Kerajaan Melayu Isle Makcik Makcik Sama Macam Sesiapa Sahaja Diluar Sana Bergelut Untuk Mencukupi Keperluan Keluarga


 
‘Orang sibuk sambut merdeka, saya sibuk cari duit beli beras’, keluh warga miskin tegar


Zeanaaima Mohd Yusof -August 31, 2022 Syamsiah Sihabuddin sedang menyusun makanan untuk jualan hariannya.KLANG: Beliau bukan pemimpin politik, apatah lagi ahli mana-mana parti, bukan taikun, tetapi sekadar penjaja mee kari dan laksa utara, yang sering mengikat perut menyara keluarga.
Tiada bendera Jalur Gemilang berkibar di gerainya sempena Hari Kebangsaan. Namun, jangan sekali-kali tuduh Syamsiah Sihabudin, 56, tidak patriotik. Beliau patriotik, tetapi beliau juga putus asa, buntu dengan nasib diri dan keadaan negara.
“Memang tak ada bendera di gerai saya, tapi yang penting ada semangat patriotik dalam diri saya. Sudah tentu saya cintakan tanah air, tapi saya juga amat sedih.
“Di atas sana, orang politik bergaduh sesama sendiri. Semua parti sama sahaja. Dapat kuasa, mana nak ingat kami rakyat kat bawah ini. Bila nak pilihan raya saja baru datang jumpa kami. Lepas itu, macam biasa hilang tak nampak batang hidung,” katanya kepada FMT.
Hari ini, pada 1957, negara mengisytiharkan bebas daripada penjajahan British. Di Kuala Lumpur dan tempat lain, perarakan raksaksa mempamerkan kejayaan negara diadakan, manakala kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob menerima limpahan ucapan tahniah dari negara asing.
Tetapi, jauh daripada sambutan negara meraikan kebebasan daripada penjajah, Syamsiah sugul ketika ditemui di gerainya di Sementa, dekat sini.
Masih tak bebas kesesakan kewangan
Beliau dan suami masih dahaga menantikan “kebebasan” daripada kesesakan kewangan yang masih membelenggui mereka pada usia tua.
Gerai jualan yang terletak di bahu jalan menyebabkan Syamsiah Sihabuddin terdedah kepada hujan panas ketika berniaga mencari rezeki.“Saya ada dua anak yang perlu ditanggung. Pendapatan saya tidak menentu, tapi antara RM1,000-RM1,500 sebulan. Saya terpaksa bantu suami sara kehidupan. Dia hanya buat kerja-kerja kampung, upah tak menentu,” keluhnya yang membuka gerai dari tengah hari hingga lewat petang, saban hari.
Syamsiah antara puluhan ribu rakyat yang mengharapkan masa depan lebih cerah untuk diri dan anak-anaknya.
Julai lalu, kerajaan mengumumkan sasaran mengeluarkan 144,932 ketua isi rumah daripada kategori miskin tegar menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).
Menurut laporan, sehingga 30 Jun lalu, seramai 144,932 ketua isi rumah di kategori miskin tegar direkodkan melalui data e-Kasih, berbanding 44,829 yang dikesan sepanjang 2020.
Syamsiah bukan seorang diri merenung nasibnya pada Hari Kebangsaan. Anggamal Venggu, 56, berkata realiti hidup menjadikan soal menaikkan bendera Malaysia di kediamannya tidak penting berbanding keperluan mencari wang untuk sesuap nasi.
Anggamal Venggu baru pulih daripada pembedahan kaki bagi kecederaan akibat kemalangan dialaminya 20 tahun lepas yang meragut nyawa suaminya.Anggamal mengambil upah mengasuh lima anak kecil, untuk menyara diri.
“Orang sibuk sambut merdeka, tapi saya di rumah sibuk jaga anak orang, cari duit mahu beli beras, telur dan barang lain. Anak saya tujuh orang semua sudah kahwin. Masing-masing ada keluarga untuk ditanggung. Jadi, saya kena cari kerja untuk dapat duit bagi membeli makanan sendiri.
“Mana sempat saya fikir mahu gantung-gantung bendera. Tapi jangan ingat saya lupa sambutan hari merdeka,” katanya kepada FMT.
Anggamal mendapat RM1,000 sebulan sebagai upah pengasuh, jumlah yang jauh daripada mencukupi, khususnya dalam keadaan harga hampir semua barang keperluan asas menokok.
“Masa susah, kita tak boleh harapkan orang politik. Mereka di atas sibuk rebut kuasa. Kita rakyat kena usaha mahu suap nasi ke mulut sendiri.
“Nanti mahu pilihan raya, mungkin ada sikit bantuan mereka kasi. Mahu beli undi kita, lepas itu mereka lari. Tiap kali pilihan raya, mereka buat macam ini,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/kerajaan-melayu-isle-makcikmakcik-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jatuh Menjatuh Kerajaan Melayu Isle

Jatuh Menjatuh Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 233 hits
THE IDDIOTJatuhkan PM daripada PH sebab tak cukup Melayu tak cukup Islam Dah naik PM daripada PN lengkap Melayu Islam mereka jatuhkan juga sebab katanya derhaka Raja Sekarang nak jatuhkan PM darpada BN pula sebab tak desak Raja bagi pengamp...
Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

Kenapa Lah Rafizi Nak Bongkar Lagi Perasuah Ni Ini Kan Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 152 hits
Mohd Shah RimSapa yang suruh Rafizi Ramli bongkar skandal terowong nak mampus
Orang Umno Sama Macam Orang Islam Di Seluruh Dunia

Orang Umno Sama Macam Orang Islam Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 184 hits
Orang Umno khususnya dan orang Melayu secara amnya sama tabiat macam orang Islam seluruh dunia Mereka memang suka bergaduh sama sama sendiri semenjak dari zaman Nabi lagi
Setakat Ini Sahaja Daddy Dapat Bersama Najib Titip Pesanan Akhir Buat Keluarga

Setakat Ini Sahaja Daddy Dapat Bersama Najib Titip Pesanan Akhir Buat Keluarga

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 164 hits
FMT ReportersBekas perdana menteri Najib Razak mengakui beliau kesal kerana tidak dapat bersama keluarga kerana terikat dengan tanggungjawab PETALING JAYA Setakat ini sahaja yang daddy dapat bersama demikian antara pesanan terakhir dititipk...
Pfi Scandal Rm50 Billion Mastermind Yang Sama Juga Terlibat Orang Melayu Tak Faham Pun Apa Benda Pfi

Pfi Scandal Rm50 Billion Mastermind Yang Sama Juga Terlibat Orang Melayu Tak Faham Pun Apa Benda Pfi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 205 hits
Pembinaan PFI and the Federal Lands Commissioner were tools abused by the government to covertly channel contracts to the well connected without public disclosure even though they were paid for with funds from two pension based agencies Tua...
Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 204 hits
MOHD SHAH RIMPuan Zubaida ni very Najib makan najib minum najib tidur pun najib kau tak boleh argue atau explain kenapa najib bersalah dia akan tetap cakap najib tidak bersalah Ni bukti kekuatan UMNO kerana ramai yang mcm Puan Zubaida Dulu ...
Cara Cakap Pun Sama Wanita Buat Warganet Terkejut Muka Salin Tak Tumpah Macam Fazura

Cara Cakap Pun Sama Wanita Buat Warganet Terkejut Muka Salin Tak Tumpah Macam Fazura

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 187 hits
Pelanduk dua serupa itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan seorang wanita yang menjadi perhatian di TikTok gara gara mirip seperti Fazura Menerusi satu posting di TikTok wanita yang dikenali sebagai Elle itu menceritaka...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik