Mesej Agong Tidak Sukar Difahami Pru Tidak Sesuai Diadakan Tahun Ini


 
Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara bolehlah kita sifatkan sebagai payung yang amat prihatin kepada seluruh rakyat dan apa jua keadaan semasa dalam negara ini.
Di ketika UMNO dilihat begitu terdesak dengan tidak habis-habis menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar segera mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen, mesej baginda amat jelas dan mudah sekali untuk difahami.
Pada Khamis lalu, di mana pada sebelah petangnya Ismail Sabri dijadual menghadap baginda, di paginya baginda telah berkenan meluangkan masa melawat Pusat Amaran dan Bencana Negara untuk mendapat taklimat mengenai keadaan semasa berkaitan banjir yang mungkin melanda seluruh negara pada hujung tahun ini.
Lawatan itu bukan saja menunjukkan keprihatinan baginda berkenaan keadaan banjir di ketika UMNO tidak habis-habis mendesak agar PRU disegerakan, malah memberi isyarat atau mesej bahawa menangani banjir jauh lebih penting daripada baginda membenarkan berlakunya agenda perebutan kuasa.
Berikutan itu, Ismail Sabri yang tujuan utama beliau menghadap itu ialah untuk memaklumkan berkenaan kertas kabinet dan Belanjawan 2023 berikutan kedua-duanya akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu hari Jumaat, lantas memberitahu soal pembubaran Parlimen hanya akan dipersembahkan kepada Agong jika beliau sempat berbuat demikian.
Ini kerana, katanya banyak perkara berkaitan kepentingan negara akan didahulukan dalam majlis menghadap itu.
Kemudian, sebagaimana dilaporkan media, soal pembubaran Parlimen tidak disentuh langsung dalam majlis menghadap itu.
Seterusnya, oleh kerana soal pembubaran Parlimen tidak disentuh dalam majlis menghadap itu, malah kemudian Ismail Sabri bertemu pula dengan kepimpinan Top 5 UMNO di WTCKL, khabar angin segera bertebaran bahawa pembubaran Parlimen akan diumumkan pada minggu depan.
Dikhabarkan Ismail Sabri sekali lagi akan menghadap Agong dalam tempoh sehari dua ini sebelum baginda berangkat ke luar negara negara.
Namun pagi tadi, ketika berucap di sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, baginda sekali lagi memperingatkan tentang perlunya rakyat dan semua agensi berkaitan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar pada hujung tahun ini.
Agong bertitah, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.
Titah baginda, ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.
“Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.
“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak,” titah baginda seterusnya.
Dengan dua kali dalam tempoh terdekat baginda memberi peringatan tentang banjir, ini adalah mesej yang cukup jelas bahawa baginda selaku ketua negara amat mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak akan bertolak ansur dengan perkara-perkara lain yang boleh dikemudiankan.
Sudah tentu, dalam kedaaan demikian, Ismail Sabri pun yang dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga adalah seorang yang mengutamakan kepentingan rakyat, pasti tidak bersedia untuk mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat ini kepada Agong.
Perdana Menteri malah akan dilihat tidak bersama dengan keprihatinan dan jiwa kasih Agong kepada rakyat jika beliau tunduk kepada tekanan Zahid Hamidi untuk mencadangkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat ini.
Makna kata, semua pihak, terutama kluster mahkamah UMNO – sabar dan istighfar banyak-banyak dulu – PRU15 hanya sesuai diadakan tahun depan, bukan tahun ini.
Berhentilah daripada terus menekan dan mengasak Perdana Menteri untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen. – ShahbudinHusin 09/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/mesej-agong-tidak-sukar-difahami-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 254 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang berlangsung pada malam tadi memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Ketika Pm Menghadap Agong Menteri Ini Dakwa Majoriti Kabinet Tak Setuju Pru 15 Tahun Ini

Ketika Pm Menghadap Agong Menteri Ini Dakwa Majoriti Kabinet Tak Setuju Pru 15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 414 hits
DANIAL HAKIMKetika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong seorang menteri mendakwa majoriti jemaah menteri sebelum itu telah memberi pandangan kepada Perdana Menteri supaya Pilihan Raya Umum ke 15 tidak diadakan tahu...
Tak Sesuai Pru Tahun Ini Met Malaysia

Tak Sesuai Pru Tahun Ini Met Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 227 hits
hmetro com myGAMBAR hiasan FOTO BernamaKuala Lumpur Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berk...
Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 282 hits
PENETAPAN TARIKH PRU 15 KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susu...
Kenapa Zahid Hamidi Takut Pru Tahun Depan

Kenapa Zahid Hamidi Takut Pru Tahun Depan

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 186 hits
Blok pembangkang khususnya PH sering ditempelak oleh kluster WTC UMNO kerana menolak PRU15 diadakan segera Kata mereka pembangkang di mana mana negara biasanya mahu PRU diadakan awal tetapi agak pelik dengan pembangkang di negara ini yang i...
Ph Pertimbang Tolak Bajet 2023 Jika Tiada Jaminan Pru Tahun Depan Anwar

Ph Pertimbang Tolak Bajet 2023 Jika Tiada Jaminan Pru Tahun Depan Anwar

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 333 hits
agendaily com02 10 2022Perdana Menteri tidak boleh tetapkan tarikh pilihan raya atas ugutan pihak kecil kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Bajet 2023 berkemungkinan bakal ditolak blok pembangkang Pakatan Harapan jika tiada jaminan pilihan raya u...
Zahid Kuncu Hendak Pru Tahun Ini Juga

Zahid Kuncu Hendak Pru Tahun Ini Juga

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 187 hits
Nik HasyudeenKisahnya bermula apabila Jack Chan berguru dgn seorang bomoh dari tanah jawa Untuk menang besar berjudi di Genting Jack Chan mesti golek tayar dari tol Gombak tepat 2211 hrs dan mesti sampai ke meja roulette di Casino Genting s...
Rentasan 1228 Gempar Pru 15 Bakal Diadakan Sebelum Musim Banjir

Rentasan 1228 Gempar Pru 15 Bakal Diadakan Sebelum Musim Banjir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 234 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1228 1 BANJIR DI SANA SINI BUKAN CERITA DONGENG 2 BELANJAWAN LOBAK PADA KAYU RAKYAT BUKAN KELDAI 3 SUNNAH SIAPA YANG DIGUNAKAN PENYOKONG PENCURI 4 ADAKAH SELEPAS LANGKAH SHERATON KITA BAHAGIA Layari kami untuk mendapa...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil