Takat Wan Saiful Hangpa Kata Hebat Sangat Gagal Buat Kerja Dalam Kerajaan Dulu Soh Jaga Ptptn Dia Buat Apa


 
Saingan ‘sengit’ jika Wan Saiful pilih bertanding di Lembah Pantai, kata penganalisisMohamad Fadli -October 7, 2022 
Saingan bagi Wan Saiful Wan Jan jika bertanding di Lembah Pantai dikatakan akan menjadi agak sengit kerana Ahli Parlimen semasanya, Fahmi Fadzil, lebih dikenali di kawasan itu.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, saingan akan menjadi “sengit” sekiranya Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memilih untuk bertanding di Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kartini Aboo Talib daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jika Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ingin mempertahankan kerusinya, beliau dilihat sebagai calon pembangkang yang berkaliber.
“Wan Saiful ahli politik yang sangat berbakat dan aktif sebagai aktivis sosial membantu kanak-kanak kurang upaya (autisme). Beliau juga anak jati Kedah,” katanya kepada FMT.
“Beliau pernah memimpin Ideas, badan pengkaji dasar dan dikenali atas platform ini bagi masyarakat bandar. (Namun) untuk beliau bertanding di Lembah Pantai, saingan agak hebat kerana Fahmi Fadzil lebih dikenali di kawasan ini.”
Selasa lepas, FMT melaporkan ketua bahagian Bersatu di Lembah Pantai dan Jerlun mahu mencalonkan Wan Saiful di dua kawasan itu, walaupun sebelum ini beliau dikatakan akan bertanding di Kubang Pasu. Menurut sumber, Wan Saiful mempunyai peluang cerah untuk bertanding di Lembah Pantai atau Jerlun pada PRU15.
Kartini berkata, di Jerlun, Wan Saiful berkemungkinan berdepan Mukhriz Mahathir, justeru akan menghadapi laluan sukar kerana keluarga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sangat dihormati oleh warga Kedah, terutamanya masyarakat Melayu luar bandar.
“Antara dua kerusi ini, saya kira Wan Saiful boleh memilih Lembah Pantai berbanding Jerlun (kerana mempunyai) peluang yang lebih cerah dalam kalangan komuniti bandar,” katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin berpendapat jika Wan Saiful atau mana-mana pemimpin parti politik bertanding di kawasan parti gergasi, agak tipis peluangnya untuk menang.
Hal ini kerana, katanya, mana-mana dominasi parti politik gergasi seperti Umno, DAP, PAS atau PKR telah kembali menguasai arena politik negara.
“Seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor. Ini membuktikan masyarakat tidak berminat dengan isu-isu politik dan jumlah pengundi yang turun amat rendah, maka parti gergasi seperti Umno, DAP, PKR, PAS kemungkinan akan terus memenangi PRU15 jika diadakan dalam masa terdekat,” katanya.
Tambahnya, pemimpin parti atau calon bukan dari parti politik gergasi harus bijak mendorong masyarakat keluar mengundi.
“Di situ kemungkinan wujud peluang tumbangkan calon parti gergasi dalam negara dan membentuk jajaran politik lebih demokratik,” katanya.
Sementara itu, Bilcher Bala daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpendapat Wan Saiful akan tewas jika bertanding di Jerlun atau Lembah Pantai.
“Ini bukan soal hendak tukar parti, tetapi soal kesetiaan (merujuk kepada tindakan Bersatu keluar Pakatan Harapan dan sertai Perikatan Nasional),” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/takat-wan-saiful-hangpa-kata-hebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Gagal Mereka Tidak Pandai Buat Kerja Cuma Pandai Berkata Kata

Mereka Gagal Mereka Tidak Pandai Buat Kerja Cuma Pandai Berkata Kata

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 263 hits
MOHD AFFENDI ABASPH yang berjaya memulihkan Tabung Haji sampai PAS kalah saman fitnah terhadap Dr tetiba PAS claim dia yg berjaya Berjaya apa sampai kos Haji pun naik Nak menipu pun agak agak lah Takkanlah lebai PAS nak menipu Yang kuat men...
Kerajaan Tak Cadang Kekal Pejabat Unhcr Urus Pelarian Kata Menteri

Kerajaan Tak Cadang Kekal Pejabat Unhcr Urus Pelarian Kata Menteri

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 194 hits
Sehingga Mac tahun ini seramai 182 000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara berada di Malaysia dan bilangan tertinggi adalah etnik Rohingya iaitu seramai 156 110 orang PETALING JAYA Kerajaan tidak berhasrat mengekalkan peranan Suruhanj...
Dap Psm Leaders Pour Scorn On Wan Saiful S Attack On Leftist Policies

Dap Psm Leaders Pour Scorn On Wan Saiful S Attack On Leftist Policies

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 191 hits
DAP s P Ramasamy and PSM s S Arutchelvan have come out to pour scorn on Bersatu s Wan Saiful Wan Jan who said that Pakatan Harapan comprised leftist parties based on socialism and was thus incompatible with Malaysia s development Bersatu an...
Ph Berhaluan Kiri Mentaliti Umno Pula Rasuah Kleptokrasi Wan Saiful

Ph Berhaluan Kiri Mentaliti Umno Pula Rasuah Kleptokrasi Wan Saiful

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 177 hits
agendaily com25 09 2022Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan Pakatan Harapan adalah gabungan parti parti yang mendukung ideologi berhaluan kiri dengan DAP dan PKR melaungkan agenda berteraskan sosialisme Ketua Penerangan Bersatu...
Mitos Kerajaan Gagal Yang Gagal

Mitos Kerajaan Gagal Yang Gagal

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 150 hits
Begitu galak sekali pemimpin pembangkang tertentu khasnya daripada Pakatan Harapan cuba membangkitkan emosi kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan memainkan sentimen kerajaan gagal sejak kebelakangan ini Terpampang di laman Twitter seora...
Hiburan Ni La Orang Kata Terpaling Polis Asyik Buat Content Tiktok Waktu Kerja Polis Sebenar Tegur Akak Pb

Hiburan Ni La Orang Kata Terpaling Polis Asyik Buat Content Tiktok Waktu Kerja Polis Sebenar Tegur Akak Pb

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 230 hits
Kadang kala kita ada nampak individu yang bekerja dalam badan beruniform memuat naik video ketika mereka sedang bertugas dan upload di TikTok Malah sebelum ini seorang anggota polis pernah membuat siaran langsung ketika dalam tugasan sehing...
Melaka Sangat Hebat Rosyam Nor Jadi Raja Mendeliar Dalam Filem Tun Teja

Melaka Sangat Hebat Rosyam Nor Jadi Raja Mendeliar Dalam Filem Tun Teja

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 299 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use