Tak Sesuai Pru Tahun Ini Met Malaysia


hmetro.com.my
Sri Ayu Kartika Amri
[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, PRU-15 tidak wajar dilakukan tahun ini khususnya dalam keadaan perubahan iklim yang sedang berlaku.

"Jika mengambil kira pandangan kami daripada komuniti pengurusan bencana, secara umumnya kami tidak menggalakkan untuk diadakan PRU15.

"Ini kerana dalam tempoh peralihan MTL akan banyak lokasi di seluruh Malaysia menghadapi kemungkinan bencana banjir.

"Oleh itu, dari segi kesesuaian cuaca memang tidak membantu untuk diadakan pilihan raya kerana kita banyak bergantung kepada keadaan cuaca," katanya pada sesi soal jawab di Forum Iklim Kebangsaan: Monsun Timur Laut 2022/2023 anjuran MET Malaysia secara maya di sini, hari ini.

Forum itu dirasmikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan antara panel yang hadir termasuk Timbalan Pengarah (SME) Seksyen Pakar dan Nasihat Teknikal Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ir Dr Asnor Muizan Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Persediaan Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri, Jamil Derus Ahmad.

Dr Mohd Hisham berkata, MTL dijangka bermula pada pertengahan November 2022 dan berakhir pada Mac 2023.

Menurutnya, dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang signifikan dan boleh mendatangkan banjir dijangka berlaku semasa fasa aktif MTL iaitu dari November 2022 hingga Januari 2023.

"Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku antara November hingga Disember 2022. Manakala, mulai Disember 2022 hingga Februari 2023, episod hujan lebat berterusan dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, hujan lebat berterusan juga boleh berlaku di negeri pantai barat sekiranya luruan monsun kuat dan atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara dan kebanyakan tempat dijangka menerima jumlah hujan bulanan pada paras purata pada MTL 2022/2023," katanya.

Dalam pada itu, MET Malaysia turut melancarkan myMETdata, portal permohonan data meteorologi secara dalam talian yang dibangunkan oleh jabatan itu.

Selari dengan saranan kerajaan ke arah pendigitalan sektor awam dan dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, MET Malaysia sudah mempelbagaikan saluran dengan membangunkan portal permohonan data meteorologi secara dalam talian selain dari permohonan di kaunter dan e-mel.

Matlamat utamanya adalah untuk memudahkan orang awam mengenal pasti serta memilih lokasi stesen yang dikehendaki dan menyemak kebolehdapatan data yang ingin dimohon.

Pelbagai data meteorologi disediakan merangkumi data pencerapan cuaca seperti hujan, suhu udara, kelembapan relatif dan angin manakala data pencerapan alam sekitar seperti hujan asid, aerosol dan zarah terampai bagi stesen terpilih juga boleh dibekalkan.

Di samping itu, data mentah (raw data), imej bagi radar dan satelit serta data kejadian seismik bagi kawasan yang mempunyai liputan stesen juga dapat diperolehi manakala orang awam juga boleh memohon pembekalan maklumat ramalan cuaca serta amaran mengikut lokasi pilihan pelanggan.

Melalui myMETdata, orang awam boleh membuat permohonan dalam talian tanpa perlu ke kaunter dan data yang siap diproses boleh dihantar secara terus kepada pelanggan melalui sistem selepas pelanggan mengemas kini maklumat bayaran.

Dengan ini, myMETdata menyediakan pusat belian data meteorologi dan perkhidmatan tempahan yang lebih mesra pengguna, mudah dan selamat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/tak-sesuai-pru-tahun-ini-met-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesej Agong Tidak Sukar Difahami Pru Tidak Sesuai Diadakan Tahun Ini

Mesej Agong Tidak Sukar Difahami Pru Tidak Sesuai Diadakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 186 hits
Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara bolehlah kita sifatkan sebagai payung yang amat prihatin kepada seluruh rakyat dan apa jua keadaan semasa dalam negara ini Di ketika UMNO dilihat begitu terdesak dengan tidak habis habis menekan Perd...
Ketika Pm Menghadap Agong Menteri Ini Dakwa Majoriti Kabinet Tak Setuju Pru 15 Tahun Ini

Ketika Pm Menghadap Agong Menteri Ini Dakwa Majoriti Kabinet Tak Setuju Pru 15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 364 hits
DANIAL HAKIMKetika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong seorang menteri mendakwa majoriti jemaah menteri sebelum itu telah memberi pandangan kepada Perdana Menteri supaya Pilihan Raya Umum ke 15 tidak diadakan tahu...
Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni Ha Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka Biasanya kalau kanak kanak yang ...
Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 50 Kilang Wang Bank Negara Malaysia

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 50 Kilang Wang Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 315 hits
Embargo Untuk siaran segera28 Sep 2022Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Kilang Wang yang ke 50 Kilang Wang yang ditubuhkan pada 10 Julai 1971 merupakan penempa ...
Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 254 hits
PENETAPAN TARIKH PRU 15 KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susu...
Sumbangan Buku Dan Mainan Sempena Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022

Sumbangan Buku Dan Mainan Sempena Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum wbt shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Orang Awam Jangan Bimbang Dengan Amaran Cuaca Buruk Oleh Kedutaan A S Met Malaysia

Orang Awam Jangan Bimbang Dengan Amaran Cuaca Buruk Oleh Kedutaan A S Met Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 189 hits
Jabatan Metereologi Malaysia hari ini memaklumkan orang awam untuk tidak merasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat kepada rakyat mereka di negara ini Orang awam di
Met Malaysia Keluar Notis Amaran Amp 039 Waspada Amp 039 Untuk Penduduk Di Sabah Dan Sarawak

Met Malaysia Keluar Notis Amaran Amp 039 Waspada Amp 039 Untuk Penduduk Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 151 hits
Jabatan Metereologi Malaysia hari ini telah mengeluarkan notis amaran hujan berterusan terhadap penduduk yang tinggal di Sabah terutamanya kepada penduduk penduduk yang tinggal di kawasan kawasan berikut Sabah Pedalaman Kual
Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 231 hits
BORHAN AHMADHubungan antara Pas dengan Umno semakin genting apabila menolak cadangan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini dengan mengarahkan tiga negeri di bawahnya tidak membubarkan Dewan Negeri masing masing Timbalan Pre...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara