Tak Semua Orang Boleh Jadi Suri Rumah Tak Ada Cuti Jaga Anak Ibu Kena Kenal Pasti Diri


Tugas sebagai seorang suri rumah bukan biasa-biasa. Bukan hanya menggalas tanggungjawab menguruskan rumah tangga bahkan paling utama menguruskan anak 24 jam tanpa henti. Bukan saja tenaga perlu kuat, mental dan emosi juga perlu seiring.
Lain halnya dengan wanita bekerja. Stress mereka berbeza. Maka dengan itulah bukan semua dari kita sesuai untuk memilih menjadi surirumah. Menurut Pediatric Occupational Therapy, Pn Maryam Jamadi, kenal pasti diri sendiri sejauh mana kemampuan kita untuk sedia menjadi suri rumah sepenuh masa. Adakah kita mampu?

Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”. Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri.
Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah.
– Duduk rumah goyang kaki.
– Anak ada depan mata.
– Nak apa-apa minta suami.
– Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja.
– Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.
Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah.
Kenapa saya guna perkataan “sesuai”?

Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza. Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak. Tiada hari cuti.
Hari-hari menghadap dinding yang sama,
Berjumpa orang yang sama,
Rutin yang sama,
Kepenatan yang sama,
Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyiksakan bagi seorang extrovert. Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang.

Yang seronok berjumpa ramai orang.
Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari.
Yang perlukan pengalaman baru setiap hari.
Yang sukakan risiko.
Yang tidak suka berseorangan.
Sayalah tu. Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.
Saya mula,
– Mudah menangis tidak ada sebab.
– Overthinking.
– Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang.
– Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah.
– Restless, anxiety tiba-tiba.
– Mimpi perkara bukan-bukan.

 
Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun.
Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,
Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah.
Petang – Tidurkan anak.
Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi.
Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti. Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.

Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.
Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami, “Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?”
Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga.
Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.
Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah.
1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah.
2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah.
3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah.
4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja.
Ikut masing-masing punya personaliti, minat dan impian. Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”.

Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu.
Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula.
Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak.
Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah.
Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal.

Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”:
1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert.
2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan.
– Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak?
– Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah?
Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula. 😅
3. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca.
4. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit?
5. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza.
6. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza.

Dapat jaga anak depan mata, rezeki.
Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki.
Dapat mertua yang baik, rezeki.
Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki.
❤️❤️❤️
Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang.
Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak. Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula.
Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana. 🥰
Ada geng extrovert tak dekat sini?
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Tak Semua Orang Boleh Jadi Suri Rumah” Tak Ada Cuti Jaga Anak, Ibu Kena Kenal Pasti Diri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-semua-orang-boleh-jadi-suri-rumah-tak-ada-cuti-jaga-anak-ibu-kena-kenal-pasti-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 182 hits
Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 ketika lahir 50 ketika berumur 6 bulan 85 ketika berumur 3 tahun dan 95 ketika mencapai umur enam tahun Macam mana nak aj...
Sampai Diri Sendiri Tak Terjaga Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak Sebab Bagi Makan Frozen Food

Sampai Diri Sendiri Tak Terjaga Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak Sebab Bagi Makan Frozen Food

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 183 hits
Baru baru ini pasangan selebriti media sosial iaitu Maryam dan Ryzal DurianKimchi telah memuat naik satu hantaran video di laman Facebook milik mereka Menerusi hantaran video Maryam dilihat sedang gigih menyediakan makanan untuk anak mereka...
Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 188 hits
Kahwin muda sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita Walaupun ia jarang berlaku namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai ...
Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 162 hits
Cuti persekolahan yang bermula minggu ini apa kata mak ayah peruntukkan waktu seketika untuk bercuti bersama anak anak Sebolehnya usahakan untuk membawa anak keluar seketika dari rumah untuk melakukan pelbagai aktiviti luar rumah Mengapa An...
Ini 2 Cara Buat Slime Mudah Dan Selamat Untuk Anak Ibu Pun Pasti Suka

Ini 2 Cara Buat Slime Mudah Dan Selamat Untuk Anak Ibu Pun Pasti Suka

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 288 hits
Anak suka main slime tetapi anda tidak pasti selamat atau tidak Tak usah gusar ini cara buat slime mudah dan selamat yang boleh anda cuba di rumah bersama anak anak Ayuh Bermain slime Sebelum anda mengetahui cara buat slime pastinya ibu bap...
Hiburan Kalau Sakit Ambil Je Jangan Judge Ibu Bersalin Ambil Epidural Tak Semua Boleh Tahan Contraction

Hiburan Kalau Sakit Ambil Je Jangan Judge Ibu Bersalin Ambil Epidural Tak Semua Boleh Tahan Contraction

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 168 hits
Setiap wanita yang berumah tangga pastinya mempunyai impian untuk merasai pengalaman hamil dan melahirkan zuriat mereka sendiri bersama yang dicintai Namun begitu kerap kali kita dihidangkan dengan cerita mengenai ibu ibu hamil yang didakwa...
Comelnya Macam Macam Bentuk Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome

Comelnya Macam Macam Bentuk Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 200 hits
Anak ke sekolah tambah lagi semangat bila mana bekalan ibu yang sarat dengan idea cute dan comel untuk anak ke sekolah Bosan dengan menu biasa idea ibu ini yang menggunakan elemen pelbagai bentuk pada roti buat anak anak teruja Simple tapi ...
Semua Anak Sekolah Cina International School Johan Mahu Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak Anak

Semua Anak Sekolah Cina International School Johan Mahu Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 149 hits
Pasangan selebriti yang satu ini Johan dan Ozlynn Wati sememangnya diketahui umum cukup menjaga perihal keagamaan anak anak mereka Kesemua anak anak pasangan ini sejak dulu lagi diajar untuk mengenal Allah malah solat berjemaah seakan menja...
Tak Penat Melaram Walau Struggle Jaga 5 Anak Gaya Usahawan Turban Ini Cvri Tumpuan

Tak Penat Melaram Walau Struggle Jaga 5 Anak Gaya Usahawan Turban Ini Cvri Tumpuan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 207 hits
Kagum sangat dengan usahawan ni Walau anak dah ramai tapi tetap rajin menjaga penampilan diri Gaya yang sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu tetapi pada masa yang sama mengikut trend fesyen terkini Mungkin salah satu faktornya sebab ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba