Tak Tahan Duduk Sana Hari Hari Kena Abang Allahyarham Dakwa Adik Selalu Kena Ragging



Ahli keluarga Abdul Aziz Aznam, 20, anggota tentera yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor semalam, mahu siasatan kejadian itu dijalankan dengan adil

Abang mangsa, Mohamad Amirulnaim Aznam, 23, berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya, namun meletakkan harapan tinggi agar kematian adiknya itu terbela

"Harap pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat siasat dengan betul dan telus mengikut undang-undang, biarlah ada keadilan dalam siasatan itu nanti

"Buat masa ini, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana tidak tahu kedudukan sebenar kejadian, jadi kami serahkan sepenuhnya kepada polis dan tentera untuk menyiasat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini hari ini

Mohamad Amirulnaim berkata, sebelum ini, arwah pernah menyatakan hasrat berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan kena 'ragging'

Bagaimanapun katanya, mereka menganggap ia bukan satu masalah yang serius dan menasihati arwah untuk terus bertahan

"Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena, tapi kami anggap itu perkara biasa, sehinggalah arwah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk di sini selama lebih enam bulan


"Sepanjang tempoh dia di rumah, dia nampak betul-betul ceria, tolong mak dan adik beradik lain buat kerja, jadi bila dia beritahu sekali lagi yang dia nak berhenti, kami tak sampai hati dan bersetuju dengan keputusannya itu," katanya

Dia berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu pulang ke kem pada 28 Ogos lalu untuk melapor diri dan dengan harapan dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan

"Saya dan mak yang hantar dia sampai ke pintu kem, bila semuanya selesai kami pun pulang, tapi tak sampai 24 jam, keesokan pagi sekitar jam 3 pagi saya dapat panggilan yang adik jatuh dari tingkat tiga bangunan

"Saya dan mak menyusul ke hospital dan ketika itu keadaan adik sungguh menyayat hati, dia dah tak sedarkan diri," katanya

Beliau berkata, Allahyarham mula menjalani latihan pada 2018 lalu dan memang bercita-cita untuk menjadi anggota tentera kerana mahu mengikut jejak arwah bapa mereka, Aznam Ariffin yang meninggal dunia dua tahun lalu

Menurutnya, sebelum kembali ke kem, arwah menyimpan motosikal kesayangannya di dalam bilik, seolah-olah petanda dia tidak akan pulang lagi

"Kami reda dengan kejadian ini, namun sedikit terkilan kerana kami hantar dia dalam keadaan yang sihat, tetapi pulang dengan keadaan begini pula," katanya

Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, malam ini selepas urusan bedah siasat selesai di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, Johor

Allahyarham Abdul Aziz menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang semalam selepas sembilan hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan

Anggota tentera itu dipercayai bertindak terjun dari bangunan berkenaan akibat tidak tahan menjadi mangsa buli di kem terbabit

Menurut perkongsian laman sosial Facebook milik Adin Rashid, Abdul Aziz dilaporkan tidak hadir bertugas sejak enam bulan lalu sebelum diarahkan lapor diri ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai dilapor berkata, siasatan pihak polis masih diteruskan dari semua aspek untuk mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian
Sumber: Sinar harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/32Z8az2
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/09/tak-tahan-duduk-sana-hari-hari-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Nekad Rempuh Tahan Pencuri Kereta Adik

Abang Nekad Rempuh Tahan Pencuri Kereta Adik

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 311 hits
PENGADU merempuh kereta Perodua Myvi milik adiknya yang dicuri Kuala Lumpur Seorang lelaki nekad memandu melawan arus dan merempuh kereta milik adiknya yang dicuri Ogos lalu selepas terserempak dengan kenderaan itu di Jalan Ampang di sini A...
Disebakan Wajah Bapa Awet Muda Dua Beranak Ini Sering Disangka Abang Amp Adik

Disebakan Wajah Bapa Awet Muda Dua Beranak Ini Sering Disangka Abang Amp Adik

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 236 hits
Zaman sekarang ini berlumba lumba orang nak nampak muda dan menawan tapi ada juga golongan orang yang memang sudah semula jadi awet muda tanpa menjalani rawatan kosmetik Seperti kisah seorang gadis ini apabila bapanya menjadi perhatian neti...
Fasha Kongsi Reaksi Anak Jumpa Adik Lamanya Abang Kakak Tunggu

Fasha Kongsi Reaksi Anak Jumpa Adik Lamanya Abang Kakak Tunggu

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 259 hits
Day 1 Aisha Amaira Memandangkan hari ni hari merdeka sambil ibu sedang bertungku ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira Kenangan hari pertama muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha source
Lamanya Abang Kakak Tunggu Baby Girl Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak Anak Jumpa Adik

Lamanya Abang Kakak Tunggu Baby Girl Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak Anak Jumpa Adik

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 208 hits
Selain ibu dan ayah adik beradik yang lain merupakan orang yang paling gembira menerima kehadiran setiap bayi baru dalam keluarga Itulah reaksi anak anak pelakon Fasha Sandha Putra Rayfal dan Puteri Rasha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu...
Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng On The Spot

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng On The Spot

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 206 hits
Setiap pagi ketika kita memandu ke tempat kerja pasti ada sahaja kenderaan yang tidak sabar untuk sampai ke destinasi Mereka mengambil kesempatan dengan memotong di laluan kecemasan yang pastinya membahayakan pengguna jalan raya yang lain R...
Abang Sanggup Lawan Arus Rempuh Selepas Terserempak Dengan Kereta Milik Adik Yang Dicuri

Abang Sanggup Lawan Arus Rempuh Selepas Terserempak Dengan Kereta Milik Adik Yang Dicuri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 220 hits
Sebuah kereta Perodua Myvi telah dicuri pada Ogos lalu di Jalan Sikamat Negeri Sembilan Baru baru ini abang kepada pemilik kereta itu sanggup melawan arus dan merempuh kereta tersebut selepas ternampak kereta milik adiknya itu dekat atas ja...
Buatlah Pemeriksaan Selalu Isteri Kongsi Suami Meninggal Dunia Selepas 26 Hari Demam Selepas Dikesan Hidap Kanser

Buatlah Pemeriksaan Selalu Isteri Kongsi Suami Meninggal Dunia Selepas 26 Hari Demam Selepas Dikesan Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 202 hits
Kanser sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan kurang pengambilan buah buahan dan sayuran kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan tembakau serta alkohol Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia kira kira 30 hingga 50 pe...
Abang Hilang Lama Adik Rebut Kakak Ipar Konflik Buat When I Was The Most Beautiful Catat Rating Terbaik

Abang Hilang Lama Adik Rebut Kakak Ipar Konflik Buat When I Was The Most Beautiful Catat Rating Terbaik

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 367 hits
Tak sangka naskhah melodrama mampu membuatkan hati penonton berdebar dan tak senang duduk Begitulah perasaan semua yang menonton drama When I Was The Most Beautiful Sinopsis ringkas Membawa kisah Oh Ye ji iaitu seorang wanita yang naif dan ...
Sejarah Yang Dihitamkan Aurangzeb Raja India Yang Warak

Atlet Badminton Kebangsaan Goh V Shem Duta Vanilla Mille Crepe

Anwar Protests Getting Monthly Rm33 5k Minister Perks Vows To Donate Paycheck

Tak Jadi Bunuh Diri Sebab Panas

Tindakan Ph Batal Semakan Batu Puteh Beri Kesan Kepada Negara

Ramai Tertanya2 Ini Komen Siti Saleha Lepas Fail Percer4ian

Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

Locals Not Keen To Work In Plantations Despite Lucrative Income Minister



8 Kisah Perompak Barat Yang Ultra Tolol

Biodata Shashic Iewan Pelawak Gagap Peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2021

Kisah Wanita Paling Berani Di Amerika Ida Lewis

8 Barang Utama yang Didagangkan Melalui Laluan Sutera Silk Road

7 Baka Anjing Dengan Jangka Hayat Paling Panjang


Ramai Teruja Tengok Wanita Test Kedalaman Blue Pool Sempat Bersantai Pula Di Dasar Perkara Asas Kena Tahu Berenang

Video Penangan Bibir Tebal Member Terus Merem4ng Dikvcup Harris Annuar

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Pandora Papers Amk

Chinese Involvement In Agriculture In 19th Century Malaya

Sunday Jokes 77

Glamer Sekejap Masuk Harian Metro