melayu telah gagal,” katanya, sambil menambah ia harus menjadi naratif yang perlu diangkat oleh pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kerajaan PH dilihat bergelut dalam soal siapakah perdana menteri seterusnya bagi mewakili gabungan itu ketika ia mentadbir Putrajaya.
Kerajaan PH kemudiannya tumbang selepas Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, diikuti tindakan Bersatu yang mengambil keputusan keluar dari PH.
Pada Mac 2020, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, disokong oleh ahli Parlimen Barisan Nasional, PAS dan GPS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
PN menjadi kerajaan selama 17 bulan sebelum Muhyiddin meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas beberapa ahli parlimen Umno yang bersekutu dengan Najib Razak menarik balik sokongan mereka.
Muhyiddin kemudiannya digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob dari Umno pada Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu, Thomas, berkata kedua-dua kerajaan “sememangnya terpalit dalam aktiviti rasuah”, meyakini jika PH menjadikan rasuah sebagai tema PRU akan datang, dapat membantu pembangkang kembali menguasai kerajaan.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa PH akan kembali berkuasa pada PRU depan jika terdapat peratusan tinggi orang keluar mengundi.
“Jika anda boleh dapat 60% daripada mereka (pengundi muda) dan 80% daripada purata nasional, saya jamin akan ada kemenangan berulang pada PRU15 dan kita akan ada kerajaan baru.”
https://www.malaysianow.com/my/news/2022/09/18/kerajaan-melayu-sudah-gagal-kata-tommy-thomas
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/09/18/tommy-thomas-bidas-kerajaan-melayu-gagal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapakah Ph Perlu Melakukan Kempen Kerajaan Melayu Sebagai Kerajaan Gagal

Mengapakah Ph Perlu Melakukan Kempen Kerajaan Melayu Sebagai Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 360 hits
Tommy Thomas mencadangkan pembangkang gunakan isu kerajaan Melayu sebagai gagal untuk kempen PRU15 Baca di sini https bit ly 3eXnkyC Sebagai seorang yang membenci perkauman aku sebenarnya terkejut dengan kenyataan Tommy ini Sekali imbas ken...
Kerajaan Gagal Dari Segi Apa

Kerajaan Gagal Dari Segi Apa

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 240 hits
Apabila pengkritik Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan gagal dari segi apa kerajaan gagal
Tommy Thomas Jelaskan Mengapa Src Jadi Kes Mahkamah Pertama Berkait 1mdb

Tommy Thomas Jelaskan Mengapa Src Jadi Kes Mahkamah Pertama Berkait 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 309 hits
malaysiakini comEKSKLUSIF Bekas peguam negara Tommy Thomas yang memulakan pendakwaan dalam kes Najib Razak akhirnya bersuara mengenai kes berkenaan dalam satu wawancara Dia menceritakan mengenai perbicaraan kes SRC International secara panj...
Tommy Thomas Is Right But It S Still Bad Advice

Tommy Thomas Is Right But It S Still Bad Advice

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 305 hits
The Malay electorate will say they have failed so the opposition must make that an issue Former attorney general Tommy ThomasPakatan Harapan should never play the race card which is exactly what former attorney general Tommy Thomas is advis...
Takkan La Kerajaan Melayu Isle Nak Biarkan Pengundi Dia Jadi Arwah Kot Pengundi Tegar Tu

Takkan La Kerajaan Melayu Isle Nak Biarkan Pengundi Dia Jadi Arwah Kot Pengundi Tegar Tu

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 220 hits
Nak tunggu kami jadi arwah soal mangsa banjir di Baling makin hilang sabarYasmin Abdul Latif September 13 2022 Kampung Iboi di Baling dilanda banjir kilat buat kali ketiga pada 6 Sept lalu PETALING JAYA Bukan sekali sebaliknya sudah tiga ka...
Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 252 hits
Mohd Shah RimSapa yang suruh Rafizi Ramli bongkar skandal terowong nak mampus
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kpj Johor Specialist Operation Mama

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Hentian Rehat Rawat Seremban

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice

Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat