Pampasan Hsr Rm1 Bilion Lebih Baik Beri Kepada Rakyat



Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura seperti yang diumumkan semalam menyebabkan pembayaran pampasan yang menghampiri jumlah RM1 bilion.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, jumlah yang sangat besar itu adalah lebh baiknya sekiranya diberikan kepada rakyat untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik Covid 19.
“Pembatalan projek HSR mengakibatkan kerugian wang pembayar cukai yang dianggarkan kira-kira RM 310 juta yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada Kerajaan Singapura, tidak termasuk kos-kos tambahan yang lain.
“Malah, sumber tidak rasmi menyatakan pampasan, kos pembiayaan dan kerugian kepada pihak tempatan yang terlibat bakal mencecah RM 700 juta, menjadikan kerugian keseluruhan lebih daripada RM 1 bilion.
“Tatkala banyak sektor telah gulung tikar, peluang pekerjaan terhad, pertumbuhan ekonomi bergerak perlahan; kini rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban kerugian begitu besar sedangkan wang rakyat sebanyak itu boleh disalurkan untuk menjana ekonomi dan mampu memberi manfaat kepada rakyat yang terkesan teruk dari segi kewangan akibat Covid-19 .
“Sebagai perbandingan, RM 310 juta pampasan yang dibayar kepada Singapura antaranya boleh djadikan sumbangan kepada 150,000 orang mahasiswa dan pelajar daripada keluarga yang memerlukan komputer riba di seluruh negara untuk mengikuti sesi pembelajaran atas talian.
“Manakala, pampasan kepada pihak tempatan sebanyak RM700 juta lebih bermakna jika dibelanjakan untuk pembangunan usahawan-usahawan muda serta peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Akmal lagi, pembatalan projek itu juga menunjukkan janji kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh dipegang sama sekali.
Sedangkan, katanya, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sebelum ini dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen telah berjanji akan meneruskan projek berkenaan, yang menggambarkan kecelaruan, kelemahan dan tidak kompetennya kerajaan PN.
Sehubungan itu, Akmal menuntut kerajaan PN berlaku jujur dan telus memberikan penjelasan lanjut terhadap keputusan dan akibat pembatalan projek berkenaan.
“Kerajaan PN perlu menjelaskan kerugian sebenar yang perlu ditanggung oleh negara termasuk jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan serta segala pampasan
“Kerajaan juga diminta mengesahkan kebenaran maklumat projek HSR akan diganti dengan Projek MHSR dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan kos anggaran sekita RM 63 bilion hingga RM 65 bilion yang tidak terlalu jauh dengan kos projek HSR, sedangkan projek landasan berkembar elektrik (ETS) dalam pembinaan,” katanya lagi.
Selain itu, Akmal juga menuntut dijelaskan status semasa projek ETS Gemas – Johor Bahru yang sepatutnya siap pada tahun 2022 agar rakyat mengetahui kos sebenar yang terpaksa ditanggung oleh mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31138

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mari Bergerak Bersama Kita Akan Bekerja Lebih Baik Untuk Rakyat Anwar

Mari Bergerak Bersama Kita Akan Bekerja Lebih Baik Untuk Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 292 hits
The present is the past rolled up for action and the past is the present unrolled for understanding Ariel and Will Durant Tahun 2020 kini telah berlalu dan usah pula kita melupakannya terutamanya pengajaran yang kita perolehi Oleh itu dalam...
Tiadalah Yang Lebih Baik Daripada Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Kemaafan

Tiadalah Yang Lebih Baik Daripada Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Kemaafan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 383 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tiadalah yang lebih baik daripada kehidupan yang dipenuhi dengan kemaafan KITA BUAT KITA BAIK ATAU BURUK Bukanlah kerana hari iniIndah kita bahagiaTetapi kerana kita bahagiaHari ini pun menjadi INDAH Alan...
Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 242 hits
Pada 4 Januari 2021Oleh Liew Chin TongBukan sahaja ahli dan sekutu DAP perlu mempunyai kefahaman tentang parti DAP Pengaruh DAP yang signifikan selain kekuatannya di Parlimen hari ini bermakna para pengamal media dan juga orang ramai perlu ...
Mana Yang Lebih Baik Di Antara Mrtt Dan Mltt

Mana Yang Lebih Baik Di Antara Mrtt Dan Mltt

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 410 hits
Mana yang lebih baik di antara MRTT dan MLTT Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru baru ini aku ada buat refinance rumah Percubaan kali pertama untuk buat refinance rumah gagal dek kerana pendapatan aku tergangu oleh wabak covid19 Kemudi...
Ada Baik Pm Letak Jawatan Serah Negara Kepada Yang Lebih Mampu

Ada Baik Pm Letak Jawatan Serah Negara Kepada Yang Lebih Mampu

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 291 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINPerdana Menteri dan pasukan Kabinetnya sudah habis tenaga untuk mengendalikan pandemik Covid 19 Idea pun sudah kering Menteri Kesihatan tidak kelihatan lagi Kita pun tidak tahu dia dan dua timbalannya sedang buat apa dan b...
Pkp Idea Tumpul Tambah 10 000 Kakitangan Kkm Lebih Baik

Pkp Idea Tumpul Tambah 10 000 Kakitangan Kkm Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 389 hits
Idea Kerajaan Perikatan Nasional ingin melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan terhad di Lembang Kelang atau negeri negeri tertentu tidak menyelesaikan rantaian penularan Covid 19 secara menyeluruh Mantan Timbalan Menteri Kesihatan ...
Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 249 hits
Gara gara menerima rasuah berjumlah 260 juta bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dikenakan hukuman mati Bekas anggota Parti Komunis China Lai Xiaomin mengaku secara live di televisyen dan menunjukkan peti besi...
Bayar Rm3 Bilion Tapi Mana Pergi Lebih 23 Juta Vaksin

Bayar Rm3 Bilion Tapi Mana Pergi Lebih 23 Juta Vaksin

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 308 hits
December 23 2020 Bekas pemimpin Umno Datuk Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan apa alasan kerajaan yang didakwa telah membayar RM3 bilion hanya untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid 19 Sedangkan katanya Belgium secara rasmi telah menyebut ...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because