Pkp Enam Negeri Jejas Kdnk Rm1 5 Bilion Setiap Hari



Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) Melaka, Johor dan Sabah yang akan bermula Rabu dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi negara.
Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, ini kerana enam negeri terbabit mengakaunkan lebih 60 peratus pengeluaran Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Kita anggarkan bahawa kesan ekonomi agak besar, mungkin berlaku penurunan lebih RM1.5 bilion sehari dalam kadar KDNK.
“Jika dua minggu PKP dilaksanakan bermakna sekurang-kurangnya RM20 bilion akan hilang dalam tempoh tersebut dan jika ia dilanjutkan sehingga empat minggu lagi, negara boleh kerugian kira-kira RM100 bilion,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Barjoyai, selaku pemerhati ekonomi, beliau menjangkakan PKP akan disambung sehingga empat ke enam minggu lagi.
Beliau berkata, jika hanya dilaksanakan selama dua minggu, ia tidak akan menurunkan kes Covid-19 secara segnifikan.
“PKP adalah kesan berjangka. Sebagai contoh, PKP pada April tahun lalu kesannya hanya boleh dilihat pada bulan Julai dan Ogos.
“Jadi untuk PKP kali ini, kita perlu menganggarkan selepas dua minggu tiada perubahan akan berlaku kerana jumlah kes akan sama tetapi ia dijangka menurun jika tempoh PKP dilanjutkan, sekurang-kurangnya sehingga Mac,” katanya.
Justeru katanya, pihak yang terlibat tidak boleh berasa kecewa, malah tindakan dilaksanakan kerajaan ini juga dilakukan dengan prihatin kerana menganggap nyawa lebih berharga daripada wang ringgit.
Menurutnya, kerajaan juga dilihat sudah bersedia kerana menerusi Belanjawan 2021 sudah diperuntukkan subsidi upah untuk tiga bulan bagi Januari sehingga Mac, sementara untuk bantuan sara hidup juga diberikan untuk tempoh tiga bulan.
“Ini menunjukkan kerajaan melaksanakan PKP dengan berhati-hati di mana peruntukan awal sudah disediakan, jadi tiada keperluan untuk menambah peruntukan.
“Namun jika PKP disambung sehingga selepas Mac, berkemungkinan kerajaan perlu menambah peruntukan kepada belanjawan sedia ada,” katanya.
Ketika mengulas sama ada kerajaan wajar menawarkan moratorium bayaran pinjaman kepada rakyat, Barjoyai berkata, perkara itu sukar dilakukan kerana bank tidak boleh bertahan begitu lama memandangkan selepas enam bulan, institusi kewangan terbabit terpaksa menghapuskan hutang sebagai hutang lapuk.
Sebaliknya, kata beliau, pemberian subsidi elektrik kepada rakyat yang terlibat PKP kali ini adalah wajar.
“Ia boleh diketengahkan kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan TNB sebenarnya mampu untuk menyediakan kemudahan tersebut,” katanya.-SH

The post PKP enam negeri jejas KDNK RM1.5 bilion setiap hari appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/13/pkp-enam-negeri-jejas-kdnk-rm1-5-bilion-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Di Enam Negeri Selama Dua Minggu Bermula 13 Januari Ini Pm

Pkp Di Enam Negeri Selama Dua Minggu Bermula 13 Januari Ini Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 316 hits
Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu dari 13 hingga 26 Januari ini Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan melaksanakan PKP adalah berikutan kes Covi...
Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID 19 yang mencatat empat angka setiap hari Pada 8 Januari lepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismai...
Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Dengan Selamat Di B4u Global Malaysia

Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Dengan Selamat Di B4u Global Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 334 hits
Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Dengan Selamat Di B4U Global MalaysiaB4U Global syarikat pelaburan dari Malaysia memberi peluang jana pasif income setiap hari secara selamat kepada semua para pelaburnya Syarikat B4U sangat telus denga...
Pkp Hukuman Remaja Hantar Pulang Mayat Kekasih Dinaikkan Kepada Rm1 000

Pkp Hukuman Remaja Hantar Pulang Mayat Kekasih Dinaikkan Kepada Rm1 000

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan denda RM100 kepada RM1 000 terhadap seorang remaja lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dengan keluar rumah untuk menghantar pulang mayat teman wanitanya selepas terlibat kem...
Pkp 2 0 Hanya 6 Negeri Terlibat

Pkp 2 0 Hanya 6 Negeri Terlibat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 370 hits
PKP 2 0 Hanya 6 Negeri Terlibat Perintah Kawalan Pergerakan ke 2 telah di umumkan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 PKP 2 0 bermula dari tengah malam 13 Januari 2021 sehingga tengah malam 26 Januari 2021 iaitu dalam tempoh 14 hari K...
B4u Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap Hari

B4u Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 249 hits
B4U Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap HariJika anda tercari cari company investment atau syarikat bagus untuk melabur B4U Global adalah salah satu syarikat yang perlu anda pertimbangkan B4U Global telah ter...
Data Percuma 1gb Setiap Hari Akan Dilanjutkan Sehingga Penghujung April 2021

Data Percuma 1gb Setiap Hari Akan Dilanjutkan Sehingga Penghujung April 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 291 hits
Kerajaan bersama syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan data sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan bagi tujuan produktiviti dan pembelajaran Sebelum ini ia telah diumumkan penawaran internet percuma ini dilanjutkan sehingga Mac 20...
Pm Umumkan Pkp Di 6 Negeri Bermula Rabu

Pm Umumkan Pkp Di 6 Negeri Bermula Rabu

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 713 hits
Berita yang berlegar sejak jumaat lagi hari secara sah Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan aka PKP 2 0 bermula Rabu iaitu 13 hingga 26 Januari 2021 Walaubagaimanapun pelaksanaan PKP ini hanya melibatkan 6 bua...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan