Takiyuddin Rm1 5 Bilion Kos Pru15 Dua Kali Ganda Ketika Wabak



Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan belanja menjalankan pilihan raya umum ke-15 di ketika wabak Covid-19 boleh menelan anggaran kos dua kali ganda berbanding anggaran kos sebelum pandemik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata peruntukan ini akan menampung kos perolehan peralatan, logistik, elaun dan keperluan lain.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dalam masa terdekat.
“Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian penjalanan pilihan raya tersebut berjalan dengan selamat, lancar dan sempurna terutamanya dalam tempoh pasca Covid-19,” katanya pada jawapan bertulis parlimen untuk sesi Dewan Rakyat sebelum ini yang berakhir pada 17 Disember tahun lalu.
Dia menjawab soalan daripada Su Keong Siong (DAP – Kampar), yang bertanya mengenai persiapan SPR untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang di tengah-tengah wabak, dan berapa kosnya.
“Dari aspek peruntukan, SPR menganggarkan keperluan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi melaksanakan PRU Ke-15 dalam tempoh pandemik Covid-19 yang meliputi perolehan peralatan, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan,” kata Tajuddin.
Sebelum wabak Covid-19, pilihan raya umum 2018 menelan belanja kira-kira RM500 juta, manakala pilihan raya umum berikutnya dianggarkan akan menelan belanja antara RM750 juta hingga RM800 juta.
Terdahulu, dilaporkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta sokongan 189 ketua bahagian Umno dalam satu pertemuan malam tadi untuk mengundurkan diri daripada kerajaan Perikatan Nasional Plus, yang akan mencetuskan pilihan raya umum.
Bagaimanapun, dua menteri kabinet Umno Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, yang bukan anggota Majlis Tertinggi Umno, telah menyuarakan rasa tidak setuju desakan untuk mengadakan pilihan raya.
Hishamuddin berkata dalam keadaan ekonomi sekarang bukanlah waktu terbaik untuk PRU15.
“Kita masih berperang dengan Covid-19. Kes harian masih tinggi. Negara juga sedang dilanda banjir. Ekonomi juga sedang dipulihkan. Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat.
“Pemimpin Umno diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan Covid-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin.
“Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya hari ini.
Khairy pula menyifatkan pihak yang menggesa diadakan PRU15 ketika wabak sebagai tidak bertanggungjawab, berkata dia tahu ada desakan daripada partinya sendiri.
“Jangan pentingkan diri sendiri,” kata MP Rembau.
Majlis tertinggi Umno dijadualkan bermesyuarat pada pukul 8 malam ini untuk membincangkan perkara tersebut dan perkara-perkara lain.
Bagaimanapun, Hishammuddin dan Khairy tidak akan mempunyai suara dalam mesyuarat malam ini.
Sementara itu, Takiyuddin berkata SPR telah mengadakan sesi rundingan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan kelancaran pilihan raya.
Pilihan raya umum ke-15 akan menyaksikan pusat pengundian tambahan didirikan di daerah pengundian dengan jumlah pemilih yang tinggi, dan daftar pemilih dikemas kini secara berkala.
Sebagai tambahan, SPR telah menyiapkan panduan untuk mencegah penyebaran Covid-19 sekiranya terjadi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil (PRK), berdasarkan pengalaman PRK Chini, PRK Slim, dan PRK Sabah.
The post Takiyuddin: RM1.5 bilion – kos PRU15 dua kali ganda ketika wabak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/06/takiyuddin-rm1-5-bilion-kos-pru15-dua-kali-ganda-ketika-wabak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Enam Negeri Jejas Kdnk Rm1 5 Bilion Setiap Hari

Pkp Enam Negeri Jejas Kdnk Rm1 5 Bilion Setiap Hari

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 295 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Melaka Johor dan Sabah yang akan bermula Rabu dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi negara Penganalisis ekonomi Profesor Dr Barjoya...
Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 352 hits
Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura seperti yang diumumkan semalam menyebabkan pembayaran pampasan yang menghampiri jumlah RM1 bilion Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir jumlah yang sang...
Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 237 hits
Gara gara menerima rasuah berjumlah 260 juta bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dikenakan hukuman mati Bekas anggota Parti Komunis China Lai Xiaomin mengaku secara live di televisyen dan menunjukkan peti besi...
Ziela Jadi No Dua Kali Kedua Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jelita

Ziela Jadi No Dua Kali Kedua Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jelita

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 2886 hits
loading Kuala Lumpur Tiada angin tiada rebut tiba tiba sahaja nama penerbit dan pelakon terkenal Datuk Ziela Jalil kembali hangat diperkatakan
Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan Dua Kali Tunda Tarikh Nekad Pilih 2 Januari

Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan Dua Kali Tunda Tarikh Nekad Pilih 2 Januari

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 904 hits
loading Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir atau Nafiz Muaz dengan sekali lafaz selamat nikahi ahli perniagaan
Residivis Kasus Pencopetan Di Kediri Ditangkap Polisi Usai Beraksi 288 Kali

Residivis Kasus Pencopetan Di Kediri Ditangkap Polisi Usai Beraksi 288 Kali

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 308 hits
Ia mengungkapkan jaringan copet lainnya misalnya berasal dari kelompok Malang Jombang hingga Surabaya Korbannya adalah penumpang bus yang lengah
Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 359 hits
Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO tetapi tidak pernah pun selama ini nasihatnya diminta didengari atau dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti itu Bahkan kerana kedudukannya yang tiada fungsi itu tiada...
Setiap Kali Engkau Memberi Maka Engkau Akan Menerima Tanpa Meminta Sekalipun

Setiap Kali Engkau Memberi Maka Engkau Akan Menerima Tanpa Meminta Sekalipun

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Setiap kali engkau memberi maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun Setiap kali engkau memperbaiki niatmu maka Allah akan memperbaiki keadaanmu Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untu...
Nak Pilihanraya Fikir Banyak Kali

Nak Pilihanraya Fikir Banyak Kali

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 252 hits
Hamdan Taha Shafie afdal kalah PRK antara sebabnya rakyat marah ketika covid sedang berluas luasa dia bubar Dun akhirnya dah hilang dari radar Hari ni masih ada parti politik yang tak ambil sabah sebagai pengajaran Bayangkan selepas prk sab...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi