Tak Tegas Punca Akta 355 Tertangguh Sekian Lama


Berkemungkinan sikap tidak tegas dan berani Ahli Parlimen beragama Islam punca Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 masih tertangguh sehingga ke hari ini.
Presiden Parti BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim mengakui kecewa kerana Ahli Parlimen majoritinya beragama Islam, tetapi mereka seolah-olah melebihkan agenda politik berbanding menegakkan hukuman kesalahan jenayah syariah.

“Kita gagal membentuk sebuah negara Islam sekiranya ahli politik takut untuk bertegas, mereka patut dahulukan agenda agama demi bangsa.

“Akta 355 ini sudah lama dicadangkan, tetapi apabila ada Ahli Parlimen yang lebih rela menjaga persahabatan dan politik semata-mata, akhirnya mengabaikan hak sebenarnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Difahamkan, pindaan Akta 355 adalah bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Setakat ini mengikut Akta 355, hukuman yang dikenakan adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Atas dasar itu, Ustaz Zamani turut menasihatkan Ahli Parlimen bukan Islam supaya membuktikan sumpah yang dilakukan di hadapan Yang Dipertuan Agong ketika menerima lantikan dahulu, untuk terus menjunjung Perlembagaan, selain sedar mereka berada di bawah pentadbiran negara Islam.

“Ini masanya, buktikan sumpah tersebut dengan menghayati Perlembagaan dan bukan hanya beri sokongan di atas kertas sahaja.

“Jangan pula ada yang membantah Akta 355 apabila dibentangkan kelak,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan, kerajaan telah bercadang untuk menggubal 11 undang-undang syariah utama.

Katanya, ia termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan undang-undang syariah subsidiari.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan tersebut,” katanya.

Pada 26 Mei 2016, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang pernah membentangkan Akta 355 sebagai RUU persendirian di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/tak-tegas-punca-akta-355-tertangguh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekian Lama Diburu Akhirnya Sajat Ditahan

Sekian Lama Diburu Akhirnya Sajat Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 263 hits
MALAYSIA DATELINEUsahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu Sajat yang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah ...
Isu Istana Lama Hendak Dilelong Muhaimin Dedah Satu Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan Ditubuh

Isu Istana Lama Hendak Dilelong Muhaimin Dedah Satu Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan Ditubuh

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 349 hits
September 28 2021Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk IntanHujan renyai renyai malam Selasa ini mengiringi diskusi kami bagi masa hadapan pekan dalam menghargai khazanah bangsa Tidur dan berehat rehat bukanlah pilihan kami waktu begini K...
Umrah Mungkin Dibenar Tak Lama Lagi Idris Ahmad

Umrah Mungkin Dibenar Tak Lama Lagi Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 255 hits
Umat Islam di negara ini dijangka dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat selepas kerajaan meneliti beberapa perkara sebelum ia dimuktamadkan nanti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata Majlis Keselamatan Negara M
Lama Hotel Sepi Mungkin Ada Yang Menghuni Apa Patut Kita Lakukan

Lama Hotel Sepi Mungkin Ada Yang Menghuni Apa Patut Kita Lakukan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 277 hits
Bertapa seronoknya rakyat Malaysia apabila kerajaan Malaysia mengumumkan untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk travel melalui Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi Namun perlu kita sedar bahawa banyak lokasi serta hotel hotel...
Kejutkan Umno Lama Daripada Koma Langkah Terbaik Ku Li

Kejutkan Umno Lama Daripada Koma Langkah Terbaik Ku Li

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 330 hits
mykmu netSebaran Kejutkan Umno lama daripada koma langkah terbaik Ku LiLangkah terbaik untuk mengembalikan semula semangat perjuangan asal Umno adalah dengan mengejutkan semula Umno lama yang masih dalam koma kata Ahli Parlimen Gua Musang T...
9 Trik Bijak Dapat Elak Anda Peruntukkan Masa Membeli Barang Dapur Untuk Tempoh Lama

9 Trik Bijak Dapat Elak Anda Peruntukkan Masa Membeli Barang Dapur Untuk Tempoh Lama

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 307 hits
Memang tak dinafikan tugas tugas membeli barangan dapur memang menuntuk waktu yang agak lama Nak beli 2 atau 3 barang sahaja tapi selalu tersasar ke tempat lain nak nak kalau anda membeli barang dapur di shopping mall Silap silap barang yan...
Sayur Tak Layu Kering Dengan Cara Ni Confirm Tak Membazir Lagi Tahan Lama

Sayur Tak Layu Kering Dengan Cara Ni Confirm Tak Membazir Lagi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 507 hits
Daun daunan herba tidak dinafikan begitu membantu menyedapnya masakan kita Kalau daun herba tidak ada boleh jadi masakan kurang rasanya Pun begitu daun herba seperti daun ketumbar daun kunyit daun sup daun limau purut dan seangkatannya cepa...
10 Dekorasi Ruang Keluarga Dengan Beragam Cara Bikin Betah Lama Lama

10 Dekorasi Ruang Keluarga Dengan Beragam Cara Bikin Betah Lama Lama

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 394 hits
Meski nggak ada TV nya bakal tetap betah kalau ruang keluarganya seperti ini
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025