Kerajaan Tak Cadang Kekal Pejabat Unhcr Urus Pelarian Kata Menteri


 
Sehingga Mac tahun ini, seramai 182,000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara berada di Malaysia dan bilangan tertinggi adalah etnik Rohingya iaitu seramai 156,110 orang.PETALING JAYA: Kerajaan tidak berhasrat mengekalkan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selama-lamanya dalam menguruskan pelarian dan pemohon suaka di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad.
Ini kerana, katanya, pejabat UNHCR di negara ini menjadi faktor penarik kepada peningkatan kemasukan migran asing untuk mendapatkan perlindungan suaka.
Katanya, kerajaan juga sedang melaksanakan pembaharuan berstruktur terhadap polisi dan dasar sedia ada yang mana ketika ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah agensi bertanggungjawab menyelaras dan mengkoordinasi kementerian dan agensi berhubung perkara itu.
“Arahan MKN No 23 dalam proses penambahbaikan dan penekanan telah diberikan terhadap pengukuhan kepada proses penentuan status pelarian yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, penubuhan jawatankuasa khusus di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan serta penyelarasan sistem sokongan sosial kepada pelarian dan pemohon suaka.
“Pejabat UNHCR berada di Kuala Lumpur bagi menguruskan penempatan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal.
“Bagaimanapun, didapati kehadiran pelarian khususnya dari Myanmar terus meningkat dan penghantaran pulang ke negara asal atau negara ketiga amat rendah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Charles Santiago (PH-Klang) yang meminta kerajaan menjelaskan cadangan MKN supaya pejabat UNHCR ditutup dan pengurusan pelarian diambil alih kerajaan.
Mengulas lanjut, Latiff berkata, sebarang perubahan perlu dilakukan secara berhemah dan ketekunan wajar selain memastikan agensi kerajaan benar-benar bersedia mengambil alih peranan dari UNHCR.
Katanya, ia bagi memastikan tiada lagi keperluan pejabat UNHCR di Malaysia di masa hadapan dan pejabat UNHCR di Thailand atau di Indonesia boleh memainkan peranan lain yang diperlukan oleh mereka berkaitan pelarian di negara ini.
“Kerajaan akan memastikan setiap pihak termasuk UNHCR di Malaysia bekerjasama bagi memastikan negara mempunyai dasar dan perundangan jelas, selaras dan sistematik berkaitan pengurusan pelarian dan pemohon suaka tanpa perlu mempunyai keterikatan dengan apa-apa instrumen antarabangsa,” tegasnya.
Pada 6 Sept, Ketua Pengarah MKN, Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR ditutup susulan badan dunia itu seolah-olah tidak menghormati pihak kuasa tempatan dalam mengeluarkan kad kepada “pelarian”.
Katanya, pelarian mencari perlindungan dengan UNHCR, yang mana kad dikeluarkan tanpa merujuk pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Imigresen.
Sehingga Mac tahun ini, seramai 182,000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara berada di Malaysia dengan etnik Rohingya dari Myanmar adalah tertinggi seramai 156,110 orang.
Beberapa pakar sosial berpandangan, lambakan pelarian berkenaan jika tidak ditangani segera boleh menimbulkan konflik yang teruk kepada negara, terutama kesan ditanggung oleh kerajaan dari sudut kesihatan dan kewangan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/kerajaan-tak-cadang-kekal-pejabat-unhcr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutup Pejabat Tak Bermaksud Putus Hubungan Dengan Unhcr Kata Menteri

Tutup Pejabat Tak Bermaksud Putus Hubungan Dengan Unhcr Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 256 hits
Tutup pejabat tak bermaksud putus hubungan dengan UNHCR kata menteri Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Oct
Malaysia Perlu Ambil Iktibar Rusuhan Perlawanan Bola Sepak Kata Menteri

Malaysia Perlu Ambil Iktibar Rusuhan Perlawanan Bola Sepak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 343 hits
Malaysia perlu ambil iktibar rusuhan perlawanan bola sepak kata menteri nbsp Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pa
Eksport Ayam Mungkin Dibenarkan Semula Kata Timbalan Menteri

Eksport Ayam Mungkin Dibenarkan Semula Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 251 hits
Eksport ayam mungkin dibenarkan semula kata timbalan menteri Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Oct 2022 7 1
Naik Taraf Hospital Klinik Kesihatan Daif Di Luar Bandar Kata Menteri

Naik Taraf Hospital Klinik Kesihatan Daif Di Luar Bandar Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 227 hits
Naik taraf hospital klinik kesihatan daif di luar bandar kata menteri Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Oc
Tak Boleh Nak Hadap Menteri Bodoh Team Bebal Kementerian Sengal Tular Staff Pejabat Menteri Luah Rasa Geram Di Linkedin

Tak Boleh Nak Hadap Menteri Bodoh Team Bebal Kementerian Sengal Tular Staff Pejabat Menteri Luah Rasa Geram Di Linkedin

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 385 hits
Tak boleh hadap menteri bodoh team bebal kementerian sengal demikian luahan seorang lelaki yang dipercayai kakitangan awam tular di media sosial mengundang banyak reaksi netizen Menurut lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai AAMS 26 b...
Takat Wan Saiful Hangpa Kata Hebat Sangat Gagal Buat Kerja Dalam Kerajaan Dulu Soh Jaga Ptptn Dia Buat Apa

Takat Wan Saiful Hangpa Kata Hebat Sangat Gagal Buat Kerja Dalam Kerajaan Dulu Soh Jaga Ptptn Dia Buat Apa

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 363 hits
Saingan sengit jika Wan Saiful pilih bertanding di Lembah Pantai kata penganalisis October 7 2022 Saingan bagi Wan Saiful Wan Jan jika bertanding di Lembah Pantai dikatakan akan menjadi agak sengit kerana Ahli Parlimen semasanya Fahmi Fadzi...
Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat

Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 190 hits
PUTRAJAYA Bahang Pilihan Raya Umum ke 15 kian terasa apabila beberapa pegawai lantikan politik di kementerian bertindak mengosongkan bilik masing masing bermula hari ini Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa pembubaran P...
Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 259 hits
Anggota Kabinet Saifuddin Abdullah mengingatkan Ismail Sabri Yaakob supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat susulan kenyataan perdana menteri itu yang menyelar 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun