Mitos Kerajaan Gagal Yang Gagal


 

Begitu galak sekali pemimpin pembangkang tertentu khasnya daripada Pakatan Harapan (PH) cuba membangkitkan emosi kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan memainkan sentimen kerajaan gagal sejak kebelakangan ini.
Terpampang di laman Twitter seorang Ahli Parlimen DAP baru-baru ini kenyataan berbunyi bahawa kerajaan sekarang adalah “sebuah kerajaan gagal yang tiada hala tuju tanpa komitmen untuk melakukan perubahan”.
Di laman Twitter Ahli Parlimen DAP yang sama juga terpampang gesaan berbunyi “Marilah kita bersiap sedia memastikan kerajaan gagal hari ini diganti dengan kerajaan baru PH yang bersih, cekap dan berintegriti”.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Meletakkan kejatuhan nilai RM ke paras paling teruk berbanding USD sebagai pengukur bahawa kerajaan sekarang adalah “sebuah kerajaan gagal” bukanlah satu tindakan yang betul malah terpesong daripada hakikat sebenar.
Beberapa pakar ekonomi seperti Zakariah Abdul Rashid dan Barjoyai Bardai telah berkali-kali menjelaskan bahawa kejatuhan nilai RM berbanding USD tidak bermakna Malaysia telah terbenam jauh dalam kegawatan.
Keadaan ini berlaku disebabkan ketidaktentuan persekitaran ekonomi global, khususnya tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedahnya menyebabkan banyak negara di dunia mengalami penurunan mata wang jauh lebih teruk berbanding kejatuhan nilai RM.
Untuk melunakkan gejala kemerosotan ekonomi, kerajaan telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) secara berdikit-dikit agar beban isi rumah penghutang terbendung sambil kemerosotan kesejahteraan isi rumah keseluruhan ditangani melalui pemberian subsidi.
Memang mudah untuk pihak pembangkang membuat tuduhan terhadap kerajaan kerana mereka sekadar perlu menyalahkan dan menyalakan sentimen serta api kemarahan rakyat sahaja tanpa perlu menyediakan apa-apa pelan sendiri untuk mengatasi masalah dibangkitkan.
Begitupun, mujurlah majoriti rakyat negara hari ini masih berfikiran waras dan tidak segera melompat ke jalanan untuk berdemonstrasi menentang kerajaan seperti berlaku di sesetengah negara lain kerana keadaan ekonomi di negara kita tidaklah seteruk negara mereka.
Rata-rata rakyat di negara kita masih sedar keadaan sebenar yang wujud bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia juga yang kerajaannya terpaksa berdepan pelbagai cabaran besar bagi memulihkan negara masing-masing dalam era pasca pandemik Covid-19.
Sehubungan itu, kita perlu berlaku adil terhadap kerajaan sendiri dengan melihat kepada pengukuran dibuat beberapa agensi asing berwibawa yang menunjukkan keadaan di negara kita tidaklah seburuk didakwa malah sebenarnya meningkat dengan baik sekali.
Sebagai contoh pada Februari 2022, laporan Indeks Demokrasi 2021 dikeluarkan Economist Intelligence Unit (EIU) menempatkan Malaysia di tempat ke-39 daripada 167 negara dan wilayah di seluruh dunia mengenai kedudukan demokrasinya.
Kedudukan demokrasi di Malaysia jelas terus segar-membugar dari semasa ke semasa, di mana bermula daripada 5.98 mata (daripada 10.00 mata) pada 2006, ia menaik menjadi 7.16 mata pada 2019, 7.19 mata pada 2020 dan 7.24 mata pada 2021.
Adalah membanggakan bahawa Malaysia berada pada tempat tertinggi dalam kalangan seluruh anggota Asean, mengatasi negara jiran seperti Indonesia yang memperoleh 6.71 mata, Filipina (6.62 mata), Singapura (6.23 mata) dan Thailand (6.04 mata).
EIU mengukur tahap demokrasi di sesebuah negara daripada lima aspek, iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, keberfungsian kerajaan, penglibatan politik, budaya politik demokrasi dan kebebasan sivil.
Secara puratanya Malaysia mendapat mata amat tinggi, khususnya dalam aspek proses pilihan raya dan pluralisme, iaitu 9.58, dalam aspek keberfungsian kerajaan, iaitu 7.86, dan dalam aspek penglibatan politik, iaitu 7.22.
Dalam tempoh singkat, banyak sekali pembaharuan dilakukan kerajaan sekarang, termasuk menghormati kebebasan institusi kehakiman, memperkasakan kedudukan institusi Parlimen, dan meluluskan pelbagai rang undang-undang signifikan.
Dalam bulan Jun 2022 pula, laporan Global Peace Index (GPI) 2022 dikeluarkan Institute of Economics and Peace (IEP) Australia menempatkan Malaysia di tempat ke-18 daripada 163 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Tempat ke-18 ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak GPI ini bermula pada 2008, berbanding 2016 (tempat ke-37), 2017 (tempat ke-35), 2018 (tempat ke-31), 2019 (tempat ke-25), 2020 (tempat ke-24) dan 2021 (tempat ke-23).
GPI diukur menggunakan tiga domain.
Domain pertama, Ongoing Domestic and International Conflict, mengukur tahap dalam mana sesebuah negara terlibat dalam konflik dalaman dan konflik antarabangsa.
Domain kedua, Societal Safety and Security, menilai tahap keharmonian atau perbalahan dalam negara. Sesebuah negara dikira sebagai aman jika ia mempunyai kadar jenayah yang rendah, aktiviti keganasan dan demonstrasi ganas yang minimal, hubungan baik dengan negara jiran, keadaan politik yang stabil serta hanya sejumlah kecil rakyat terpinggir atau menjadi pelarian.
Domain ketiga, Militarisation, pula mengkaji tahap pembinaan ketenteraan dan akses kepada persenjataan yang dimiliki oleh sesebuah negara.
Syukur sekali kerana Malaysia tidak terlibat dalam mana-mana konflik dalaman dan konflik antarabangsa yang serius. Begitu juga dengan tahap pembinaan ketenteraan dan akses kepada persenjataan yang rendah.
Lebih bermakna lagi, Malaysia mempunyai skor amat baik dari sudut Societal Safety and Security. Kita umpamanya mempunyai hubungan yang baik dengan negara jiran serta tidak berdepan aktiviti keganasan dan demonstrasi ganas.
Malah, dari sudut kestabilan politik sekalipun, walaupun negara kita menyaksikan dua kali berlaku pertukaran kerajaan pada 2020 dan 2021, mengikut kriteria GPI kita boleh ditakrifkan sebagai masih stabil kerana, umpamanya, kita tiada risiko kekacauan sosial yang besar.
Tidak syak lagi, kestabilan politik ini terhasil daripada gagasan Keluarga Malaysia ilham Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang telah berupaya menjaga keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Sebab itulah juga amat wajar dan bertepatan sekali bila perdana menteri bercakap mengenai soal keamanan dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 pada 23 Sept lalu. - FMT
Kamarul Zaman Yusoff adalah pegawai khas perdana menteri.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/mitos-kerajaan-gagal-yang-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapakah Ph Perlu Melakukan Kempen Kerajaan Melayu Sebagai Kerajaan Gagal

Mengapakah Ph Perlu Melakukan Kempen Kerajaan Melayu Sebagai Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 128 hits
Tommy Thomas mencadangkan pembangkang gunakan isu kerajaan Melayu sebagai gagal untuk kempen PRU15 Baca di sini https bit ly 3eXnkyC Sebagai seorang yang membenci perkauman aku sebenarnya terkejut dengan kenyataan Tommy ini Sekali imbas ken...
Tommy Thomas Bidas Kerajaan Melayu Gagal

Tommy Thomas Bidas Kerajaan Melayu Gagal

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 203 hits
Bekas peguam negara itu menasihati PH tentang cara menghadapi PRU15 Bekas peguam negara Tommy Thomas menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan tumbang pada 2020 mengatakan ia menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi et...
Kerajaan Gagal Dari Segi Apa

Kerajaan Gagal Dari Segi Apa

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 136 hits
Apabila pengkritik Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan gagal dari segi apa kerajaan gagal
Hasut Pecah Belah Elok Kerajaan Keluarga Malaysia Pecat Hadi Awang

Hasut Pecah Belah Elok Kerajaan Keluarga Malaysia Pecat Hadi Awang

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 134 hits
Ucapan dan tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang kebelakangan ini telah sampai ke tahap memecah belah antara kaum dan keharmonian masyarakatOleh itu Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mencadangkan beliau dipecat daripada sebarang jawatan ya...
Kebebasan Media Kerajaan Bn Pn Jangan Ulangi Zaman Gelap Media Sebelum Ini

Kebebasan Media Kerajaan Bn Pn Jangan Ulangi Zaman Gelap Media Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 127 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjanjikan kebebasan media tidak harus mengundur ke belakang pada ulang tahun pemerintahan beliau Bagi Ketua ketua Penerangan Pakatan Harapanm sikap terbaharu pentadbiran PM I...
Skim Mysalam Bantuan Insentif Rm700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan L Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera

Skim Mysalam Bantuan Insentif Rm700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan L Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 203 hits
Skim MySalam Bantuan Insentif RM700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan l Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera Sambung tulis Pendahuluan Kerajaan Malaysia sentiasa membantu dan terus komited untuk memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia Isu sekara...
Semua Adun Pas Di Pahang Tak Terima Peruntukan Kerajaan Sejak Awal Tahun

Semua Adun Pas Di Pahang Tak Terima Peruntukan Kerajaan Sejak Awal Tahun

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 152 hits
KUANTAN PAS Pahang mengesahkan kesemua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu sudah tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak awal tahun ini Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata bagaimanapun ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha