Kata Mp Beranikah Ph Batal Mou Dengan Kerajaan Pn Bn


malaysiakini.com
Hassan Karim
Diterbitkan: Apr 7, 2022 10:06 AM

ULASAN | Jika Pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dibentangkan pada 11 April nanti, ia tidak akan membawa makna apa-apa sekiranya RUU ALP tidak dibentang sama di parlimen.

Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan dalam masa empat atau lima bulan akan datang. Tanpa ada Akta Anti-Lompat Parti berkuatkuasa maka gejala lompat-melompat parti akan berulang lagi.

Yang boleh mencegah kejadian ahli parlimen dari melakukan lompat parti ialah jika ada undang-undang yang keras dan tegas mencegahnya dalam bentuk Akta Anti-Lompat Parti.

Sekadar pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (c) atau Perkara 48(6) tidak akan menakutkan ahli-ahli parlimen yang oporcunis untuk melompat parti. Mereka hanya akan takut sekiranya ada Akta Anti-Lompat Parti yang sedia untuk bertindak dan berkuatkuasa terhadap mereka.

Kerajaan BN/ PN pimpinan Ismail Sabri Yaakob nampaknya berdolak-dalik. Mereka tidak serius dan tidak ada komitmen ikhlas untuk mencegah gejala lompat-melompat parti. Yang kelihatan jelas bersungguh-sungguh membawa agenda rakyat untuk membanteras perbuatan politik tidak beretika melompat parti ialah Pakatan Harapan (PH) dan ahli-ahli parlimen pembangkang lainnya.

Sudah dua kali RUU ALP gagal dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. Pertama gagal pada sidang mesyuarat penggal yang lalu berakhir pada 24 Mac 2022.

Kali ini, kali kedua pada sidang khas 11 April juga RUU ALP gagal dibentangkan, walaupun sebelum ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi lantang memukul canang bahawa RUU ALP akan dibentang di parlimen.
Kegagalan kerajaan membawa RUU ALP ke parlimen kali ini walaupun masa yang cukup telah diberikan menunjukkan perdana menteri telah gagal memimpin kabinetnya supaya bersetuju dengannya.

Yang jadi masalah sehingga RUU ALP gagal dibentang di parlimen pada 11 April ini hanyalah berkisar kepada satu isu sahaja iaitu isu tafsiran apa itu yang dimaksudkan dengan perkataan “lompat”. Soal istilah, soal tafsiran yang jadi masalah besar nampaknya.

Sebenarnya itu alasan sahaja untuk menggagalkan usaha mengwujudkan Akta Anti-Lompat Parti di Malaysia. Kerajaan BN/ PN sebenarnya tidak ada keazaman poliitik (political will) untuk membanteras gejala pengkhianatan mandat rakyat dalam bentuk melompat parti.

Alasan mencari tafsiran yang tepat apa yang dimaksudkan oleh istilah “lompat” adalah alasan tidak menasabah yang diada-adakan. Betullah kata bidalan Melayu,“hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih.”

JIka kerajaan bersungguh-sungguh komited, maka RUU ALP patut dibentangkan dengan tafsiran “lompat” yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman antara kerajaan dengan PH (MOU) yang dipercayai telah diperhalusi oleh Peguam Negara.
Sila bawa RUU ALP itu di parlimen dengan segala tafsiran yang ada. RUU itu boleh dipinda semasa perbahasan di parlimen pada peringkat dasar dan juga jawatankuasa.

Jika RUU ALP ini tidak dibawa ke parlimen sekarang dan pilihan raya umum berlangsung dalam masa terdekat maka rakyat dan negara akan terlepas satu peluang akan wujudnya satu instrumen undang-undang yang penting untuk mencegah gejala lompat parti.

Tidak ada undang-undang buatan manusia ini yang sempurna seratus peratus dan kalis kesilapan atau kecacatan. Proses semakan, ulang kaji atau pindaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa di parlimen untuk memperbaiki Akta Anti-Lompat Parti sekiranya ia berjaya digubal sekarang.

Masalah tafsiran apa itu “lompat” boleh diperbaiki, dikemas dan diperhalusi dari semasa ke semasa melalui pindaan akta biasa di parlimen. Bukanlah sesuatu yang rumit. Yang penting wujudkan segera Akta Anti-Lompat parti sekarang.

Bukan esok, bukan Lusa. Berlengah-lengah itu sebenarnya adalah dalih untuk mengelak undang-undang antilompat parti berjaya digubal di negara ini.

‘Seperti mak bapa bunuh anak’

Puak-puak di dalam kerajaan khususnya di kalangan anggota kabinet tidak mahu blok pembangkang khususnya PH dilihat menang sekiranya RUU ALP berjaya dibawa di parlimen dan diluluskan.

Ada di kalangan mereka di dalam kerajaan yang ingin membalas dendam atas kekalahan kerajaan dalam usul berkenaan Akta Sosma baru-baru ini yang ditentang sepenuhnya oleh ahli parlimen pembangkang.

Kali ini di pihak kerajaan pula ingin melihat RUU ALP digagalkan dari dibawa ke parlimen. Perbuatan mereka sepertilah "ibu bapa yang membunuh anak sendiri."

Jadi Pakatan Harapan (PH) khususnya perlu mengkaji semula tentang komitmennya terhadap MOU. RUU ALP adalah teras dan intipati dalam MOU. Majlis Presiden PH pernah menyatakan kepada umum bahawa jika kerajaan gagal melaksanakan RUU ALP, maka MOU akan dibatalkan.

Jadi, sekarang adalah “moment of truth” kepada Majlis Presiden PH. Adakah mereka masih berpegang dengan pendirian berani mereka itu?

HASSAN ABDUL KARIM ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/kata-mp-beranikah-ph-batal-mou-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ronnie Liu Panggil Mesyuarat Tergempar Gesa Ph Batal Mou Dengan Kerajaan

Ronnie Liu Panggil Mesyuarat Tergempar Gesa Ph Batal Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 129 hits
by on 4 07 2022 07 43 00 AmPETALING JAYA Pakatan Harapan perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan langkah seterusnya selepas pembentangan Rang Undang undang Anti Lompat Parti ditangguhkan sekali lagi kata seorang pemimpin DAP Se...
Kerajaan Kalah Usul Sosma Tidak Jejas Mou

Kerajaan Kalah Usul Sosma Tidak Jejas Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 137 hits
Kerajaan kalah usul Sosma tidak jejas MoUPosted By on March 24 2022Kekalahan luar biasa yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam sesi pengundian meminta penyambungan pemakaian Seksyen 4 Sosma untuk 5 tahun ke hadapan yang gagal diluluskan ti...
Sop Prn Johor Untungkan Parti Kerajaan Kata Bersih

Sop Prn Johor Untungkan Parti Kerajaan Kata Bersih

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 162 hits
PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi PN serta PKR dan MUDA masing masing satu kerusi PETALING JAYA Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil berkata prosedu...
Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 240 hits
Tengku Razaleigh Hamzah berkata walaupun seronok dengan majoriti 2 3 dalam PRN Melaka dan Johor hakikatnya BN tidak mendapat sokongan rakyat PETALING JAYA Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasiona...
Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 152 hits
Kekalahan pihak Kerajaan dalam sesi pengundian usul bertujuan melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 Akta Sosma untuk selama 5 tahun lagi semalam terjadi kerana Ahli Parlimen Kerajaan yang berjumlah lebih 114 orang gagal hadir secukupnya di dalam ...
Kerajaan Melayu Isle Selalu Buat Macamana Deris Nampak Macam Susah Ja

Kerajaan Melayu Isle Selalu Buat Macamana Deris Nampak Macam Susah Ja

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 150 hits
Jumlah subsidi diputus selepas kuota haji negara dimuktamad kata menteri agama April 10 2022 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata jumlah subsidi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini akan diputuskan selepas jumlah kuota ha...
Ini Amat Memalukan Negara Bila Pm Tidak Disambut Inilah Kerajaan Melayu Isle Nih Gagal Lagi

Ini Amat Memalukan Negara Bila Pm Tidak Disambut Inilah Kerajaan Melayu Isle Nih Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 202 hits
2 diplomat tertinggi direhatkan berhubung lawatan PM ke Dubai April 10 2022 Tiada pegawai UAE berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Ismail Sabri Yaakob di Dubai pada 29 Mac PETALING JAYA Pegawai di Kementerian Luar Negeri dipe...
Kerajaan Negeri Umum Peruntukan Rm29 91 Juta Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

Kerajaan Negeri Umum Peruntukan Rm29 91 Juta Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 212 hits
LIPIS Kerajaan Pahang pada Sabtu mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 91 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022 yang akan memanfaatkan 297 013 penerima bersasar Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata agihan bantuan itu akan ...
Hiburan Dah 2022 Kot Rekod Kesihatan Pakai Hard Copy Netizen Hairan Hospital Kerajaan Masih Out To Date

Hiburan Dah 2022 Kot Rekod Kesihatan Pakai Hard Copy Netizen Hairan Hospital Kerajaan Masih Out To Date

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 166 hits
Seorang pengguna media sosial semalam meluahkan oerasaan hairan dan kecewa dengan sistem pengurusan hospital awam di Malaysia yang masih menyimpan rekod kesihatan pesakit secara bertulis ataupun hard copy Kata individu itu setiap kali dimas...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever