Takhta Dewi Remaja 18 19 Ditarik Haneesya Hanee Profesional Terima Hati Terbuka


Takhta Dewi Remaja 18/19 Ditarik, Haneesya Hanee Profesional & Terima Hati Terbuka. Haneesya Hanee, ditarik gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/19, hari ini. Penarikan gelaran berkenaan telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang dilakukan di Nu Ideaktiv, Shah Alam tengah hari tadi.
Haneesya yang hadir mengenakan pakaian serba hitam dilihat relak, meski bersedih atas apa yang berlaku.
Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman menerusi sidang media tersebut menjelaskan, pemenang tempat kedua pencarian gadis itu, Tia Sarah masih kekal mendukung status sebagai pemenang tempat kedua Dewi Remaja.
Tiada Siapa Ganti
Secara ringkasnya, tiada sesiapa yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu-satu pemenang sahaja.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/19), tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Faveroite.
“Tiada sesiapa daripada mereka yang akan mengganti atau menyandang gelaran tersebut kerana status itu telah jelas milik Haneesya. Tetapi berikutan insiden yang berlaku kami tidak mengambil pendirian untuk tidak meletakkan pengganti bagi kekosongan berkenaan.
“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak mempunyai pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini. Hanya pencarian yang akan datang, kami akan tabalkan penyandang kesepuluh.
“Jadi finalis lain yang mempunyai gelaran akan terus mewakili jenama ini dalam sesi sidang media, bertemu pihak penaja atau sebarang keperluan berkaitan Dewi Remaja pada masa akan datang,” jelas Editor Pengurusan, Fiezreen Ahmad.
Pada masa sama, Faiz mewakili Nu Ideaktiv turut kesal terhadap apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ia terjadi setelah pemenang terbaru dimumkan. Perkara telah pun berlaku dan dirasakan tindakan sewajarnya perlu diambil.
Sementara itu, turut diperjelaskan bahawa video tular berkenaan berlaku sebelum pertandingan akhir berlangsung. Ia terjadi hampir sebulan sebelum malam final. Jadi pada malam kemenangan, individu terlibat berada di rumah bersama keluarga.
“Apapun, pihak kami memuji akan tindakan Haneesya yang mempunyai keberanian dengan tampil secara profesional demi memperbetulkan keadaan. Kami tetap menyokong perjalanannya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini,” tambah Faiz.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.
Mohon Maaf
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya dalam linangan air mata.
Menyifatkan apa yang berlaku menjadikan dirinya lebih kuat dan positif, Haneesya turut meminta netizen supaya tidak menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.
“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” terang Haneesya.
Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.
Selamat maju jaya buat Haneesya dan semoga yang berlaku memberi ruang buatnya untuk terus maju dalam seni.
Sumber: Media Hiburan
The post Takhta Dewi Remaja 18/19 Ditarik, Haneesya Hanee Profesional & Terima Hati Terbuka appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/takhta-dewi-remaja-18-19-ditarik-haneesya-hanee-profesional-terima-hati-terbuka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 892 hits
Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik BalikPengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil meluahkan rasa simpati dan memberi nasihat kepada bekas juara Dewi Rema...
Menangis Di Meletop Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu Jelas Padam Memori Dewi Remaja

Menangis Di Meletop Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu Jelas Padam Memori Dewi Remaja

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 415 hits
Haneesya Hanee semalam menjadi tetamu undangan di program popular MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa bersama perlakon Remy Ishak Siapa sangka bekas juara Dewi Remaja ini menangis apabila memberikan ucapan khas untuk ibunya ketika di program...
Saya Dah Buktikan Yang Saya Boleh Berjaya Haneesya Hanee Raih Gelaran Dewi Remaja 2018 2019

Saya Dah Buktikan Yang Saya Boleh Berjaya Haneesya Hanee Raih Gelaran Dewi Remaja 2018 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1417 hits
Tepati Ramalan Haneesya Hanee Raih Gelaran Dewi Remaja 2018 2019 Selepas melepasi pelbagai halangan dan cabaran Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018 2019 Menepati ramalan gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya mene...
Janna Nick Bagi Pesanan Padu Bagi Haneesya Hanee Yang Dilucutkan Gelaran Dewi Remaja

Janna Nick Bagi Pesanan Padu Bagi Haneesya Hanee Yang Dilucutkan Gelaran Dewi Remaja

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1080 hits
KONTOVERSI bekas juara Dewi Remaja 2018 2019 iaitu Haneesya Hanee yang dilucutkan gelaran kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral mendapat perhatian Janna Nick yang berkongsi nasihat untuk wanita itu Janna berkata dia berharap agar Ha...
Cipta Rekod Haneesya Hanee Pegang Gelajar Dewi Remaja 2018 2019 Selama 72 Jam Sahaja

Cipta Rekod Haneesya Hanee Pegang Gelajar Dewi Remaja 2018 2019 Selama 72 Jam Sahaja

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 613 hits
Cipta Rekod Haneesya Hanee Pegang Gelajar Dewi Remaja 2018 2019 Selama 72 Jam SahajaSelepas terpalit isu kontroversi video tular gelaran Dewi Remaja 2018 2019 yang disandang oleh Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula Kes seper...
Tidak Sampai Sehari Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik Pak Nil Pula Bersuara Dan Luah Sesuatu

Tidak Sampai Sehari Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik Pak Nil Pula Bersuara Dan Luah Sesuatu

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 550 hits
Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil meluahkan rasa simpati dan memberi nasihat kepada bekas juara Dewi Remaja 2018 2019 Haneesya Hanee yang ditarik semula gelaran tersebut ekoran video kontroversi men...
Haneesya Hanee Bukan Lagi Juara Dewi Remaja

Haneesya Hanee Bukan Lagi Juara Dewi Remaja

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 808 hits
MALAYSIAKINI Buat kali pertama penganjur pertandingan Dewi Remaja melucutkan gelaran juara yang dimenangi pesertanya Gelaran Dewi Remaja 2018 2019 milik Haneesya Hanee 18 tahun ditarik balik hari ini atas sebab berlaku pelanggaran kontrak P...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta