Tak Sangka Ramai Peniaga Online Zaman Sekarang Buat Pemasaran B A B I
Tak Sangka Ramai Peniaga Online Zaman Sekarang Buat Pemasaran B.A.B.I | Sebut babi, huii.. Marah orang kita.. Tak boleh sebut... Harammmm...
Sebut pun haram... Makan dan sentuh lagi tak payah cerita walaupun selalu sahaja jumpa perkataan babi di komen netizen, sama ada di twitter, insta dan tak kurangnya pada Facebook.
Tapi... Kalau bab duit... Eh... Babi boleh jadi halal plak.. Eh... Camne tu...
Meh sini... MF nak kongsikan sikit... Betapa ramai seller online terutama budak-budak muda yang baru nak up... Baru belajar nak buat bisnes di insta dan juga budak muda yang sedang kumpul duit nak kahwin. Ramai sangat dok buat buat pemasaran BABI ni cuma mungkin tak perasan.... MF memang tertarik dengan kupasan artikel ni...
Pada zaman sekarang, usahawan dan selebriti bagaikan terdesak untuk membuat pemasaran. Sebab itu banyak benda pelik yang muncul
Cara pemasaran ini dipanggil konsep Bad Advertising Business Intelligent atau ringkasannya B.A.B.I
Ini adalah kategori pemasaran B.A.B.I:1.Pemasaran Mukhaffafah2.Pemasaran Mutawassitah3.Pemasaran Mughallazhah
Haha... Dah macam jenis najis dah nama pemasaran ni... Ok.. Jom baca lagi... Apa itu penjelasan dan maksudnya...
1.Pemasaran MukhaffafahPemasaran ni dibuat dengan memperbodohkan diri sendiri kepada umum untuk mendapatkan pemerhatian, mendapatkan like, mendapat komen, mendapatkan follower, menayang harta sebagai motivasi kepada orang lain semuanya kerana perniagaan. Memperbodohkan pesaing dalam video iklan juga dalam kategori ini
Lakonan bodoh perlu dibuat setiap hari agar masyarakat sentiasa menyebut nyebut perihal mereka. Dengan cara ini, perniagaan mereka semakin laris
2.Pemasaran MutawassitahPemasaran ini menggunakan unsur untuk menjatuhkan syarikat perniagaan orang lain dan menghina adat serta budaya kaum negeri orang lain. Ia bertujuan membuatkan syarikat sendiri dikenali ramai dan orang membeli produk berbanding pesaing. Menayang bentuk tubuh badan sehingga bahagian sulit wanita/lelaki sebagai tarikan juga dalam kategori ini
3.Pemasaran MughallazhahPemasaran ini menggunakan agama sebagai tarikan perhatian menjana pendapatan. Menggunakan elemen islamik, pemakaian islamik, post tentang keagamaan dimedia sosial, menunjukkan diri kembali ke pangkal jalan, menghebohkan pemberian jumlah zakat dan unsur simpati sedangkan tidak seiring dengan diri sebenar
Ini lah yang berlaku dizaman sekarang. Bila ada sesuatu isu, orang sudah menganggap ianya pemasaran walaupun ia adalah perkara yang betul berlaku tanpa dijangka ianya tersebar akibat kebodohan meng-upload di media sosial. Mereka sudah tidak kisah asalkan mereka dan perniagaan disebut sebut sepanjang masa
Kalau ada orang kena tetak dalam restoran, kena langgar dengan myvi, bergaduh laki bini juga bila masuk media sosial, ia juga akan dianggap sebagai pemasaran sedangkan orang tu parah nak mati
Firaun orang pertama buat live tunjuk harta tujuan bagi inspirasi kepada orang sedangkan tiada inspirasi dan motivasi yang terbentuk dari melihat kekayaan orang lain
Konsep pemasaran B.A.B.I ni bagus untuk pemasaran dan menjana jualan tapi hina untuk diri, bangsa dan agama. Didunia kita untung belum tentu diakhirat ia dihitung
Peniagaan itu mulia tapi dilacurkan dengan konsep pemasaran B.A.B.I
Kredit : Facebook Hafiz Mansor
Kalau nak sebut... Ketiga-tiga jenis pemasaran di atas bukanlah berlandaskan agama dan syariat Islam
Itulah... Zaman sekarang ni, orang berlumba nak cari duit... Nak Kaya... Tapi takde ilmu.. Tak belajar hukum fekah dulu... Main hentam je.. Orang berniaga dia pun nak Berniaga juga. Itulah jadinya..
Bad marketing ni memang mungkin boleh upkan nama dan bisnes dalam masa yang singkat tapi fikirkan semula, adakah ianya berkat
Tambah-tambah yang buat bisnes sebab nak kahwin.. Bagus dah.. Tapi kena ada berkatnya sebab kahwin ni mulia.. Kalau tak berkat kahwin.. Hmm.. Hang fikir lah sendiri akibatnya jangka masa panjang kalau hang tak sedaq dan taubat
OK.. Malas nak ulas panjang... Entry ni just pesanan untuk peniaga online dan offline juga.. Dalam berniaga keberkatan itu yang utama.. Kalau sebab nak kaya, ianya tak kan bawa makna.. Apatah lagi nak masuk syurga.
Hati-hati..
P/s: lagi banyak harta kita ada, lagi banyak soalan nak jawab depan Allah. Renungkan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/06/tak-sangka-ramai-peniaga-online-zaman.html