Zaman Sekarang Pengaruh Buruk Di Hujung Jari Je Ibu Ini Kongsi Aplikasi Untuk Pantau Anak


Segala apa yang kita lihat, baca dan dengar akan masuk ke dalam minda. Disebabkan itulah, ilmuwan dahulu kala amat menjaga semua pancaindera mereka bagi menjaga akal, kerana dari akallah lahirnya sebuah tindakan.
Baru-baru ini kita dikejutkan tindakan seorang kanak-kanak 12 tahun yang melakukan penderaan seksual ke atas seorang anak asuhan 4 tahun kerana terangsang melihat video lucah dalam telefon bimbit. Hal ini mengingatkan ibubapa agar berhati-hati dan memantau penggunaan internet oleh anak-anak.
Seorang pengguna Facebook, Azmuhaini Aini berkongsi satu aplikasi yang digunakannya untuk memantau penggunaan gajet anaknya. Berikut merupakan perkongsian tersebut.
Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.
Dari berita tu kata semua tu pengaruh gajet.
Yelah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa, tekan je apa, share je apa semua keluar.
Mungkin ada yang dah tau aplikasi ni, tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk pantau setiap pergerakan kegunaan telefon si kakak.
Yup, kakak ada telefon sendiri dan telefon dia memang saya pasang kan line, jadi internet dan panggilan tanpa had. Supaya dia senang nak telefon keluarga dan kegunaan kerja sekolah.
Tapi semua ada batas.
Jadi saya pasang aplikasi ni, Family Link.
Kat app ni saya boleh pantau apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke, dia tengah tengok Youtube ke, tengok game ke apa ke, semua saya boleh tahu. Dan berapa lama dia tengok dan kali terakhir dia online semua saya tahu.
Dan paling penting, saya tahu lokasi telefonnya berada dimana. Tak kisah saya tengah kerja, dia di rumah, semua saya boleh pantau sebab nya ada notifikasi.
Dan di app ni juga saya kawal penggunaannya, jadi saya akan set masa ikut saya. Jadi sampai masa telefon ini akan padam sendiri dan dia tak boleh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka juga telefon, dia perlukan nombor kod daripada telefon saya.
Puan Azmuhaini turut berkongsikan tips penggunaan aplikasi tersebut seperti berikut;
Pasang aplikasi dalam kedua-dua telefon ibubapa dan anak yang ingin dipantau menggunakan emel. Untuk telefon ibubapa, pasang Google Family Link For Parent manakala untuk anak pasang Google Family Link For Children & Teens. Anak tak dapat nyahpasang (uninstall) melainkan ibubapa tekan Stop Supervision. Ibubapa boleh nyahpasang dan muat turun kembali untuk meneruskan pemantauan seperti biasa. Ibu bapa boleh kawal permainan mudah alih dan set tontonan movie sehingga 18 -SG atau 18-SX. Aplikasi boleh dimuat turun melalui Playstore. (Kredit: Azmuhaini Aini) Paparan skrin telefon anak yang dipantau. (Kredit: Azmuhaini Aini) Paparan melalui telefon ibubapa. (Kredit: Azmuhaini Aini) Kod ini akan berubah dari masa ke masa. Anak-anak tidak perlukan kod ini jika ingin mengakses telefon setelah tamat masa dibenarkan. (Kredit: Azmuhaini Aini) Ibubapa boleh mengawal masa anak mengakses telefon. (Kredit: Azmuhaini Aini) Paparan skrin anak apabila telefon dikunci setelah tamat masa akses yang dibenarkan ibubapa. (Kredit: Azmuhaini Aini) Sumber: Azmuhaini Aini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/03/zaman-sekarang-pengaruh-buruk-di-hujung-jari-je-ibu-ini-kongsi-aplikasi-untuk-pantau-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Geli Pakai Kasut Pegang Ais Ibu Kongsi Masalah Sensori Anak Dalam Pa Ma Tv

Anak Geli Pakai Kasut Pegang Ais Ibu Kongsi Masalah Sensori Anak Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 486 hits
Hanya ibu bapa yang tahu tentang perkembangan anak anak Jangan bandingkan perkembangan anak anda dengan anak orang lain kerana setiap perkembangan anak anak adalah berbeza Begitulah perkongsian Puan Farah Najwa Sya dalam program Pa Ma TV ya...
Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 386 hits
Pastinya sudah sedia maklum bahawa Tabung Haji sentiasa menjadi instrumen pelaburan yang mengamalkan konsep Islam Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai platform untuk orang ramai mengumpul wang untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan mem...
Kalau Saya Riba Anak Saya Mungkin Meninggal Ibu Kongsi Penting Letak Anak Dalam Car Seat

Kalau Saya Riba Anak Saya Mungkin Meninggal Ibu Kongsi Penting Letak Anak Dalam Car Seat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 356 hits
Saban hari kita akan dipaparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan bermotor Malah Statistik Kemalangan Jalan Raya yang dicatatkan oleh Jabatan keselamatan Jalan Raya Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun M...
Anak Ibarat Kain Putih Ibu Bapa Yang Mencorakkan Nya Baik Dan Buruk

Anak Ibarat Kain Putih Ibu Bapa Yang Mencorakkan Nya Baik Dan Buruk

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1740 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bertemu pada hari yang mulia hari Jumaat penghulu segala hari Mari bersama sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lupa berselawat kepada Baginda Rasullullah Semoga kita menjadi umat yan...
Tertinggal Beg Sekolah Disyaki Ponteng Ibu Paksa Anak Melutut Di Atas Bara Api

Tertinggal Beg Sekolah Disyaki Ponteng Ibu Paksa Anak Melutut Di Atas Bara Api

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 323 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan berusia 8 tahun di Filipina tidak dapat hadir ke sekolah selama beberapa hari selepas dihukum oleh ibunya sehingga menyebabkan kedua dua lututnya melecur teruk Difahamkan mangsa Claire dihukum oleh ...
Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 465 hits
SETIAP wanita yang bergelar isteri pasti tidak menyangka bahtera perkahwinan yang disemai dengan cinta akhirnya runtuh dek kerana kehadiran orang ketiga Inilah yang berlaku kepada ibu muda ini yang terpaksa menanggung kepayahan seorang diri...
Senanglah Kau Anak Hilang Beranak Lagi Netizen Geram Ibu Bapa Tinggal Anak Sendirian Dalam Stroller

Senanglah Kau Anak Hilang Beranak Lagi Netizen Geram Ibu Bapa Tinggal Anak Sendirian Dalam Stroller

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 585 hits
Keselamatan seorang kanak kanak bergantung kepada orang dewasa di sekelilingnya Jika terleka sesaat dua pelbagai perkara tidak diingini boleh berlaku samada kemalangan atau diculik Sehingga awal bulan Jun sebanyak 834 kes kanak kanak hilang...
Geram Melenting Anak Buat Silap Berulang Ibu Ayah Sebenarnya Lupa 1 Perkara Ini

Geram Melenting Anak Buat Silap Berulang Ibu Ayah Sebenarnya Lupa 1 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 543 hits
Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak anak yang membuat kesalahan berulang kali Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi berma...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 478 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids